31 Ogos sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 51, dan Insya Allah 1 atau 2 September seluruh umat Islam akan berpuasa. Ramadhan al-Mubarak, peluang untuk kita menyucikan diri, nafsu dan tingkahlaku. Tinggalkan sementara baju politik atas nama parti atau ideologi. Kita hayati Madrasah Ramadhan, kita tarbiyahkan diri menjadi insan lebih amanah, jujur, bersih dari dosa, rasuah penipuan, dan pengabaian amanah.
Ramadhan bulan kebajikan, ruang untuk ditingkatkan kerja amal. Kita merdekakan diri dari kata nista, mengaib dan mengata orang. Kita bentuk diri jadi insan terpuji, supaya apabila 1 syawal menjelang kita lahir dalam keadaan fitrah. Marilah merdekakan diri kita dari perbuatan mungkar dan sebaliknya kita isi dengan perbuatan ma'aruf.
Merdekakan diri dan keluarga dari azab seksa api neraka, dengan meningkatkan ketaqwaan kita. Kita insafi, muhasabah diri, buang segala daki dan kekotoran yang selama ini menyelimuti hidup kita. Biarlah kita MERDEKA dalam erti kata sebenarnya. Jangan lagi berjiwa hamba, takut kepada pemimpin kerana bimbang hilang jawatan, pangkat atau peluang perniagaan. Jadilah pejuang sejati, pemimpin kita hormati namun yang wajib kita taati dan takuti adalah Allah s.w.t.
Semoga Madrasah Ramadhan kali ini mampu mengajar kita erti MERDEKA YANG SEBENARNYA.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-51 dan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Ikhlas dari :
Datuk Zahidi Zainul Abidin & Keluarga.

1 comment:
Salam!
Sayangnya Malaysia kita belum benar-benar merdeka...
Lihat sebagai contoh sambutan Malam Merdeka di Stadium Utama, lebih ramai orang yang berarak daripada orang yang datang tengok.. Tentu ada silapnya, sambutan tidak meriah seperti tahun sebelumnya.. Apakah ini protes kepada pimpinan sedia ada atau protes kepada pimpinan negara?
Salam Ramadhan Al-Mubarak...
tq!
Post a Comment