Tuesday, August 19, 2008

TURUNKAN SEGERA HARGA MINYAK!

Singapura sebuah negara bukan pengeluar dan pengeskport minyak sudah dua kali menurunkan harga minyak dalam tempoh dua bulan. Harga minyak dunia di pasaran antarabangsa kini turun mendadak dan break point sehingga hujung tahun dikatakan bakal berada pada paras 90-100USD.

Berbeza dengan harga asal hampir USD150 pada Jun lalu, apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak secara mengejut melebihi paras 42%. Menteri Kewangan ke-2 dan PM sendiri dikhabarkan akan membuat pengumuman pada awal September nanti untuk pelarasan harga minyak dengan subsidi kekal pada kadar 30 sen selitar.

Harapanya jangan pula pelarasan bermakna harga minyak mengikut harga pasaran, dan tidak ada pula penurunan dari kadar RM2.70 sen seliter. Pastikan juga kos pengangkutan dan harga barangan turut menurun apabila pengumuman harga minyak yang baru dibuat. Tidak ada makna harga minyak turun, harga barang terus meningkat, inflasi mendadak dan pendapatan pekerja masih statik. Apatah lagi musim perayaan hampir tiba, dan kakitangan kerajaan dikhabarkan bakal mendapat bonus dalam pengumuman bajet 29 Ogos nanti. Kakitangan kerajaan hanyalah 1.2 juta orang, sedangkan jumlah yang bekerja di Malaysia seramai 11 juta orang. Janganlah kerana 1.2 juta mendapat kenaikan gaji, beban harga barangan ditanggung oleh lebih 11 juta yang lain.

PM tidak perlu lagi flip-flop dalam dasarnya, turunkan segera harga minyak, usahakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi stok barangan perlu, kuatkuasakan dengan tegas pemborong dan pengilang yang menyorok barangan, selami dan fahamilah sama kesusahan rakyat di bawah.

4 comments:

perfectwater said...

Saya sokong kenyataan ini bahkan lebih molek ia diumumkan segera tanpa menunggu kehadiran September kerana ia nyata akan memberikan impak terbaik kepada ekonomi Malaysia.Pencilkan ia akan dikatakan pembangkang sebagai modal kempen BN sempena PRK di P.44Permatang Pauh sebab memang sedia menjadi cara pembangkang untuk menekan dan menidakkan dasar kebajikan rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.

Cuma seperkara lagi yang lebih penting sebagaimana yang disebutkan oleh DZZA, usahlah kenaikan gaji kakitangan awam menjadi liabiliti kepada majoriti rakyat yang terpaksa menanggung implikasi kenaikan harga barang keperluan asas. Pihak penguatkuasa Kementerian yang berkenaan seharusnya lebih pro aktif dalam usaha menangani kenaikan harga barang yang makin melampau sehingga membebankan rakyat secara keseluruhan.

Buat DZZA!
Teruskan Usaha Bagi Memartabatkan dan MeRAKYATkan UMNO Secara Total Kerana UMNO Bukan PARTI ORANG-ORANG KAYA, GOLONGAN ELIT yang berkelana semata-mata mengaut projek mega yang hasilnya terlalu sedikit untuk kepentigan rakyat....

ALL THE BEST UNTUK PEMILIHAN BAHAGIAN 2008!

THANKS!!!

Anonymous said...

Steadylah Datuk!

Pak Pak dah ikut cadangan Datuk untuk turunkan harga minyak walaupun sekadar 15 sen kira satu permulaan yang baik...

Teruskan agenda merakyatkan UMNO!!!

angin timur said...

Assalamualaikum,
Keputusan pilihanraya Permatang Pauh sudah diketahui dan PKR telah menang besar. Nampaknya UMNO dan BN gagal di sana. dari segi teorinya, kawasan yg sememangnya dikuasai pembangkang amat sukar untuk diambil alih semula oleh BN dan UMNO. Kenapa? Inilah dinamakan proses peralihan politik dan ia berlaku dimana mana negara di dalam dunia ini. Jadi, apakah persediaan kepimpinan UMNO dan BN untuk pilihanraya yang akan datang. Hanya ada dua jalan yang tinggal. Bersedia untuk lawan habis habisan ataupun bersedia untuk 'lari'. Yang ada apartment di luar negara, pergilah bersihkan atau bersedia untuk mendapatkan taraf PR di sana. Kerana apa ya? Kerana selepas ini anda semua akan di buru dari segenap segi dan ruang hingga tidak cukup tanah untuk lari... Ini tidak la mustahil! Siapa yang akan buru anda? PKR, PAS, DAP atau pembangkang? Bukan! Mereka tidak akan buru anda, yang akan memburu anda ialah undang-undang yang ada kini. Pada masa itu, undang-undang akan menjadi senjata terbaik untuk 'hari pembalasan'. Berdasarkan kepada trend sekarang terutamanya sikap orang orang muda,golongan profesional,ulamak malah orang biasa sendiri pun berada dalam tertekan dan kurang selamat akibat ketidakcekapan pengurusan kepimpinan negara. Siapa harus disalahkan? Sampai bila kita menunggu keadaan politik menjadi stabil semula... dan keadaan ini kita tidak mungkin akan jumpa selagi yang berada di atas sana tidak mengerti apakah nilai satu UNDI yang diberikan oleh pengundi seperti kami...

mat ezam said...

Saya sokong Dato btnding Ketua Pemuda Umno.tapi perlu ingat org yg ikhlas berjuang dah tak dak dlm Umno.Dato' akan kalah kalau btanding kecuali kalau tabur banyak duit.Perwakilan undi sapa bagi duit. depa tak kira hang pjuang apa.