Thursday, November 13, 2008

Ucapan Terima Kasih...

Salam Perjuangan Rakyat,

AlhamduliLLah, saya memanjatkan setulus kesyukuran ke hadrat ILLahi atas limpah kurnianya yang terus memberikan saya peluang untuk turut sama bertanding bagi mengisi tempat Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam Pemilihan UMNO 2009.

Saya bersyukur kerana masih diberi daya untuk terus menitip ulasan dalam blog saya yang terlalu biasa ini. Walaupun sudah agak lama saya tidak memblogkan diri dek kerana kesibukan yang amat sangat sepanjang dua bulan ini tetapi syukurlah sepanjang tempoh itu saya masih mampu untuk terus berdiri memanjangkan perjuangan rakyat tanpa noktah demi kelangsungan ummah. Insya Allah, saya akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan khususnya sebagai Ketua UMNO Bahagian Padang Besar.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada 14 UMNO bahagian yang telah mencalonkan saya bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tanpa pencalonan ini saya mungkin takkan mampu untuk melayakkan diri bertanding bagi pemilihan kali ini.

Hanya dengan keikhlasan dan kejujuran anda yang membuatkan saya terus kuat untuk memperjuangkan rakyat kerana saya cukup sedar ia adalah penting demi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya kepada UMNO yang kian lemah kerana tangan-tangan kotor pihak-pihak tertentu yang suka UMNO terus lemah dan dalam masa yang sama memainkan peranan untuk terus memecah-belahkan kesepaduan parti yang kita junjung ini.

Tanpa perpaduan yang berteraskan dari kesedaran mahu berubah maka kita takkan mencapai apa yang divisikan, jadi secara tuntasnya, inilah masa yang kita ada untuk mengembalikan kekuatan UMNO tanpa mengira puak atau kumpulan tertentu. Kita yang mampu merubah keadaan, tanpa semangat dan usaha yang jitu maka ia akan menjadi satu contoh perjuangan yang gagal secara 'total'. Semoga kita tidak terlalu lambat untuk semua ini.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 22, 2008

Temui Saya Secara Langsung Malam Ini Di Astro AWANI...

Salam Perjuangan Rakyat,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Astro AWANI yang bersetuju memberi undangan untuk saya muncul secara langsung di dalam Slot Atma Asia Khas (Diskusi UMNO) yang akan dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman.

Berikut butir-butir program:

Tarikh : 22hb Oktober, Rabu

Topik : Pemilihan UMNO

Masa : 9.00 Malam – 9.30 Malam (Siaran Langsung)

Lokasi : Studio Astro AWANI, Bursa Malaysia, Kuala Lumpur

Temui saya malam ini untuk mendengar sendiri diskusi mengenai agenda perjuangan rakyat dan lain-lain perkara yang berkaitan yang cuba saya bawa demi kelangsungan politik UMNO.

Sunday, October 19, 2008

Keputusan Akhir Persidangan UMNO Bahagian Padang Besar 2008

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Bloggers,

Saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar yang telah bersidang semalam (18 Oktober 2008). Persidangan yang berakhir jam 11.55 malam telah menyaksikan pertandingan sengit untuk semua jawatan penting termasuk jawatan ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan naib ketua bahagian,
Saya sendiri telah dicabar sengit dalam pertandingan dua penjuru. Lawan saya kali ini ialah YB Dato' Seri Azmi bin Khalid (Ahli Parlimen Padang Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC) Namun begitu,para perwakilan sekali lagi telah memberikan mandat kepada saya untuk meneruskan kelangsungan perjuangan rakyat.Dalam pertandingan yang menentukan hidup mati karier politik saya ini,saya telah mendapat kelebihan 19 undi berbanding lawan saya dari jumlah keseluruhan 503 perwakilan yang layak mengundi.
Saya juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Md.Nor Aziz dan Senator Dato' Wan Nordin Che Murat yang berjaya memenangi jawatan yang mereka tandingi. Kepada semua AJK UMNO Bahagian Padang Besar yang telah dipilih, saya mengharapkan kita dapat menjalinkan kerjasama terbaik demi memastikan UMNO Padang Besar akan menjadi contoh terbaik kepada semua. Berikut saya paparkan keputusan penuh tiga jawatan penting dan AJK Bahagian serta G7 untuk tatapan semua.

Pengerusi Tetap
1) Senawi Mat Saman (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
1) Shafie Derani

Ketua Bahagian
1) Datuk Zahidi Zainul Abidin (penyandang) 261 undi
2) Dato' Seri Azmi Khalid 242 undi
majoriti 19 undi


Timbalan Ketua Bahagian
1) Md. Nor Aziz 271 undi
2) Tuan Haji Khairi Hassan(penyandang) 232 undi
majoriti 39 undi

Naib Ketua Bahagian
1) Wan Nordin Che Murat 259 undi
2) Azizan Sulaiman (penyandang) 244 undi
majoriti 15 undi


Bagi jawatan AJK Bahagian hanya 20 orang berjaya dipilih dari jumlah 76 calon yang menawarkan diri.
Berikut keputusan akhir pemilihan bagi jawatan AJK UMNO Bahagian Padang Besar

1) Mansor Jusoh
2) Yazid Mat
3) Khalid Bulat
4) Mat Rawi Kassim
5) Ismail Daud
6) Narla Dan
7) Sabry Ahmad
8) Shukur Sultan
9) Johari Kadir
10)Khairul Akhbar
11)Aziz Ariffin
12)Ali Ismail
13)Suraya Azmi
14)Zulkarnain Zainul Abidin
15)Ku Shahrum Ku Bakar
16)Zaini Meh
17)Jamsari Jamaluddin
18)Yaakub Man
19)Che Din Che Ishak
20)Zulkafli Osman

Manakala mereka yang telah dipilih untuk menjadi Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur seperti berikut:

1) Khalid Bulat
2) Sabry Ahmad
3) Mat Rawi Kassim
4) Ismail Daud
5) Aziz Ariffin
6) Mansor Jusoh
7) Shukur Sultan

Pemeriksa Kira-Kira
1) Wan Azmi
2) Mat Isa Seman

UMNO Bahagian Padang Besar juga secara sebulat suara telah mencalonkan Dato' Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Mohd.Yassin masing-masing untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta Dato' Seri Shahidan Kassim (sebulat suara), Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn danDato' Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar untuk jawatan Naib Presiden UMNO setelah dijalankan pengundian.

Saya tertarik dengan maksud dan persoalan yang dicungkil oleh salah seorang perwakilan yang mengambil bahagian dalam ucapan penangguhan dalam genre pantun yang cukup menarik.Semoga semua yang berkenaan mengambil iktibar terbaik selepas membaca pantun ini.Terima kasih kepada saudara Ab.Rahman bin Abdullah dari UMNO Cawangan Ngulang dalam DUN Mata Ayer.

Ke Pulau Tioman pergi berkelah,
Bekal dibawa dalam dulang;
Saya Ab.Rahman bin Abdullah,
Perwakilan dari Cawangan Ngulang.

Akar serapat daun beringin,
Buat ramuan mandi pagi;
Kalau dapat penghawa dingin,
Rasa selesa mesyuarat nanti.

Negeri Perlis Indera Kayangan,
Banyak ada penyanyi dan biduan;
Tidak bererti (kita) mendapat kemenangan,
Kalau kita tiada perpaduan.

Banyak terdapat penyanyi dan biduan,
Biduan tersorok di tepi hutan;
Kalau kita tiada perpaduan,
Rosaklah parti, hilanglah kekuatan.

Anak Benggali menebang kayu,
Kayu dibuat titi-titian;
Amat rugi Orang Melayu,
Kalau pemimpin berdengki-dengkian(berbenci-bencian)

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada saya untuk terus memimpin UMNO Bahagian Padang Besar. Doa kalian amat saya dambakan demi kelangsungan perjuangan rakyat.Terima kasih.

Zahidi Zainul Abidin

Friday, October 17, 2008

PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PADANG BESAR 2008

Salam Perjuangan dan Salam Persidangan,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua Perwakilan UMNO yang terpilih untuk menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar pada tahun ini yang dijangka diadakan esok (18 Oktober 2008) bertempat di Dewan Sri Jerneh, SMK Dato' Jaafar Hassan, Bukit Ketri.
Semoga segala akan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kerjasama semua pihak amatlah ditagih demi memastikan persidangan ini dapat diselesaikan mengikut jadual. Kepada yang akan bertanding untuk semua jawatan yang berkenaan juga diharapkan dapat mematuhi peraturan dan tata etika parti yang telah digariskan supaya semua pihak dapat menerima sebarang keputusan dalam pemilihan ini nanti.
Harapan saya agar misi untuk memartabatkan UMNO berlandaskan motto 'Perjuangan Rakyat' akan dapat diterima khususnya oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Padang Besar. Semoga Allah S.W.T merestui perjalanan persidangan esok.
Sekian dan terima kasih.

Monday, October 13, 2008

Tahniah!

Alhamdulillah, semalam telah berakhir persidangan yang melibatkan tiga sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Besar tanpa sebarang masalah yang besar dan saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada calon yang menang dalam pemilihan. Semoga mandat yang diberikan oleh para perwakilan akan memberi kekuatan kepada kita untuk menjana kekuatan UMNO khususnya dalam Bahagian Padang Besar selepas ini. Kepada Perwakilan Pemuda UMNO Padang Besar yang mencalonkan saya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya rakamkan jutaan terima kasih atas pencalonan tersebut. Semoga Allah membalas jasa baik anda.

Gambar Sekitar Perasmian Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Padang Besar.






'Ke Arah Memartabatkan Perjuangan Rakyat, UMNO Dari Rakyat Untuk Rakyat'

Sunday, October 12, 2008

Selamat Bersidang

Saya ingin mengucapkan selamat bersidang kepada Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Padang Besar, yang akan mengadakan mesyuarat perwakilan pergerakan masing-masing pada hari ini. InsyaAllah saya jangka dapat merasmikan ketiga-tiga mesyuarat tersebut. Kepada semua perwakilan saya ingin berpesan agar saudara saudari sekalian dapat menunaikan tanggungjawab anda sebaik mungkin.

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Datuk Zahidi Zainul Abidin

Thursday, October 9, 2008

Keputusan PM pastikan Umno terus relevan

Muda Mohd Noor & Abdul Rahim Sabri | Oct 9, 08 10:53am MALAYSIAKINI

Pengganti Pak Lah

Walaupun menyambut baik keputusan perdana menteri itu, timbalan ketua perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, Umno akan menjadi lebih kuat bergantung kepada siapa pengganti Abdullah.

"Jika pengganti Pak Lah lebih baik daripada beliau, Umno akan menjadi lebih kuat tetapi jika sama Umno tidak akan menjadi kuat.


"Kita kena tengok dahulu kepimpinan Najib sebagai presiden dan perdana menteri," katanya.


BERITA SELANJUTNYA

Tuesday, October 7, 2008

Saya berpendapat rencana yang saya paparkan ini dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia amat menarik perhatian untuk kita semua renungi bersama. Walau pun penulisannya agak panjang namun saya berharap tuan dan puan luangkanlah sedikit masa untuk membaca dan memberi komen untuk rencana ini. Rencana ini ditulis oleh Mufti terkenal di Malaysia iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin. Beliau akan ditamatkan kontrak lebih awal berkuatkuasa penghujung bulan Oktober ini.

Mohd. Asri yang berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merupakan antara mufti termuda di negara ini.

Beliau yang dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis sewaktu berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di USM.

RENCANA
ARKIB : 05/10/2008


Tanggungjawab mencari pengganti yang berwibawa

Membaca surat Abu Bakr al-Siddiq tentang siapakah pengganti selepas kewafatannya sepatutnya membawa seseorang pemerintah insaf bahawa soal mencari pengganti ini adalah perkara besar yang akan mengundang sama ada reda atau murka Allah di akhirat nanti. Ia bukan soal melepaskan bebanan semata.

Jawatan pemerintahan pula, bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja. Abu Bakr al-Siddiq pada penghujung hayatnya, menulis surat mencadangkan penggantinya. Dalam surat tersebut beliau menyatakan seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayat di dunia ini, sedang keluar darinya, dan permulaan tempoh di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku -dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun buat Allah, rasul-Nya, agama-Nya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr). Surat ini menggambarkan betapa Abu Bakr al-Siddiq membuat cadangan penggantinya atas asas tanggungjawab di hadapan Allah tanpa sebarang kepentingan diri. Beliau juga memikirkan masa depan umat di bawah penggantinya, juga perasaan gerunnya kepada Allah tentang apa yang akan dilakukan oleh penggantinya. Padahal pengganti yang dicadangkan itu ialah insan yang terbaik bagi umat ini selepas dirinya. Pun begitu, ayat amarannya jelas agar keadilan mestilah ditegakkan dan dia memilih pengganti atas keyakinan bahawa penggantinya dapat menjamin pelaksanaan keadilan yang dikehendaki Allah, bukan menjamin kepentingan dirinya atau kelompoknya.

Politik pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah agak mencabar. Khalifah terpaksa mencadangkan penggantinya yang dapat memastikan perjalanan kerajaan terus stabil. Walaupun kelihatannya ada unsur meminggirkan suara syura rakyat dalam pemilihan khalifah sehingga menyebabkan jawatan itu diwarisi secara dinasti bagi keturunan Bani Umayyah dan dinasti-dinasti selepas itu juga melakukan hal yang sama. Namun risiko membuka jawatan khalifah untuk dibuat pemilihan terbuka juga adalah besar. Pertarungan merebut jawatan numbor satu dalam sesebuah kerajaan jika tidak dikawal dengan penuh sistematik dan kemas akan menatijahkan ketidakstabilan negara yang tiada kesudahannya. Di samping, kelemahan sistem pewarisan takhta juga jelas. Apatah lagi ia bercanggah dengan ruh Islam. Sementara, membuka peluang syura kepada semua rakyat atau Ahl al-Hal wa al-‘Aqd memerlukan negara yang stabil sistemnya untuk mengawal perjalanan pemilihan agar tidak menimbulkan huru hara. Syura itu untuk kemaslahatan rakyat dan negara. Apabila ia dilaksanakan, hendaklah dipastikan natijahnya membawa kepada kebaikan dan kemaslahatan. Jika hanya membawa kepada kerosakan, seperti jika suara ramai dijadikan ukuran dalam menentukan kepimpinan dalam sesuatu komuniti yang rosak agama dan akhlaknya, kemungkinan besar kesan pemberian hak memilih itu tidak membawa kemaslahatan. Mungkin akan dipilih pemimpin yang buruk nilai agama dan akhlaknya. Suara ramai dihormati, namun jika suara ramai itu mengundang keburukan, maka ia tidak patut diterima pakai.

Keistimewaan

Antara keistimewaan yang Allah kurniakan kepada Kerajaan Bani Umayyah adalah wujud penasihat-penasihat yang terdiri daripada kalangan para ulama yang luas keilmuannya dan tajam serta tangkas pemikirannya. Tokoh yang paling menonjol ialah Rajak bin Haywah. Beliaulah tokoh yang sering mendampingi ‘Umar bin Abd al-‘Aziz dan memberikan pandangan-pandangan yang tangkas, bijak dan diredai Allah dalam bidang politik dan kehidupan. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang soleh memerintah kaum Muslimin”. Sulaiman sendiri akhirnya mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga bukan anaknya tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, Muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang- orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintah Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat rasminya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Walaupun apa yang dipertikaikan, Sulaiman bin ‘Abd al-Malik tetap berjasa dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah telah membawa rahmat kepada dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerana dia yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Seseorang bapa yang ingin meninggalkan rumahnya akan memastikan isteri atau anaknya boleh diharapkan agar harta benda dan keselamatan rumah terjamin. Rakyat dan negara tentu lebih berharga dari rumah individu dan kemusnahan sebuah negara tentu lebih besar kesannya daripada kemusnahan sebuah rumah. Memastikan agar negara yang diwarisi dalam keadaan sejahtera dan selamat adalah tanggungjawab yang penting. Kemusnahan sesuatu kaum atau masyarakat yang dirahmati Allah adalah disebabkan generasi yang mewarisi bangsa berkenaan menyeleweng dari landasan yang diredai Allah. Allah mengingatkan kita mengenai hal ini dalam al-Quran dengan firman-Nya: (maksudnya) “Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) dalam al-Kitab (Al-Quran) ini tentang (Nabi) Idris; sesungguhnya dia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.Mereka itulah sebahagian daripada Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat kepada mereka daripada keturunan (Nabi) Adam, dan dari keturunan mereka yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama (Nabi) Nuh, dan daripada keturunan (Nabi) Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil (Nabi Ya‘kub)- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”. (Surah Maryam, ayat 56-60).

Dua asas

Seperti yang sering saya sebutkan, dalam Siyasah Syar‘iyyah (Politik Islami) dua asas penting diambil kira dalam memberikan amanah atau tugasan khususnya politik kepada seseorang individu. Asas itu adalah al-Quwwah dan al-Amanah atau Kemampuan dan Amanah. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar‘iyyah fi Islah al-Ra‘iy wa al-Ra‘iyyah: “Hendak dipastikan orang yang terbaik bagi setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya0: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26) Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s :(maksudnya:“Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai (Surah Yusuf: 54). Firman Allah dalam menyifatkan Jibril: (maksudnya) “Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai ‘arsy, yang ditaati lagi dipercayai (Surah al-Takwir ayat 19-21). Katanya Ibn Taimiyyah lagi: “Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai-bagai jenis peperangan...al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri amanah yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah: (maksudnya): “Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir (Surah al-Maidah: ayat 44)".

Krisis kepimpinan dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah berpunca kerana ada pihak-pihak yang hanya menumpukan di sudut al-Quwwah iaitu kemampuan atau kewibawaan atau karismatik seseorang tokoh dalam politik, tetapi melupakan sudut amanah yang membabit mengenai pegangan agama atau kesolehan seseorang pemimpin. Sehingga akhirnya, ada yang memiliki kemampuan kepimpinan politik, tetapi kontang dari nilai-nilai takwa sehingga mudah terjerumus ke dalam kancah penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sementara, ada pihak yang lain begitu memberikan perhatian kepada soal kekuatan pegangan agama sehingga mengabaikan soal kemampuan dalam kepimpinan politik. Ini juga menyebabkan ramai orang yang atas kepercayaan orang ramai tentang pegangan agama mereka lalu diberikan jawatan politik, akhirnya mereka gagal menguruskannya. Bukan kerana tidak amanah, atau tidak takutkan Allah, tetapi kerana tidak mempunyai ciri al-Quwwah atau kemampuan dalam menguruskan kepimpinan yang diamanahkan kepadanya. Sebab itu Rasulullah SAW tidak memberikan jawatan kepada sahabaT-sahabat yang tidak berkemampuan sekalipun dia seorang yang soleh. Seperti sabda baginda kepada Abu Zar r.a.: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”. Walaupun Abu Zar terkenal baik dan soleh, namun itu belum cukup untuk melayakkannya memimpin.

Tanggungjawab rakyat dan kepimpinan yang memiliki kuasa untuk memastikan bahawa jawatan yang menentukan hala tuju masyarakat dan umat itu tidak akan jatuh melainkan ke tangan mereka yang benar-benar layak. Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas.

Sunday, October 5, 2008

RENCANA

MINGGUAN MALAYSIA (O5 OCT 2008)

Tegakkan perjuangan rakyat

MINGGUAN: Apakah rasional di sebalik keputusan Datuk bertanding jawatan Ketua Pemuda?

ZAHIDI: Saya menawarkan diri untuk bertanding kerana melihat sokongan generasi muda terutama daripada kalangan pemuda Melayu kepada UMNO dan BN semakin berkurangan. Antara sebab-sebabnya pertama, berlakunya perbezaan pendapat antara bekas Perdana Menteri dengan Perdana Menteri sehingga membawa kepada kritikan-kritikan terhadap Perdana Menteri yang menjejaskan UMNO.

Akibatnya dalam pilihan raya umum lalu keyakinan rakyat terutama di kalangan orang Melayu terhadap parti itu terjejas. Untuk menyelesaikan perkara ini ia harus dilakukan melalui Pemuda UMNO.

MINGGUAN: Tetapi mungkin ada yang beranggapan Datuk tidak layak bertanding kerana berada di luar lingkungan Pemuda?

ZAHIDI: Tidak, saya daripada Pemuda juga. Saya berada empat penggal dalam kepimpinan Pemuda iaitu dua penggal sebagai Naib Ketua Pemuda negeri, satu penggal sebagai Ketua Pemuda Negeri dan satu penggal sebagai Exco Pemuda. Jadi maknanya baru penggal lepas saya meninggalkan Pemuda. Tetapi apabila hari ini saya melihat perjuangan Pemuda gagal menarik sokongan maka saya menawarkan diri. Saya nampak kita perlu melakukan perubahan dalam barisan Pemuda iaitu membawa `tag line’ sebagai perjuangan rakyat. Pemuda hari ini dikatakan berada dalam kelas berbeza. Mereka tidak mewakili semua golongan pemuda. Akhirnya golongan muda memilih parti lain kerana mereka menganggap parti lain itu bekerja menyampaikan suara mereka. Kita lihat sejak kebelakangan ini Pemuda tidak menggambarkan ia sebagai perjuangan rakyat.

Sebagai contohnya, apabila harga barang naik, apa Pemuda buat? Begitu juga dengan pengangguran apa Syarikat Milik Kerajaan (GLC) lakukan? Macam mana Pemuda hendak menyelesaikan masalah itu, begitu juga keluhan-keluhan pemuda di kampung-kampung. Apakah perjuangan kita dalam membela nasib mereka? Begitu juga di peringkat antarabangsa, apa Pemuda lakukan apabila berhadapan dengan isu-isu seperti hubungan dengan Singapura. Dalam perjuangan Islam, apa perjuangan Pemuda dalam soal ini? Semua ini kita tidak nampak dilakukan oleh Pemuda UMNO. Sebagai pemimpin yang berasal daripada grassroot saya hendak menggunakan pengalaman yang dimiliki bagi membela Pemuda dan saya yakin melalui cara tersebut ia akan dapat menarik kembali sokongan golongan muda.

MINGGUAN: Bolehlah Datuk jelaskan mengenai tag line perjuangan rakyat?

ZAHIDI: Saya ingin membawa Pemuda menjurus kepada perjuangan rakyat iaitu ingin menunjukkan bahawa pergerakan itu membela rakyat. Ketika ini terdapat terlalu banyak isu yang memerlukan Pemuda untuk bertindak, ia termasuklah juga dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam. Jika Pemuda tidak memperjuangkan isu-isu seumpama itu, Pemuda akhirnya akan dilihat hanya memikirkan diri dan kelompok mereka sahaja.

Apabila saya menawarkan perjuangan rakyat, saya tidak mahu melihat Pemuda ini lebih tertumpu ke arah material.

MINGGUAN: Tetapi dalam perjuangan UMNO sekarang, orang banyak mengaitkan ia dengan perjuangan yang mementingkan materialistik?

ZAHIDI: Pertama sekali, pemimpin itu sendiri harus memberi contoh. Kalau golongan muda melihat bahawa pemimpin itu boleh menyediakan material kepadanya maka dia akan menyokong pemimpin tersebut maka ini akan menyebabkan pemimpin yang kurang menyediakan material tidak akan mendapat sokongan. Inilah masanya untuk Pemuda membuktikan bagaimana seharusnya mereka perlu melakukan perubahan iaitu daripada Pemuda yang asyik memikirkan soal material kepada Pemuda yang mementingkan perjuangan. Kalau mereka memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat maknanya mereka tidak memerlukan material sebaliknya mahukan perubahan. Maka melalui azam itu ia sudah tentu mereka akan memberi peluang kepada saya. Tetapi kalau mereka tidak mahu perubahan dan mahu kekal seperti keadaan sekarang, maka kita terpaksa menerima hakikat bahawa saya tidak layak.

MINGGUAN: Cabaran utama yang sedang menanti bakal Ketua Pemuda UMNO yang baru ialah menarik semula sokongan golongan muda kepada UMNO dan BN, apa agenda Datuk dalam soal ini?

ZAHIDI: Apa yang paling penting, Pemuda ini perlu diserapkan dengan idealisme perjuangan. Kita perlu mengadakan perubahan minda. Kalau mereka yakin kepada idealisme perjuangan kita, mereka pasti akan memberi sokongan. Tetapi sekarang bagaimana mereka hendak memberi sokongan kepada Pemuda apabila mereka melihat kita berada di kelas berbeza dan sukar didekati.

Contohnya, kebanyakan pemimpin Pemuda tidak faham soal kesusahan. Mereka tidak memahami bagaimana ada ahli Pemuda yang menghadapi masalah untuk membeli susu anak atau menyediakan belanja persekolahan anak-anak. Tetapi bagi saya yang datang daripada golongan grassroot, kita merasai perkara itu. Kita memahami Pemuda. Oleh itu kalau kita hendak memperjuangkan nasib semua Pemuda, saya boleh menjadi alternatif.

Selain itu, program-program yang kita buat harus memikirkan mengenai pembelaan kepada Pemuda itu sendiri, contohnya peluang pekerjaan dan keusahawanan yang anggota Pemuda perlu perolehi. Apabila mereka menghadapi masalah bagaimana kita hendak mendengar masalah mereka.

MINGGUAN: Ketika ini sokongan orang Melayu kepada UMNO agak merosot, oleh itu bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini?

ZAHIDI: Dari segi mempertahankan hak Melayu, orang ingin melihat bagaimana Pemuda melakukannya tetapi malangnya orang Melayu tidak nampak perkara itu. Begitu juga isu-isu hak keistimewaan orang Melayu seperti pendidikan, peluang pekerjaan dan perniagaan. Oleh itu perjuangan Pemuda harus menampakkan kita membela dan mempertahankan hak orang Melayu.

Begitu juga dalam soal isu agama, bagaimana kita hendak mempertahankannya dengan cara yang baik tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak. Jadi kita kena bijaksana. Bagi saya sendiri kita perlu kembali kepada perjuangan untuk mempertahankan hak orang Melayu dan agama kita. Atas sebab itulah saya katakan bahawa Pemuda tidak harus menjadi medan untuk menunjukkan pengaruh sesiapa.

MINGGUAN: Adakah Datuk bersetuju bahawa Pemuda harus kembali menjadi kumpulan pendesak apabila berhadapan dengan sesuatu isu?

ZAHIDI: Kalau kita lihat sejarah ramai pemimpin Pemuda berjaya dalam perjuangan kerana mereka adalah seorang pejuang dan bukannya dinaungi oleh sesiapa. Jika seseorang calon ketua pemuda itu dinaungi oleh orang-orang tertentu bagaimana Pemuda hendak berjaya. Oleh itu Pemuda harus mempunyai perjuangan sendiri, kalau perlu menjadi pengikut yang setia, kita harus menjadi pengikut yang setia. Tetapi dalam masa yang sama Pemuda juga boleh menjadi pendesak apabila berhadapan dengan isu-isu yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh Pemuda.

Apa yang penting mereka membawa satu idealisme perjuangan untuk semua golongan, barulah golongan muda akan merasai bahawa kita membawa satu perjuangan yang perlu mereka sokong. Contohnya, saya pernah menjadi pemimpin pelajar, saya cuba menerap satu perjuangan bagi membela nasib golongan bawahan. Kalau perjuangan kita diterima kita akan terus berjuang, kalau orang tidak terima kita tetap berjuang mengikut cara kita di platform yang diterima. Ertinya, kita tidak akan menyesal kalah atau menang, diterima atau tidak apa yang penting perjuangan yang dibawa harus diteruskan.

MINGGUAN: Sejauh mana Datuk yakin bahawa ‘konsep’ perjuangan yang dibawa akan diterima?

ZAHIDI: Kita tidak harus menjadikan Pemuda sebagai medan untuk membalas jasa mana-mana pihak atau perebutan material. Sebab itulah saya tidak bertanding di peringkat Majlis Tertinggi (MT). Kalau tidak diterima di peringkat Pemuda mungkin satu hari nanti saya akan bertanding di peringkat MT tetapi apa yang saya lihat Pemuda perlu berubah iaitu diserapkan idealisme perjuangan UMNO. Ini jelas apabila dulu kita dapat sokongan sekarang kita tidak mendapat sokongan, oleh itu kita perlu kembali menawarkan khidmat kita.

MINGGUAN: Ada pendapat bahawa Ketua Pemuda tidak perlu memegang jawatan kerajaan bagi membolehkan ia memberi tumpuan kepada tugasnya di peringkat parti?

ZAHIDI: Pandangan seumpama itu tidak betul kerana Ketua Pemuda perlu berada dalam jemaah menteri. Sebab Kabinet adalah satu badan yang paling berkuasa. Jangan melihat apabila seorang Ketua Pemuda berada dalam kerajaan ia lebih banyak berkaitan soal mudah memberi kontrak.

Sebagai contohnya, ketika saya dalam Pemuda dulu kita ada Yayasan Gerak Bakti iaitu yayasan pelaburan am Pemuda. Kenapa ia tidak diwujudkan semula? Ini kerana melalui yayasan tersebut ia akan membantu ramai anggota Pemuda. Satu lagi, apa peranan Pemuda dalam memastikan GLC menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda. Begitu juga dalam bidang usahawan kenapa Pemuda tidak mendesak supaya diwujudkan kuota untuk golongan muda dan kita juga perlu bertanya kenapa dalam soal Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pemuda tidak menggesa supaya Pemuda di peringkat bahagian diberikan kuota untuk menentukan siapa yang harus menerimanya. Kalau semua ini berjaya diperjuangkan oleh Pemuda sudah pasti pergerakan itu dilihat melakukan perjuangan yang menyeluruh.

MINGGUAN: Apa pesanan Datuk kepada ahli Pemuda sebelum mereka menentukan ketua pemuda?

ZAHIDI: Kalau mereka hendakkan satu idealisme yang memperjuangkan nasib semua golongan, mereka haruslah memberi peluang kepada saya. Selain itu jika Pemuda mahukan pergerakan itu kembali mendapat sokongan dan dihormati, mereka perlu memastikan kepimpinannya tidak dikuasai oleh sesuatu golongan sahaja, malah mewakili semua golongan.

Kalau kita mahu dihormati Pemuda itu sendiri perlu berubah bukan hanya memikirkan kepentingan diri tetapi perjuangan masa depan bangsa dan agama.

Sunday, September 28, 2008

SELOKA HARI RAYA










Padang Besar asal daerah,
Utara Malaysia gelaran ia;
Tidakku gentar lagi menyerah,
Demi agama,semangat menyala.

Zahidi nama ayahandaku berikan,
Bukan hipokrit, berangan-angan;
UMNO lemah mesti dipulihkan,
Berkat sokongan sahabat dan rakan.

Lebaran Mulia menjengah lagi,
Ampun dan maaf harap diberi;
Musim ini mencuba diri,
Ketua Pemuda Mac 2009 nanti.

Berziarah salam sesama teman,
Tanda ikatan satu hubungan;
Mari rakan marilah teman,
Kita ubah dan laksana perubahan.

Ketupat rendang hangit di dapur,
Bauhulu sedap tidak tertahan;
Pemimpin baik mudah ditegur,
Pemimpin angkuh dibenci tuhan.

Lemang dibakar di tepi jalan
Buatan tangan keluarga Pak Ali
Biar dikenang sepanjang zaman;
Berjuang untuk ibu pertiwi,
Angkat martabat akar umbi,
Moga berjaya kemudian hari.

"SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN'

Ikhlas : Datuk Zahidi Zainul Abidin dan seisi Keluarga.

Saturday, September 27, 2008

intai-intai peluang...

Saya menerima e-mel dari sahabat kita yang berada di KL. Terima kasih kepada pengirimnya, SBS.. yang sudi berkongsi pandangannya dengan kita. Selamat membaca:



1. Setiap manusia yang dilahirkan kedunia ini adalah sama. Tidak tertulis bahawa si polan lebih cerdik dari si anu. Bezanya peluang.

2. Sebab itu saya percayakan kepada peluang. Ibarat kata Saidina Ali r.a, peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup.

3. Demikianlah juga UMNO, wadah bangsa pejuang agama. Peluang kali ini untuk memulih, membersih dan menjernihkan UMNO.

4. Sebab itu suara akar umbi perlu dikembalikan. Politik anak beranak harus dimatikan. Politik dinasti, pengaruh menantu, anak dan bapa perlu ditiadakan.

5. Barulah UMNO kembali aman, hak ahli dan suara demokrasi akan kedengaran.

6. Dengan itu, sindrom kakak tua, amalan Yes Bos, semuanya OK akan dapat dipinggirkan.

7. Tonggak perjuangan UMNO yang berteraskan Aliff, Ba dan Ta mampu dijelmakan.

8. Apa hebatnya lulusan Oxford jika tidak bermenantukan PM

9. Apa ada pada sipolan jika bukan kerana anak mantan PM

10. Pilihan ditangan kita, UMNO bukan waris harta pusaka dan milik kaum keluarga.

11. Agenda setiakawan hanya bermaksud, kawan-kawan jutawan.

12. Berani berubah bererti buang Pak Lah, buang KJ, biar aku pulak di atas takhta.

13. Baik KJ atau Mukriz mereka berperang kerana keluarga.

14. Rakyat dan ahli terus merana.

15. Berilah peluang kepada Zahidi Zainul Abidin, buat menebus malunya bangsa.

SBS...

Friday, September 26, 2008

Zahidi: Keputusan MT 'ada muslihat'

Abdul Rahim Sabri & Muda Mohd Noor | Sep 26, 08 8:07pm


Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu "bermuslihat."

Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010.

zahidi zainol abidinZahidi, yang juga timbalan ketua perhubungan Perlis, menambah beliau tidak faham kenapa penangguhan itu dibuat kerana masa antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh.

"Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali. Saya tak faham kenapa buat begitu.

"Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Zahidi kepada Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut maksud muslihat tersebut.

shahidan kassimSementara ketua perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat.

Beliau berkata, ahli Umno tidak boleh duduk diam tetapi harus bekerja kuat untuk parti.

Katanya, penangguhan tersebut tidak memberi kesan kerana jika sesuatu bahagian tidak mencalonkan seseorang pemimpin tertentu, sudah tentu pemimpin itu tidak boleh bertanding.

"Ahli parti tidak bising apa-apa, hanya orang luar (pembangkang) yang sibuk buat bising," katanya.

Suka berdolak-dalik

Mengulas keputusan presiden Umno untuk mengumumkan keputusan penting menjelang mesyuarat bahagian 9 Oktober ini, Zahidi berkata Abdullah tidak akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac depan.

"Beliau (Abdullah) tidak berani, suka berdolak-dalik.

"Beliau takut menghadapi kenyataan kerana tak tunai janji," tambahnya.

Beliau juga menjelaskan Umno akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya sistem kuota pencalonan pemimpin atasan parti, termasuk di peringkat bahagian, dihapuskan dan tidak perlu menangguh pemilihan pimpinan tertinggi.

"Ikhlas, untuk hapuskan sistem kuota, tak payah tunda-tunda (mesyuarat agung)," tambahnya.

Penghapusan sistem itu, katanya, boleh mewujudkan persaingan yang adil dan akan menguatkan Umno. Malaysiakini.

Thursday, September 25, 2008

KENYATAAN AKHBAR

Follow me, urges Zahidi
By Kharleez Zubin September 23, 2008 Categories: News

Leave money politics aside Perlis Umno deputy liaison chairman Datuk Zahidi Zainul Abidin will be running for Umno's youth chief post in the coming party polls in December.

"Yes, I am contesting the post and I promise the delegates, who are politically sober and detest corruption and money politics plaguing the party, a new direction and leadership.

"I will make my official announcement in a few days in Kuala Lumpur," he told Malay Mail from Perlis yesterday.

The outspoken Padang Besar division chief, however, said he was not prepared to lead a legion of si Kitol who would sell the party and the community for a pot of gold.

"Just like the treacherous Kitol, the henchman of Raja Mendaliar during the Malaccan Sultanate, who opened the gates to the Portuguese invaders for a pot of gold, there are in Umno, a sizable number of Kitols who are so encumbered by money and power," he said.

(In the Malaccan annals, Kitol and Raja Mendaliar planned the ouster of Tun Hasan Temenggung, who stood in the way of the Portuguese taking over Malacca, by falsely accusing Tun Hasan of taking bribes to Sultan Mahmud Syah.)

They are even prepared to sabotage their own party, Zahidi said, referring to the last general election and the Permatang Pauh by-election where Barisan Nasional and Umno took a historic beating due to "defeat from within".

He said that in the Permatang Pauh by-election, only about five per cent of Umno youth members in the constituency voted. This is a reflection of the sorry state of affairs in Umno, which he says if left unchecked, will result in the ruin of the party and the community.

In the last general election, Zahidi said many "clean" Umno members refused to vote for the party because they were disenchanted with its leadership and wanted to teach them a lesson.

"The lesson brought the party to the jaws of defeat and there is a strong feeling among members who are true to the party’s vision that something urgent must be done before we are finished," said Zahidi, who secured 69 nominations from the 120 branches to contest the division chief’s post after Hari Raya.

Another contender is Datuk Seri Azmi Khalid, MP for Padang Besar, who secured 51 nominations.

Asked about his chances of getting enough nominations to contest the youth chief’s post, Azmi said: "I think I can get the numbers to enter the fray," he said, adding that 40 votes were within his reach.

They each need 20 per cent, or 38, of the 191 Umno Youth divisions to nominate them. The divisions will begin their meetings to nominate candidates on Oct 17.

Now, with Zahidi’s confirmed entry, it will be a four-cornered fight.

All have begun active campaigning and Zahidi has already started his roadshow in the northern States to explain why it is crucial to elect him as Umno youth chief, in his own words, "to save Umno from destruction".

"If you love Umno and your community, then please leave money politics aside and join me in restoring Umno’s leadership in the coalition," Zahidi, who also has his own website, www.zahidi-zainulabidin.blogspot.com, said.

He added that the three contenders, Jerlun MP and Umno Youth exco member Datuk Mukhriz Mahathir, Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin and former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, should step aside because all of them represent the "Umno elite", which he said was the cause of discontentment among party grassroots.

"(Dr) Khir Toyo must be really thick faced to announce his candidacy after leading the State (Selangor) to its doom in the last elections," Zahidi said. MALAY MAIL

KENYATAAN AKHBAR

Rabu September 24, 2008
Pemilihan Pemuda Umno: Zahidi pilih Razali sebagai regu

KUALA LUMPUR:Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang berhasrat bertanding Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini, berharap dapat berganding dengan Anggota Parlimen Muar, Razali Ibrahim, yang berhasrat merebut jawatan Naib Ketua.

"Saya paling selesa untuk bekerja dengan Razali dalam menjalankan misi penting untuk membawa Pemuda ke landasan yang betul dalam mencorakkan politik negara," katanya.

Zahidi ialah antara empat calon yang mengumumkan hasrat merebut jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tiga lagi ialah Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Naib Ketua sekarang Khairy Jamaluddin.

Dua hari lepas, Razali, 38, yang juga Ketua Pemuda Umno Johor, menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua.

Selain Razali, yang turut menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua ialah anggota exco pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican. BERNAMA

Tuesday, September 23, 2008

TAHNIAH DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM

Shahidan dilantik penasihat NCER

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, tugas utama Shahidan termasuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

– Bernama

Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah diatas perlantikan Datuk Seri sebagai penasihat khas mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER), semoga beroleh kekuatan dan kesihatan yang baik untuk Datuk Seri melaksanakan kewajipan menasihati dan membantu dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Saturday, September 20, 2008

SIDANG ROH

SIDANG ROH 1

PM :Rakyat sudah fed up dengan situasi politik negara, saya banyak tugas mahu dilakukan.

Menantuku : Banyak orang bercakap tentang perubahan, tetapi apakah perubahan itu?

Roh 1 : Rakyat fed up dengan U Pak Lah, dan mahu Khairy berubah,dan diubah, itu sahaja.


SIDANG ROH 2


PM : Peralihan kuasa telah dipersetujui 2010.

Deputi PM : Saya tetap akur dan setia.

Roh 2 : Benda baik elok dicepatkan.


SIDANG ROH 3

Mantan PM : Saya umum keluar UMNO.

Anak mantan PM : Saya umumkan bertanding Chief Pemuda.

Mantan Pm : Saya umum masuk semula UMNO.

Roh 3 :Keluar, masuk, keluar masuk... ada makna ni....


SIDANG ROH 4

Adik Khir : Saya umum lawan Ketua Pemuda.

Menantu PM : Hasrat saya dah diumum, setelah meninjau dulu pandangan akar umbi.

Roh 4 : Luka lama terguris kembali, dendam yang dulu tak habis lagi, Lawan terus Lawan.

Thursday, September 18, 2008

BOM JANGKA

Semasa Dr. Khir Toyo menjadi MB Selangor bermacam karenah, isu, skop pemberitaan difokuskan kenegeri tersebut. teruk sahabat saya ini dihentam hanya kerana permainan orang tertentu. Media sebagaimana semua maklum punyai agenda, mengikut kemahuan tuan atau pemiliknya. Dalam pentas media dunia, kita ketahui CNN, Bloomberg, AP, Reuters, semuanya dikuasai pemodal Yahudi, sebab itu, imej Islam ditampilkan dengan wajah-wajah hodoh.

Media mampu menaik dan menjatuhkan kepimpinan , benar kata bidalan 'mata pena lebih tajam dari mata pedang", 'blog lebih mengancam dari akhbar' dan 'internet musuh paling sofistikated yang memeningkan ramai tokoh politik.

Berbalik pada isu sahabat saya Khir Toyo, dari isu jalan berlubang, sampah tidak diangkut, hadiah penyapu, sisa kumbahan babi, penerokaan tanah Bukit cerakah semuanya disapu berita sama ada TV atau akhbar. Naik minyak sungguh siaran media ketika itu, seolah-olah gerak laku Khir Toyo ini perlu bersifat maksum. Malang, yang baik tidak pula diketengahkan, tetapi sedikit yang cacat dipanjang-panjangkan. Ramai yang mengetahui ketika itu siapa dibelakang, siapa dalang sama ada melalui tangan ghaib atau arahan dari atas untuk mengenakan Khir Toyo.

Demikianlah rencah politik, anda adalah selebriti, lensa kamera sentiasa memerhati.

Berbeza pula dengan sahabat saya yang seorang lagi. Lulusan Oxford (PPE) serba pandai, bijaksana, dikata Hang Nadim Moden. Idea dan pemikirannya dilabel cukup kreatif, bakal the youngest Prime Minister, before 40. tulisan artikelnya merata-merata, baik di NST, Berita Harian dsb. Komen beliau mendapat tempat ruang dan skop yang luas, pandangan beliau setara Menteri. Kata-katanya cukup fasih, ucapannya berapi-rapi, ada penganalisis politik kata (bukan saya kata) beliau seperti carbon copy Brother Anwar Ibrahim.

Komentarnya, ibarat arahan Perdana Menteri. Sebut mana sahaja stesyen TV atau akhbar, termasuk yang dikatakan neutral seperti 'The Star' sekalipun melakar imej yang serba indah dan cantik. Itulah anak muda bernama Khairy Jamaluddin atau singkatan popularnya KJ.

Ruang bual bicara TV turut tidak mahu tertinggal kapal menjemput menantu Perdana Menteri yang cerdik lagi bijaksana ini. Ulasan ekonomi, politik antarabangsa, agama Hadhari, sosial, kepimpinan semuanya diulas dengan lancar. Pada peringkat awal semuanya menjadi. Lama kelamaan rupa-rupanya, ulasan dan komen demi komen ini telah menjadi bom jangka. Membentuk satu liabliti bukan pada diri sahabat saya sendiri malah kini menjadi senjata makan tuan kepada parti, Bapak Mertuanya yang bergelar Perdana Menteri, kerajaan dan rakyat seluruhnya.

Saya ingat berpesan, 'cakap malam pandang-pandang, cakap siang dengar-dengar, terlebih cakap membawa malang, terpandai cakap kesannya menjadi tawar"

Tuesday, September 16, 2008

Azmi mahu kembali rebut Ketua Umno Padang Besar
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my

Zahidi yakin pertahan jawatan selepas dapat 69 pencalonan

PADANG BESAR: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berdepan saingan sengit bagi mempertahankan jawatan itu berikutan kemunculan semula bekas penyandang, Datuk Seri Azmi Khalid.

Zahidi yang menyandang jawatan terbabit selama tiga penggal berturut-turut memperoleh 69 pencalonan daripada 120 cawangan keseluruhan Umno Padang Besar, manakala Azmi mendapat 51 pencalonan.

Zahidi menerajui Umno Bahagian Padang Besar sejak 1999, berikutan pengunduran Azmi yang tidak mahu bertanding ketika itu.

Selain jawatan Ketua Umno Bahagian, jawatan Timbalan Ketua Bahagian Padang Besar turut menyaksikan pertemuan satu lawan satu apabila penyandang, Khairi Hassan dicabar Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Md Noor Aziz.

Khairi yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Mata Ayer mendapat 48 pencalonan, berbanding Md Noor 70 pencalonan. Sementara satu lagi pencalonan milik bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Wan Nordin Che Murad yang juga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian itu.

Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian, penyandang, Azizan Sulaiman, dicabar Wan Nordin apabila masing-masing menerima 48 dan 71 pencalonan menerusi mesyuarat cawangan yang berlangsung.

Sementara itu, Zahidi ketika ditemui berkata, beliau yakin mampu mengekalkan penguasaan, walaupun dicabar Azmi yang pernah menyandang jawatan Ketua Umno bahagian.

Monday, September 15, 2008

Kenyataan Akhbar......UMNO Perlis Setuju Peralihan Kuasa Diputuskan Melalui Bahagian

Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dipetik dari BERNAMA

UMNO Perlis Setuju Peralihan Kuasa Diputuskan Melalui Bahagian By: Ramjit-->
KANGAR, 15 Sept (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Perlis bersetuju pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak ditentukan melalui bahagian UMNO bagi mencerminkan suara majoriti.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata peralihan kuasa itu tidak semestinya terikat dengan Majlis Tertinggi Umno.Mengikut pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerah jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO kepada Najib pada Jun 2010.Namun baru-baru ini Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa peralihan kuasa itu harus ditentukan melalui mesyuarat bahagian Umno manakala Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tempoh peralihan kuasa itu terlalu lama.Zahidi juga berkata UMNO perlu diperkasakan semula agar ia akan kembali dihormati oleh pelbagai peringkat umur.-- BERNAMA

baca lanjut:
http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=359216
atau
http://www.malaysiakini.com/news/89733

Terima kasih.

Sebaran...

Salam Ramadhan...,

Untuk makluman semua,

Pada jam 12.15 tengahari ini saya akan mengadakan Sidang Media di Putra Palace, Kangar, Perlis. Antara perkara yang akan dihebahkan ialah keputusan bagi pencalonan bagi Pemilihan UMNO Bahagian Padang Besar 2008 setelah semua cawangan habis bermesyuarat dan hal-hal lain.

Terima kasih.
Persaingan Ketua Pemuda semakin hebat

Oleh JAMDI NASIR

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Persaingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO semakin hebat apabila calon-calon yang disebut-sebut akan bertanding, mula menunjukkan komitmen masing-masing.

Setakat ini, persaingan merebut jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sejak 10 tahun lalu itu bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Terbaru di Kudat, Kota Kinabalu, Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan mengumumkan keputusan bertanding jawatan Ketua Pemuda pergerakan itu dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

"Ia akan diumumkan di Rembau," katanya kepada pemberita selepas majlis Sumbangan Ehsan Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO dengan kerjasama Pemuda UMNO Sabah dan UMNO Bahagian Kudat.

Selain Khairy, tiga lagi nama disebut-sebut akan bertanding pada pemilihan parti Disember ini ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Pada 6 September lalu, Ahli Parlimen Jerlun. Datuk Mukhriz Tun Mahathir secara rasminya telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu.

Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar pula menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan tersebut pada 2 Jun lalu dan mendapat sokongan penuh daripada Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Mohamad Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor pada 31 Mac lalu berkata, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO sekiranya mendapat sokongan.

Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO akan dikosongkan ekoran keputusan Hishammuddin melepaskan jawatan tersebut pada pemilihan parti Disember ini.

Hishammuddin pada 21 April lalu, mengumumkan sedia mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden jika mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian parti itu.

Pengumuman beliau itu mendapat sokongan khususnya daripada pemimpin Pemuda.



Zahidi sah tawar diri tanding Ketua Pemuda Umno
14-09-2008 10:58:58 PM

PADANG BESAR: Ketua Umno bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pada pemilihan parti Disember depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis itu berkata, beliau berhasrat memulih kekuatan parti dan menjenamakan semula Pergerakan Pemuda Umno.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau mendakwa pergerakan itu tidak lagi mendapat sokongan padu di peringkat akar umbi seperti terbukti pada pilihan raya umum Mac lalu.

Turut bertanding merebut jawatan ketua pemuda itu yang bakal dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein ialah ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. BERNAMA



Zahidi juga sah tanding ketua Pemuda
Abdul Rahim Sabri | Sep 12, 08 12:35pm

Ketua Umno bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin hari ini mengesahkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia Disember ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zahidi berkata beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenainya di Kuala Lumpur selepas 18 September ini.

Beliau yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis berkata, beliau mahu menawar diri bertanding jawatan tersebut bagi memulih dan menjenamakan semula pergerakan tersebut.

Katanya, ini kerana Pemuda Umno kini tidak lagi mendapatkan sokongan dari akar umbi, terutama dalam pilihanraya umum Mac lalu dan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lalu.

Beliau mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah gagal menyelesaikan masalah yang melanda Umno sekarang.

Katanya, kelemahan perdana menteri untuk mendekatkan diri dengan mantan perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), telah menghilangkan keyakinan rakyat.

'Siapa kuat'

Pergeseran antara perdana menteri dengan mantan perdana menteri itu, menurutnya, menandakan bermulanya kejatuhan Umno.

Malah, katanya, ia juga mengakibatkan parti-parti komponen Barisan Nasional turut hilang keyakinan.

Katanya, pergeseran antara Abdullah dan Dr Mahathir mungkin akan berterusan dalam Pemuda Umno melalui menantu dan anak masing-masing.

Monday, September 8, 2008

BERLAWAN SEPERTI ANAK JANTAN...

Dato' Mukhriz sudah membuat pengumuman rasmi bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO melalui sidang akhbar khasnya di Pondok Maharizan Titi Gajah pada 6 September yang lalu. Petanda demokrasi terus subur dan diharap jangan berkubur dalam UMNO melalui perintah orang tertentu.

Ramai kawan rakan bertanya KJ menantu Pak Lah bila lagi, sampai bila mahu dikaji hasrat akar umbi? (Hasrat akar umbi yang mungkin diberi imbuhan).

Saya tidaklah hendak memperlekahkan orang di bulan puasa yang mulia ini. Tapi dalam senario semasa, tampaknya hayat UMNO dan BN ibarat telur dihujung tanduk. Jika politik kuasa dan jawatan masih ditentukan hasil naungan orang atasan, maka tidaklah mustahil UMNO khususnya akan dikuburkan buat selama-lamanya.

Jika jawatan ditentukan pada siapa yang banyak wang, maka UMNO akan disumpah laknat tujuh keturunan. Pilihlah pemimpin kerana akal budinya. Pilih pemimpin disebabkan kemampuannya. Pilih pemimpin yang bijak merancang dan melakukan sesuatu secara praktikal untuk golongan yang dipimpinnya.

Pilih pimpinan ibarat memilih makanan yang halalan lagi toyiban. Pemimpin pula jika mahu bertarung, bertarung seperti anak jantan, jangan berteduh di bawah ketiak sang penguasa. Jangan diraih naungan Pak Mertua. Barulah anak jantan namanya..

SELAMAT BERTANDING JUGA UNTUK DR. KHIR TOYO DAN MUNGKIN MB PAHANG

Sunday, August 31, 2008

MERDEKAKAN DIRI DI RAMADHAN AL-MUBARAK

31 Ogos sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 51, dan Insya Allah 1 atau 2 September seluruh umat Islam akan berpuasa. Ramadhan al-Mubarak, peluang untuk kita menyucikan diri, nafsu dan tingkahlaku. Tinggalkan sementara baju politik atas nama parti atau ideologi. Kita hayati Madrasah Ramadhan, kita tarbiyahkan diri menjadi insan lebih amanah, jujur, bersih dari dosa, rasuah penipuan, dan pengabaian amanah.

Ramadhan bulan kebajikan, ruang untuk ditingkatkan kerja amal. Kita merdekakan diri dari kata nista, mengaib dan mengata orang. Kita bentuk diri jadi insan terpuji, supaya apabila 1 syawal menjelang kita lahir dalam keadaan fitrah. Marilah merdekakan diri kita dari perbuatan mungkar dan sebaliknya kita isi dengan perbuatan ma'aruf.

Merdekakan diri dan keluarga dari azab seksa api neraka, dengan meningkatkan ketaqwaan kita. Kita insafi, muhasabah diri, buang segala daki dan kekotoran yang selama ini menyelimuti hidup kita. Biarlah kita MERDEKA dalam erti kata sebenarnya. Jangan lagi berjiwa hamba, takut kepada pemimpin kerana bimbang hilang jawatan, pangkat atau peluang perniagaan. Jadilah pejuang sejati, pemimpin kita hormati namun yang wajib kita taati dan takuti adalah Allah s.w.t.

Semoga Madrasah Ramadhan kali ini mampu mengajar kita erti MERDEKA YANG SEBENARNYA.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-51 dan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Ikhlas dari :
Datuk Zahidi Zainul Abidin & Keluarga.

Friday, August 29, 2008

SUMPAH SESUMPAH PERMATANG PAUH

Bertemu kembali setelah saya agak sibuk sedikit kebelakangan ini.. maklum saja lah.. memantau perjalanan mesyuarat UMNO cawangan dan juga pilihanraya kecil P-44 Permatang Pauh. Apa yang menarik perhatian saya untuk dikongsi pandangan bersama pembaca ialah parti politik
PKR dan Pakatan Rakyat bukannya kuat tetapi BN yang lemah, komen Tun Dr. Mahathir yang ringkas padat dan tepat. Episod, sumpah, bersumpah kini memakan diri. Permatang Pauh makin jauh dari dakapan, Anwar Ibrahim terus mengorak langkah menyusun agendanya. UMNO makin hanyut, pudar dan dijauhi pengundi. Golongan muda, yang tuan, kaum Cina dan India sudah tidak yakin dengan konsep BN. Jika ada lagi Pilihanraya Kecil selepas ini, dijangka Kulim, kemudiannya Sanglang, UMNO perlu menerima dengan lapang dada, bahawa kekalahan memalukan menanti mereka.

UMNO sudah makin jauh dari tassawur Islam. Pemimpinnya lemah, tetapi masih gah mahu menongkat kuasa. Liabaliti utama sebenarnya Pak Lah dan KJ. Pengurusan negara tidak boleh difaraidkan sesama kaum keluarga. Buatlah analisis, telahan atau bedah-siasat yang bagaimana hebat sekalipun, puncanya kerana pengundi tidak merasa selesa di bawah kepimpinan Pak Lah. Suasana perniagaan makin muram, tekanan kos hidup makin meningkat, walaupun 15 sen harga minyak diturunkan. Suasana politik tidak stabil, hubungan kaum makin keruh, keterbukaan dan ketulusan era Pak Lah lebih banyak buruk dari baiknya.

Anwar menang bukan soal beliau bertanding di kubu kuat beliau, dalam keadaan sekarang buatlah Pilihanraya Kecil dikubu kuat BN atau UMNO sekalipun, pastinya UMNO dan BN melalui laluan sukar. Kaum Melayu menolak Pak Lah, masyarakat Cina tidak gemarkannya, kaum India apatah lagi. Pak Lah perlu membawa keluar dan rakyat negara ini dari sumpahan Permatang Pauh. Demi negara yang tercinta dan jika Pak Lah punyai semangat patriotisme sempena sambutan kemerdekaan ke-51 ini dan dalam suasana menyambut Ramadhan nanti, cukuplah, Pak lah perlu berkorban dengan meletak jawatan sebelum lebih ramai rakyat termakan sumpah, disumpah dan terkorban. Dengarlah, dan fahamilah rintihan dan rayuan kami golongan marhein dan seluruh rakyat jelata wahai Pak Lah. Tuan akan dikenang sebagai penyelamat jika berundur, sebaliknya jika terus kekal kerana ego atau hasutan anak-beranak, maka Tuan bakal menjerumuskan negara ini ke lembah petaka. Bebaskan dan Merdekakan kami dari SUMPAH SESUMPAH PERMATANG PAUH..

Tuesday, August 19, 2008

TURUNKAN SEGERA HARGA MINYAK!

Singapura sebuah negara bukan pengeluar dan pengeskport minyak sudah dua kali menurunkan harga minyak dalam tempoh dua bulan. Harga minyak dunia di pasaran antarabangsa kini turun mendadak dan break point sehingga hujung tahun dikatakan bakal berada pada paras 90-100USD.

Berbeza dengan harga asal hampir USD150 pada Jun lalu, apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak secara mengejut melebihi paras 42%. Menteri Kewangan ke-2 dan PM sendiri dikhabarkan akan membuat pengumuman pada awal September nanti untuk pelarasan harga minyak dengan subsidi kekal pada kadar 30 sen selitar.

Harapanya jangan pula pelarasan bermakna harga minyak mengikut harga pasaran, dan tidak ada pula penurunan dari kadar RM2.70 sen seliter. Pastikan juga kos pengangkutan dan harga barangan turut menurun apabila pengumuman harga minyak yang baru dibuat. Tidak ada makna harga minyak turun, harga barang terus meningkat, inflasi mendadak dan pendapatan pekerja masih statik. Apatah lagi musim perayaan hampir tiba, dan kakitangan kerajaan dikhabarkan bakal mendapat bonus dalam pengumuman bajet 29 Ogos nanti. Kakitangan kerajaan hanyalah 1.2 juta orang, sedangkan jumlah yang bekerja di Malaysia seramai 11 juta orang. Janganlah kerana 1.2 juta mendapat kenaikan gaji, beban harga barangan ditanggung oleh lebih 11 juta yang lain.

PM tidak perlu lagi flip-flop dalam dasarnya, turunkan segera harga minyak, usahakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi stok barangan perlu, kuatkuasakan dengan tegas pemborong dan pengilang yang menyorok barangan, selami dan fahamilah sama kesusahan rakyat di bawah.

Wednesday, August 13, 2008

KENAPA KETUA PEMUDA?

Kenapa saya memilih untuk menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda :

1) Supaya UMNO lebih merakyatkan organisasinya.

2) Biar Pemuda lebih berperanan sebagai pejuang dan pembela masyarakat.

3) Untuk mengubah persepsi orang ramai yang menyatakan UMNO parti milik warisan dan kelab orang-orang kaya.

4) Mengembalikan 'maudhuk' asal perjuangan UMNO, untuk bela bangsa, agama dan negara bukannya menjadi penghakis hak bangsa dan agama.

5) Meletakkan peranan dan suara akar umbi pada tempat yang sewajarnya.

6) Menjayakan agenda pendidikan, ekonomi, sosial orang Melayu yang masih jauh tertinggal kebelakang

7) Mendidik dan melatih barisan kepimpinan pelapis agar yang bersih, berakhlak dan komited dengan perjuangan bangsa, agama dan negara sahaja diberi tempat untuk memegang amanah.

Mudah-mudahan hasrat ini bukan sekadar retorik dan janji kosong, namun dengan kekuatan semangat, idea, dan pelaksanaan bersungguh dapat saya jayakan--Insya-Allah

DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

Tuesday, August 5, 2008

JAWATAN ADALAH SATU AMANAH...

Pertama sekali ucapan terima kasih saya ucapkan kepada blog husin lempoyang yang memberikan gambaran akan hasrat saya untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Disember nanti. Tentang siapa saya, cara saya berpolitik, niat dan keikhlasan saya, agenda dan arah tuju saya biarlah saya rencanakan seadanya.

Dalam dunia demokrasi, era cyber, zaman di mana maklumat bebas diperolehi hanya dengan menekan hujung jari, saya tiada upaya untuk menghalang apa jua pandangan masyarakat terhadap saya. Inilah risiko bagi individu sejak hari pertama apabila mengisytiharkan diri untuk terjun ke dunia politik.

Sekurang-kurangnya, setelah tsunami politik PRU ke-12, yang mengakibatkan suasan gawat dalam UMNO, ditambah pelbagai kemelut yang dihadapi negara, tidak dapat tidak, UMNO sebagai antara parti Melayu yang sudah lama berbakti untuk negara harus dipulihkan. UMNO tidak bersalah, yang berdosa pembudayaan ahli-ahlinya. UMNO bukanlah harta pusaka, atau harta yang boleh difaraidkan untuk memenuhi kepentingan aristokrat, atau hakmilik peribadi dua tiga kerat orang semata-mata.

Tidak ada makna bercakap tentang demokrasi jika suara akar umbi tidak dipeduli. Apa maknanya naik jadi pemimpin jika menggunakan elemen rasuah dan pengaruh kaum kerabat sebagai naungannya. Sebab itu hasrat saya dari awal adalah untuk meletakkan kembali UMNO pada haknya. Melibatkan kembali penyertaan ramai dalam proses pembuat keputusan, bukan segala-galanya 'saya sokong' dengan nasib 3.2 juta ahli ditentukan oleh keputusan 40 orang ahli MKT. Demikian juga pemuda, harus dikembalikan fungsi asalnya, sebagai 'kumpulan pendesak' agar kepentingan Melayu, Islam dan hak rakyat Malaysia seluruhnya lebih terbela. Bukan menjadi satu kelab eksklusif, kelab orang-orang kaya, tempat berseronok dan bercengkarama sesama anggota Puteri UMNO. Pemuda harus melihat dimensi yang lebih luas, bagaimana gejala sosial remaja kini, nasib pengganguran lepasan IPTA, kumpulan belia yang makin merempit dan nasib pemuda luar bandar yang tercicir dalam pelbagai bidang.

Sebab itu jika dikatakan hasrat saya untuk bertanding, kerana mudah berubah pendirian setelah tidak mendapat layanan atau apa-apa projek dari pihak atasan, itu adalah satu tuduhan yang harus saya terima sebagai sebahagian cabaran yang harus ditempuh untuk menjadi pemimpin yang matang. Ketidaktetapan pendirian saya yang dikatakan menyokong orang itu, orang ini sekadar mendapat habuan akan turut saya jadikan sebagai satu peringatan, agar politik yang saya amalkan dan perjuangkan lebih berprinsip, bermoral dan kukuh istiqamahnya. Apa yang penting, misi, agenda dan plan induk perancangan untuk pemuda UMNO dan seluruh belia serta beliawanis di Malaysia sudah dirangkakan. Selain itu, ia akan disusuli agenda memperkukuh pemuda Melayu Islam. Insya-Allah, kalau sudah ditakdirkan rezeki saya menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, itulah yang menjadi asas tindakan dan gerakan saya. Semoga saya terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk memikul amanah ini. Terima kasih di atas nasihat dan komen rakan-rakan seperjuangan.

Ikhlas

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

Sunday, August 3, 2008

Contest for Youth Head - Hotbeds for Corruption

Saya baru menerima e-mel daripada seorang sahabat yang bersamanya disertakan artikel dari penulis blog aspanalias.net Sahabat saya meminta disiarkan artikel tersebut didalam laman blog saya. Untuk mengelak daripada berlaku sebarang manipulasi atau ditokok tambah, saya siarkan sepenuhnya artikel tersebut. Selamat membaca.


UMNO youth wing is soon becoming the hotspot with the imminent contest for the top position with the departure of Hishamuddin Husein from the helm of the movement.


Meetings with the aspiring contenders or their agents are exciting, action-packed and enthralling.
Khairy Jamaluddin is obviously going to be at the fore front in securing nominations for the youth head because of his father-in-law/son-in-law relationship with the Prime Minister.


Some came to me claiming that the cash and notes have dripped down to the divisional youth heads and his agents and the fight for the youth head can be the hotbed for seriously corrupt money politics.


It’s so advantaged to be married to the Prime Minister’s daughter as it so smooth to get what we want to have.


I am too old to think of having another wife and to be married to the PM’s daughter, but even if I try to propose the PM does not have any other daughter than the one married to Khairy.


Even if he has another one to propose, it is very odd for me to have a father-in-law who is just fractionally older then me.


Khairy is good in investing for his future and the investment so far earns him good dividends and sharp rise in the ‘stock’ he holds.


Among the competitors for Khairy are Datuk Zahidi, Dato’ Mukhriz Mahathir and Dato’ Seri Mohd Khir Toyo who don’t have father-in-laws who were the Prime Minister of the country.


Other than Mukhriz, the other 2 come from an ordinary family who crafted their names in politic by themselves without resting their laurels through the names and status of their parents or their in-laws.


I am more tending to choose a youth leader who comes from an ordinary family as he is easy to be with and understands the problems and idiosyncrasies of the younger generations.


The biological sons of our great leaders has proven to be ineffective and contribute too tiny to the party as they were not used to going through rough life.


They tend to be relatively aloof and understand too little about what sufferings mean.
We can see living example of these kind of leaders:- Najib, Hishamuddin, Taufek Ismail and quite a number more who are all ineffectual and crash before taking off.


They were lifted to high positions because of the names and decorations of their fathers and had never had the actual feel of the people on the ground.


Hishamuddin has not performed well as the head of youth wings as he has not been able to appreciate the problems of the younger generation who face mountable tribulations in life especially so in time of economic recessions.


I trust Mukhriz is a potential failure if he becomes the successor to Hishamuddin.
We will be able to assess Mukhriz ability to lead once his father is no more living as he is seen just as the spokesman for his father.


Khir Toyo has to do a lot of refining job as he has a stigma of being a vulnerable MB for Selangor which I hate to elaborate.


As for Khairy, he does not even know what UMNO is all about as he was not even bred in this country. This boy became ‘well-known’ only after he ‘courted’ the PM’s daughter whom he finally wed.


I was convinced by many in Rembau that he has called for the committee meeting only once since he became the youth head for that division.


He would be accompanied by large group of big bikers and fleet of flashy cars and please agree with me that is too ‘unMalay’ to be fitted within UMNO.


This culture is definitely a new ethnicity which we generally called as ‘Mat Rempit’ cultural revolution.


So now we are left with Datuk Zahidi, who hails from tiny state of Perlis, a self-made and budding politician who is very casual in his interactions with friends and foes in politics.


He has brief experience in the government and long occurrence with UMNO politics and surely he is a very forgiving character for the old and the young.


I have strong basis to say that he is relatively the most reconciliatory candidate among the four aspirants that the youth should consider to lead the movement.


In a day or two I may have the time and space to write a bit of elaboration on this likeable man who has everything averaged down and lead relatively simple life.



Thanks…………………………………Aspan Alias



aspanalias.net

Tuesday, July 29, 2008

SPIL OVER DAN SPIN OVER

Rakyat makin celaru, akar umbi tak keruan, mana satu yang betul mana satu yang tidak. Spin over yang dilakukan dalam media arus perdana dan kenyataan Pak Menteri menyatakan ekonomi dan politik kita stabil, terurus dan terjaga. Namun hakikatnya rakyat makin susah, berkecamuk. Apatah lagi Ramadhan bakal menjelang tiba disusuli hari raya bagi orang Melayu beragama Islam. Harga barang makin naik, pendapatan makin susut. Pembuangan kerja terus bertambah, kadar jenayah meningkat, kos hidup mencanak, demonstrasi merata-mara. Isu politik makin gawat, prestasi ekonomi angkanya diubah-ubah. Sekejap KDNK 6%, sekejap 5% dan diwaktu lain tinggal 4.5%. Yang bercakap itu semunya pakar termasuk Gabenor Bank Negara. Inflasi dikatakan 6%, bank-bank tempatan mengunjurkan 8%, realiti yang ditanggung rakyat ada setengah barangan inflasinya mencecah sehingga 20%.

Formula apa yang digunapakai oleh ahli teori ekonomi. Saya berpandangan, cabaran sebenar adalah menyelesai isu pokok dan kemelut sebenar yang dihadapi rakyat. Apakah langkah praktikal yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat akibat krisis harga minyak dan inflasi?. Apakah segala dasar-dasar ekonomi yang diumumkan hanya retorik, cantik di permukaan tetapi kesan 'spil over' tidak diterima rakyat?. Apa sudah jadi dengan pelaksanaan RMK-9?. Kemana wang subsidi minyak yang dijimatkan?. Sudah dipulangkan kembali kepada rakyat atau belum?.Bagaimana pula dengan pengumuman berbilion ringgit projek raksasa pembangunan Koridor?. Adakah sekadar merasmikan ladang jagung, atau pusat benih pertanian dikatakan Koridor Pembangunan Wilayah utara sebagai contoh sudah terlaksana sepenuhnya?.

Cukup-cukuplan 'spin over' dari media arus perdana. Fakta dan relaiti ekonomi sebenar dan kesannya ditanggung oleh rakyat. Rakyat makin susah, ekonomi makin meleset, penghidupan makin muram, bukalah mata wahai pak Menteri, ini bukan zaman berjanji dan berkata yang indah-indah. Ini zaman membantu rakyat yang susah...

Sunday, July 27, 2008

UMNO, FARAID DAN PUSAKA

Melihat tren kompromi dan peralihan kuasa yang berlaku sama ada diperingkat pimpinan atasan mahupun di peringkat Bahagian sememangnya cukup menarik. Pak Lah telah mengumumkan tarikh Jun 2010 sebagai tempoh untuk menyerahkan baton kepada Dato' Najib. Di beberapa bahagian UMNO yang sempat saya ikuti pengumuman telah dibuat misalnya di Padang Terap, Pasir Putih, Jerai, Gopeng dan Temerloh. Isunya apakah dari segi Perlembagaan membenarkan jawatan dalam UMNO difaraid atau dipusakakan. Bagi calon yang menarik diri dan tidak mahu bertanding lagi selesailah masalahnya. Bagaimana pula dengan kompromi antara Ketua, Timbalan dan Naib Ketua?. Bukankah elok jika dipulangkan hak memilih dan mencalon kepada Cawangan dan pimpinan akar umbi?. Apa pandangan rakan-rakan?.

Saturday, July 26, 2008

MALAYSIA: JUARA BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2018...

Wawasan 2020, bakal menjengah lebih kurang 12 tahun lagi. Pada tahun berkenaan Malaysia dijangka muncul sebagai negara maju mengikut acuan dan budayanya sendiri. Kemajuan yang tidaklah ditiru berdasarkan model Barat, namun bangkit hasil kekuatan setempat. 2020 diharapkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara bangsa makin jelas, isu-isu remeh yang melibatkan faham perkauman akan dipinggirkan, asas agama menjadi pegangan terbaik selain kebejatan masalah sosial dapat diatasi. Kita juga mengharapkan konsep kemajuan pada tahun berkenaan tidaklah terbatas dari sudut benda, material dan ekonomi semata-mata. Akan tetapi rakyat mendapat agihan sama rata, pertumbuhan ekonomi memberangsangkan, prinsip keadilan di mana meletakkan sesuatu pada tempatnya dan yang berhak menikmati pulangannya akan menjadi mercu tanda utama pentadbiran negara.

Lantaran itulah bagi menjamin wujudnya semangat kekitaan yang tinggi dikalangan masyarakat majmuk, perasaan bangga dan sayang akan negara berdaulat ini, medium sukan khususnya sukan popular dunia seperti bolasepak boleh digunakan. Pencapaian dan mutu bola sepak negara yang jauh merudum kini, wajar dipulihkan. Pelbagai masalah yang timbul semenjak pengenalan Liga-Super dengan lambakan pemain import bertaraf klas ketiga, isu gaji dan kebajikan pemain, rasuah bola sepak, kurangnya kehadiran penonton adalah rencah dan realiti yang menyulitkan kemajuan dan pencapaian bola sepak negara.

Di sebalik usaha bersungguh FAM melakukan pelbagai pembaharuan namun jika akar umbi pembangunan dan falsafah kemajuan bola sepak itu tidak ditangani, maka selama itulah pasukan kebangsaan akan menjadi mangsa belasahan pasukan hatta dari kalangan negara jiran.

Rakyat sering mengimbau nostalgia era 70-an dan awal 80-an, zaman keagungan di mana pasukan bola sepak negara berada pada kedudukan nombor wahid mengatasi Jepun dan Korea Selatan, dua buah negara yang kini menjadi pasukan tetap di dalam siri Pertandingan Piala Dunia. Zaman di mana kemudahan serba berkurangan, pemain tidak pun bertaraf profesional, namun kebesaran jiwa dan kekuatan semangat diiringi bakat semulajadi telah menjadi sumber kekuatan pasukan kebangsaan. Rakyat merindui zaman emas itu, namun kita tidak boleh selalu bernostalgia tanpa berbuat sesuatu apa pun, jangan mati kerana
angan-angan, sebaliknya berangan-anganlah agar apa yang kita mahukan mencapai kejayaan.

Mokhtar Dahari, Syed Ahmad, Ghani Minhat, R. Arummugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, R. Rajagopal, James Wong, Hassan Sani, Bakri Ibni, Shukor Salleh, sebut sahaja nama-nama terhebat di masa itu sudah mampu menggamit kehendak rakyat untuk kembali menyaksikan kebangkitan pasukan negara. Saksinya adalah Stadium Merdeka, di mana saban tahun apabila Pesta Bola Merdeka diadakan, pasukan negara adalah juaranya, dengan mentaliti permainan klas dunia. Namun kini Pesta Bola Merdeka hanya disertai pasukan klas ketiga serta sekadar mengisi jadual acara sempena sambutan kemerdekaan itupun sudah jarang diadakan.

Seperkara yang menarik barisan pemain yang mewakili negara adalah cerminan realiti komposisi penduduk negara. Ada Melayu. Cina, India, Serani, barangkali selepas ini harus dibentuk satu dasar agar dimasukkan dan dicari bakat serta kelibat pemain suku puak Iban, Kadazan, Bidayu, Melanau, dan orang Asli. Biar dengan gabungan ini diiringi bakat hebat, latihan sistematik ,pemakanan saintifik, pendedahan latihan meluas, pasukan Malaysia akan bangkit semula untuk digeruni. Komposisi pemain era 70-an dan 80 an juga , zaman gemilang bola sepak negara juga mencerminkan keserataan wilayah, dari Perlis menganjur ke Sabah, semuanya ada. Barangkali juga harus digubal satu polisi agar setiap negeri melakukan usaha pencarian bakat mengemukakan dua pemain terbaik, untuk dihantar menyertai pasukan kebangsaan.

Lantaran itulah disarankan untuk membentuk semangat kekitaan dan dalam usaha negara menuju negara maju, kelibat pertandingan Piala Dunia 2018 harus menjadi impian, bukan sekadar layak tetapi sekurang-kurangnya menjejakkan kaki ke pertandingan akhir, mengatasi pencapaian Korea utara pada tahun 1966 dan Korea selatan pada 2002 yang melangkah ke separuh akhir.

Tampak pandangan ini boleh diketawakan, tetapi bukan mustahil untuk dikotakan. Usaha harus bermula dengan reformasi struktur dan prosedur. YAB Timbalan Perdana Menteri disaran mengetuai projek khas ini, supaya komitmen kepimpinan lebih terserlah. Rakyat Malaysia diseru menyumbang pada kadar RM1 setiap seorang, dengan akhirnya jumlah terkumpul RM27 JUTA(Berdasarkan jumlah penduduk) dan kerajaan akan membayar 'matching grant' bagi sumbangan, ini bermakna jumlah keseluruahnya akan mencecah RM54 juta. Satu angka yang cukup untuk melatih, menyediakan serta menghimpunkan bakat pemain seluruh negara bermula dari tahun ini. Ini bermaksud mulai tahun ini sehingga 2018 jumlah biaya bagi tujuan penyediaan skud kebangsaan ke Piala dunia 2018 ialah RM5.4 juta setahun. Lebih berbaloi dari penganjuran Piala CYC dan perbelanjaan lain yang tidak kemana arah tujuannya.

Pemain yang perlu dicari dan digilap harus dipilih oleh satu Jawatankuasa Teknikal yang terdiri dari barisan kejurulatihan tempatan yang telah membuktikan keunggulan mereka membimbing pasukan negeri dan tenaga muda. Nama-nama seperti Mohd Azrai Khor, Irfan Bakti, Dollah salleh, Irfan Bakti, Azuan zain dan ramai lagi jurulatih berkaliber wajar digerakkan untuk keseluruh pelusuk negara, sepertimana kaedah yang digunakan oleh My-Team, cuma bezanya kriteria pemilihan lebih rigid dan ketat.

Sasaran umur pemain ialah mereka yang berumur antara 15-18 tahun pada 2008. Agar pada tahun 2018 nanti dengan usia mereka yang menjangkau secara puratanya, 25 ke 28 dikira sudah matang, masih gagah dan bertenaga, pantas, energetik untuk membawa cabaran negara dalam kancah perlawanan bola sepak berprestasi tinggi. Jumlah pemain yang harus dikumpulkan dan yang terbaik dari setiap negeri seidealnya ialah 30 orang(meliputi Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan 13 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia).

Setiap pemain mengikut posisi dari barisan penjaga gol sehingga Penyerang akan dilatih khusus menggunakan pendekatan dan tonik ajaib yang telah mengangkat nama-nama pemain tersohor era gemilang Malaysia dahulu. Sebagai contoh bagi pemain pertahanan akan dilatih khusus oleh Dato' Sokh Chin Aun dan Santokh Singh, pemain tengah dilatih oleh Shukor Salleh dan Bakri Ibni, pemain yang bakal mengambil tendangan sudut akan ditunjuk ajar oleh pakarnya yakni Abdullah Ali.

Ketua Jurulatih induk negara carilah barisan jurulatih terbaik dunia. Selain itu, seeloknya barisan pemain yang dikumpul ini tidak diganggu atau diambil oleh mana-mana pasukan negeri memandangkan mereka terlibat dengan projek khas negara, Tumpuan penyertaan pertandingan, ialah kejohanan di luar negara. Banyakkan 'industrial attachment' pemain-pemain ini dengan kelab luar, lebihkan perlawanan persahabatan dengan pasukan bertaraf dunia, Semaikan semangat keyakinan, persediaan saikologi, kemahiran taktikal ,kekuatan jatidiri dan moral terbaik untuk setiap pemain. Sebagai contoh bagi pemain beragama Islam pastikan mereka tidak akan mengabaikan solat lima waktu, kerana kita mahu kalangan pemain ini akhirnya bukan sahaja membanggakan negara malah menjadi ikon bangsa dan agama, tanda kejayaan membentuk modal insan terbaik negara.

Masukkan segala elemen saintifik meliputi soal sains pemakanan, kesihatan dan pembangunan fizikal, intelektual, supaya mereka ini bukan sekadar bermain menggunakan kaki, tetapi menggabungkan kekuatan minda dan falsafah bola sepak yang murni sepertimana kejayaan Zinadine Zidane yang digelar Profesor Bola sepak. Ajar pemain-pemain ini supaya tidak ego, bongkak atau merasa diri mereka terlalu glamour. Terapkan bahawa mereka membawa misi negara, harapan rakyat, harapan bangsa, agama dan negara. Insya-Allah jika langkah praktikal ini dapat dijayakan dan mendapat sokongan semua pihak, tidak mustahil Malaysia akan muncul sebagai Negara Islam pertama dan negara dari benua Asia nombor wahid yang mampu menjuarai Piala Dunia 2018. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha agar impian menjadi kenyataan.

Friday, July 25, 2008

CERITERA MELAYU

Belum pun habis kes liwat dan tuduh menuduh antara Brother Anwar bin Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, kini timbul pula kes saman fitnah Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Sebelumnya Tan Sri Musa dan Tan Sri Ghani Patail, dua pemegang jawatan utama sektor awam (JUSA), dikaitkan dengan kes pemalsuan laporan. Minggu yang lalu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresyen beserta pegawai tinggi Jabatan berkenaan juga ditahan atas tuduhan rasuah berkaitan 'calling visa' dan VOA (Visa on Arrival). Episod terbaru menunjukkan dua orang individu Melayu yang menyamar sebagai Dato' memalsukan dokumen kastam dan permit import kereta (AP) bagi membawa masuk puluhan kereta mewah ke negara ini. Pengarah Bahagian Lanskap Perbadanan Putrajaya juga seorang Dato' berbangsa Melayu, turut dituduh rasuah hanya kerana meminta sekeping tiket pergi balik ke London atas anugerah projek lanskap yang diberikan olehnya kepada seorang kontraktor

Di Pantai Timur pula, negeri kedua termiskin heboh tentang pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.4 juta untuk kegunaan Exco. Alasan diberikan MB nya kereta nasional(Perdana V6 Executive) mahal untuk diselenggara. Buktinya dua kali diselenggara menelan belanja RM50,000. Saya sendiri tidak tahu yang diselenggara itu jet eksekutif atau Perdana Executive, sebab saya juga dahulunya pernah menggunakan kereta rasmi berkenaan semasa menjadi Exco Perlis. Kejadian dan sorotan yang berlaku membayangkan sikap sebenar Melayu. Tipikalnya amalan feudal dalam jiwa orang Melayu. apakah Melayu suka menfitnah, mengata orang?, Kenapa begitu mudah Melayu menerima rasuah sedangkan perlakuan tersebut adalah dosa besar di sisi Islam?. Kenapa Melayu suka bermewah dan menunjuk-nunjuk bila naik sebagai pemimpin?.

Marilah kita cari Melayu berjiwa pejuang, bukannya Melayu bersikap curang. Marilah kita cari Melayu yang kuat istiqamahnya, bukan Melayu yang lemah imannya.

Thursday, July 24, 2008

MUZAKARAH PEMIMPIN MELAYU

Usaha awalan melibatkan muzakarah UMNO dan PAS memang baik. Isunya, kenapa hanya melibatkan UMNO dan PAS. Muzakarah harus jauh merentasi politik kepartian dan kepentingan yang sempit. Sepatutnya agenda utama jika mahu diselesaikan ialah kemelut ekonomi, agenda pendidikan, nasib dan masa depan generasi muda, pentadbiran dan politik negara. Bagi membolehkan persoalan ini dibincang dengan hati terbuka dan lebih berkesan ialah dengan membuka pintu bagi muafakat dan muzakarah antara pimpinan utama Melayu. Libatkanlah Tun Dr. Mahathir Mohamad, TG Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pak Lah, Dato' Seri Najib dan Pengerusi Muzakarahnya dibimbing oleh KBDYMM Raja Dr. Nazrin Shah. Muzakarah pemimpin Melayu ini juga harus disaksikan oleh ulama dan ilmuan Islam supaya nasihat dari sudut agama dapat diberikan. Berilah laluan kepada penglibatan SS Dato' Mohd Asri Zainol Abidin, Dato'Dr Harun Din dan Dato' Harunsani Zakaria. Insya-allah agenda Melayu/Islam sebagai sumber penting kestabilan negara mampu dirumuskan menerusi satu resolusi khusus di akhir muzakarah ini. Apa komen dan pandangan rakan-rakan?.

MUZAKARAH UNTUK APA

Heboh apabila Pak Lah mengakui sudah tiga kali pimpinan tertinggi PAS menemui beliau bagi membincangkan hal berkaitan nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Pandangan Mursyidul Am PAS pula, Tok Guru Nik Aziz terang-terangan tidak bersetuju kerana peristiwa hampir 20 tahun lalu apabila PAS disingkirkan dari BN. Isu dan perkiraan pentingnya apa tujuan muzakarah? apakah benar untuk kepentingan Melayu Islam?. Kenapa dalam tempoh kini baru dibangkitkan soal muzakarah?. Ataupun pertemuan berkenaan atas kapasiti seorang Perdana Menteri dengan rakyatnya, berbual bicara isu-isu semasa, ataupun benar-benar serius membincangkan tentang masa depan Melayu dan Islam di negara ini?. Biarlah muzakarah ini jika pun benar berlaku dan akan dimuktamadkan mengenepikan ideologi politik parti. Fokuskan kepada perkara-perkara 'maudhuk' yang ada hubung kait dengan kepentingan Melayu Islam seperti isu biasiswanya, hak Bumiputera dan Melayu ke atas UiTM, isu kontrak sosial yang makin diperlekehkan oleh kaum lain, kesucian agama, dan pembelaan untuk Islam dan umat Melayu. Maka muzakarah sebegini pastilah diberi rahmat dan mendapat berkat dari Allah s.w.t.