Monday, September 8, 2008

BERLAWAN SEPERTI ANAK JANTAN...

Dato' Mukhriz sudah membuat pengumuman rasmi bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO melalui sidang akhbar khasnya di Pondok Maharizan Titi Gajah pada 6 September yang lalu. Petanda demokrasi terus subur dan diharap jangan berkubur dalam UMNO melalui perintah orang tertentu.

Ramai kawan rakan bertanya KJ menantu Pak Lah bila lagi, sampai bila mahu dikaji hasrat akar umbi? (Hasrat akar umbi yang mungkin diberi imbuhan).

Saya tidaklah hendak memperlekahkan orang di bulan puasa yang mulia ini. Tapi dalam senario semasa, tampaknya hayat UMNO dan BN ibarat telur dihujung tanduk. Jika politik kuasa dan jawatan masih ditentukan hasil naungan orang atasan, maka tidaklah mustahil UMNO khususnya akan dikuburkan buat selama-lamanya.

Jika jawatan ditentukan pada siapa yang banyak wang, maka UMNO akan disumpah laknat tujuh keturunan. Pilihlah pemimpin kerana akal budinya. Pilih pemimpin disebabkan kemampuannya. Pilih pemimpin yang bijak merancang dan melakukan sesuatu secara praktikal untuk golongan yang dipimpinnya.

Pilih pimpinan ibarat memilih makanan yang halalan lagi toyiban. Pemimpin pula jika mahu bertarung, bertarung seperti anak jantan, jangan berteduh di bawah ketiak sang penguasa. Jangan diraih naungan Pak Mertua. Barulah anak jantan namanya..

SELAMAT BERTANDING JUGA UNTUK DR. KHIR TOYO DAN MUNGKIN MB PAHANG

8 comments:

perfectwater75 said...

Salam Datuk!

Si Kedi Dari Rembau vs Si Botak Dari Jerlun vs Pangiran Jowo vs Datuk Zahidi...

ada kaca yang jadi permata...
sapa nak boleh? Saya sokong kalau nak lawan biar cara JANTAN!!!!

Kita tunggu!!!

nobisha said...

Salam Dato. Apa khabar? Saya selalu mengikuti blog Dato. Teruskanlah menulis. Sekiranya ada masa, jenguklah ke blog saya http://www.nobisha.wordpress.com

emy said...

iya...bagai di hujung tanduk...
apa yang nak kita lakukan?
Perlu perubahan drastik....?

perfectwater75 said...

Datuk...,

Kita tukar kepimpinan UMNO, hijrahkan sokongan, jangan biarkan ia terus rapuh di bawah pemimpin sedia ada....jangan takut merubah...itulah nilai diri seorang pejuang!

panglima said...
This comment has been removed by the author.
panglima said...

mari kita bantah azan diperlahankan...http://anginperubahan.blogspot

perfectwater75 said...

Salam Datuk!

Tak sabar nak tunggu 18 September... i hope u can make the best speech...jangan pula bercakap lembik macam mukhriz...

thx!

Sahabat-Gunung said...

Tahniah sahabat.

Semoga Datuk Bertanding atas semangat untuk melihat UMNO terus kekal sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib anak bangsa.

Saya akan terus menyokong usaha tersebut