Tuesday, September 16, 2008

Azmi mahu kembali rebut Ketua Umno Padang Besar
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my

Zahidi yakin pertahan jawatan selepas dapat 69 pencalonan

PADANG BESAR: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berdepan saingan sengit bagi mempertahankan jawatan itu berikutan kemunculan semula bekas penyandang, Datuk Seri Azmi Khalid.

Zahidi yang menyandang jawatan terbabit selama tiga penggal berturut-turut memperoleh 69 pencalonan daripada 120 cawangan keseluruhan Umno Padang Besar, manakala Azmi mendapat 51 pencalonan.

Zahidi menerajui Umno Bahagian Padang Besar sejak 1999, berikutan pengunduran Azmi yang tidak mahu bertanding ketika itu.

Selain jawatan Ketua Umno Bahagian, jawatan Timbalan Ketua Bahagian Padang Besar turut menyaksikan pertemuan satu lawan satu apabila penyandang, Khairi Hassan dicabar Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Md Noor Aziz.

Khairi yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Mata Ayer mendapat 48 pencalonan, berbanding Md Noor 70 pencalonan. Sementara satu lagi pencalonan milik bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Wan Nordin Che Murad yang juga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian itu.

Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian, penyandang, Azizan Sulaiman, dicabar Wan Nordin apabila masing-masing menerima 48 dan 71 pencalonan menerusi mesyuarat cawangan yang berlangsung.

Sementara itu, Zahidi ketika ditemui berkata, beliau yakin mampu mengekalkan penguasaan, walaupun dicabar Azmi yang pernah menyandang jawatan Ketua Umno bahagian.

9 comments:

Anonymous said...

Cukuplah Dato'. Semua orang kenal Dato' ni kuat tembak dan bohong orang. Dulu kononnya bergaduh dengan Shahidan Kassim tapi sebenarnya kawan baik. Lepas tu canang kata Dato' ada hubungan dengan Pak Lah. Dok auta orang2 Padang Besar bolehlah. Dato' tak layak jadi Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Azmi Khalid is the best untuk Ketua Bahagian. Tak payah dok tipu ok tak baik. Master politikal sains???? hai hai hai....beli mana la ijazah tu?

joe said...

salam dato,

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

cacoon

Anonymous said...

Salam!

Dato' Azmi the best???

Betul tu, tapi
the best pembohong...(kata pak lah suruh bertanding MP sebab pak lah suka kat dia,at last menteri pun gugur)

the best penyangak...(projek semua bagi kat kwnb dekat mcm lid bulat,cikgu sabri,JJ,dan lain-lain)

the best penipu...(dulu aku tanya ada hubungan dengan normala ke tak, dia kata semua tu khbar angin..munafik bila cakap tipu kepada umum)

the best potong korner...(potong pak lah lepas solat jumaat sehari sebelum PRU kata raja tak suka kat zahidi)

the best menteri alam sekitar(masalah banjir kawasan sendiri pun tak boleh selesai)

the best tunjuk bini kat orang(raih simpati)
the best of the best (kata zahidi rampas jawatan ketua bahagian tapi hakikat dia yang tak mahu bertanding...lari malam)

boleh blah Dato' Azmi!

Anonymous said...

macam mana hang kata tokmi is de best best macam mana hang habak mai tiga penggal jadi menteri apa dia bawak balik kat padang besar cuma dia bawa balik normala la, itu lah satu kemegahan orang padang besar,bestlah tok mi bukan hang,jadi ahli parlimen nak jumpa pun susah, kalau nak jumpa tok mi kena naik bas pi KL,tok di ni pulak nak jumpa dia cukup senang tel saja sakgi sampai macam tu lah pemimpin aku taun ni aku sokong tok di ,ingat lah pewakilan bhg kita ni kena tipu lama dah .taniah tok di, tok di 69-----------tok mi 51 (percalonan)kalah tang malam tok mi

Anonymous said...

Hang cakap dato azmi bagus,bagus tang mana tiga penggaljadi menteri apadia buat kat padang besar rumah pun tak dak di perlis,putera palace ,tu lah rumah dia ,yang kami tau anak beranak dia kawan-kawan baik dia yang kaya raya ,kami ahli umno bhg padang besar pun kena tipu,tapi la ni kami sedaq dah tu kami sokong datuk zahidi ,cerita datuk zahidi ni, di mana-mana,boleh jumpa dia ,macam tulah nak jadi pemimpin,hampa orang luar tak tau, kalau nak tau mai la di padang besar kami sokong datuk zahidi sebab datuk zahidi senang jumpa,aku tiap-tiap tahun jadi pewakilan bhg,tiap-tiap tahun aku pangkah dato azmi tapi tahun ni aku pangkah datuk zahidi,sebab datuk zahidi di minati ramai di padang besar dan tak tipu olang

perfectwater75 said...

Salam!

amboi marah betui depa ni kt tok mi.. aku pun tk sokong dia juga...Mula-mula dulu bangga juga ahli parlimen jadi menteri tapi hampas saja sebab yang dia bawa bukan pembangunan yang sejahtera tetapi bini yang ........mana-mana la...

Selamat Lari Malam Tok Mi!

thx!

Anonymous said...

salam semua , jangan marah kat dato azmi. hampa kena tengok politik dia.sebenarnya dia dah tak mau dah ,tetapi di desak oleh kuncu-kuncu dia, seperti cikgu sabri,khalid bulat dan lain-lain. sebenarnya hampa kena marah kat cikgu sabri, kerana dialah perosak umno padang besar bukan dato azmi,dato azmi dah ada normala dah cukupdah, jangan kacau kebahagian depa,hampa tengok ada dato azmi balik mai di padang besar. dok di KL saja cuma balek atas jemputan MB saja. jangan marah kat depa no,kalau nak marah juga, marah kat kuncu- kuncu dia jangan pangkah bila mesyuarat bhg nanti habis cerita.

AnginTimur said...

Salam,

Selamat berpuasa dan hari raya yang akan di sambut tidak lama lagi. Pertandingan UMNO bahagian akan berlangsung tidak lama lagi. Menyentuh tentang mesyuarat bahagian nanti, ia adalah mesyuarat yang sangat penting kerana ia akan menentukan hala tuju UMNO di masa depan. Kedudukan Pak Lah dan Dato' Najib juga akan di ketahui sedikit masa lagi. Berdasarkan kepada kenyataan Dato' Khalid Nordin , Pak Lah sangat 'flexible' tentang tarikh pengundurannya. Ini bermakna proses penyerahan kuasa bakal berlangsung dalam masa yang terdekat berdasarkan kepada beberapa senario semasa. Ini sudah diramal dan di ketahui oleh semua pihak. Bermakna Dato' Najib akan memimpin UMNO di masa depan dan beliau tidak meletakkan sesiapa sebagai regu beliau walaupun Tan Sri Mahayudin dilihat layak berada disitu.Perlu di peringatkan juga dalam berjuta-juta ahli UMNO, kita bukanlah terikat untuk mencalonkan nama yang ada atau ternama sahaja untuk memimpin kita, semua ahli UMNO adalah LAYAK untuk bertanding.
Maka dalam mesyuarat UMNO bahagian nanti,pertandingan di semua peringkat adalah wajib bermula dari Presiden ,Timbalan, Naib dan juga MT. Bahagian bahagian UMNO di seru supaya mencalonkan calon calon yang mereka rasakan layak untuk memimpin parti Melayu ini. Ini adalah parti yang terbuka. Sesiapa yang tidak cukup kuota perlu di bantu untuk sama sama dapat menyertai pertandingan ini supaya meriah. Kembalikan suasana demokrasi dalam UMNO.
Pencalonan adalah sangat penting di samping strategi yang betul dan kena dengan masa dan tempat akan menjamin kemenangan calon yg bertanding. Dari segi ini, 'kuota' adalah senjata yang paling ampuh bagi proses pengekalan kuasa. Ia adalah kawalan kuasa yang di reka untuk mengekalkan kuasa orang atasan supaya mereka terus kekal berkuasa. Sebenarnya zaman untuk 'mengawal' cara ini sudah berlalu.. Zaman politik ala British tidak sesuai diamalkan di Malaysia ini terutama oleh UMNO. Kenapa Anwar berjaya dan terus menerus ada 'tenaga' untuk mengasak kerajaan? Kerana ia beberapa tapak di hadapan parti kerajaan. Dato' Seri Anwar 'faham' akan kehendak rakyat. Mereka mahukan sistem politik ala Amerika. Terbuka dan bebas. Bila sistem politik ala Amerika diterima di Malaysia, maka orang Melayu perlu bersedia untuk menerima sistem ini dengan terbuka. Dan tidak mustahil juga negara ini bakal menjadi Republik Malaysia. Adakah UMNO boleh 'menahan' semua ini dengan fahaman ortodox ala British? Apakah UMNO boleh mengekalkan kuasa Raja Raja Melayu? Adakah UMNO boleh mempertahan Islam sebagaimana yang dilakukan PAS? Sebenarnya UMNO dah hilang arah. Islamik pun tidak, nasionalis pun tidak. Kaki tidak memijak bumi dan kepala tidak mencecah ke langit. UMNO sedang mengejar bayang bayang silam, bukannya mengejar masa depan seperti Pakatan Rakyat.
Jika UMNO tidak berubah dalam masa terdekat,tidak mustahil Republik Malaysia akan tertubuh satu hari nanti. Jangan bersedih jika 'Sistem Beraja dan Kesultanan Melayu' hanya akan jadi pameran di Muzium Negara.
Maka sesiapa yang ada lagi simpati atau sekelumit kasih kepada parti Melayu ini maka menjadi tanggung jawab anda semua untuk berubah dan mengubah. Ia bukanlah sukar dan tidak terlalu mudah. Saya secara peribadi ingin mencadangkan agar kita semua menolak secara 'total' kepimpinan lama peringkat nasional dalam UMNO, banyak lagi pemimpin lama dan baru dalam UMNO dari kalangan rakyat jelata. Kepada perwakilan UMNO, berilah undi anda berlainan dari kebiasaan. Undilah calon yang tidak berapa terkenal atau yang terlalu gah kita 'rehatkan' seketika. Jika YBM Tengku Razaleigh melepas kuota untuk bertanding Presiden, maka undi Presiden kita akan beri kepada beliau. Inilah pembaharuan dalam UMNO, jangan pandang belakang lagi. Pakatan Rakyat sudah berpuluh tapak mendahului kita. Anwar bukanlah penting sangat tetapi kejayaan mereka adalah disebabkan kelemahan UMNO dan barisan kepimpinannya dan Pak Lah dan KJ dianggap sebagai liabiliti utama UMNO.Berikan undi anda sebagai Perwakilan Pemuda secara bermaruah. Lebih baik seandainya KJ bertarung satu lawan satu dengan salah satu calon yang menawarkan diri yang terdiri dari Dr Khir, Datuk Mukhriz dan Datuk Zahidi. Jika Khairy Jamaludin menang nanti sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya dengan keupayaan sebagai manusia biasa meramalkan bahawa UMNO akan tinggal nama dan sejarah dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti walaupun yang jadi PM pada masa tersebut adalah Dato Seri Najib. Maka kita perlu beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Cuba uji minda anda dengan membuat pilihan secara 'gerak hati' kerana 'gerak hati' ini tidak pernah menipu kita. Seandainya dalam PRU 13 nanti, Khairy Jamaludin mewakili BN dan Nurul Izzah mewakili PKR bertarung di kawasan pilihanraya anda, siapakah yang anda akan berikan undi? Fikirkanlah...

Anonymous said...

salam akar umbi,

jangan terlalu fanatik dengan azmi khalid..yang lalu biarkan berlalu..kalau majoriti PRU13 dah menurun 5000 undi..apa makna jadi pemimpin..orang padang besar dah tak terima azmi khalid maknanya..yang hang dok kata azmi khalid best pasai apa?..hang orang mana?..hang dok diam sudahlah kalau tak suka datuk zahidi..

rakan-rakan akar umbi semua.. kita ada agenda perjuangan baru untuk mengangkat datuk zahidi sebagai pemimpin masa hadapan..pemimpin yang gah sangat sekarang ni kita tumbangkan supaya depa rehat sekejap..pemimpin yang dok bawah ketiap pak mentua dan ketiap bapa kita lupakan..sebab mereka ini tak boleh berdikari...makna kata depa takde telur...bukan anak jantan..."kalau menang kena menang jantan" - kata datuk nazri..

pemimpin umno yang ada kat atas terlalu melihat langit di atas..tanpa melihat bumi apatah lagi akar yang dibawah..kita akui ramai di kalangan ketua-ketua pemuda sekarang ni tak pandang sangat datuk zahidi sebab kebanyakannya orang KJ..pandang lekeh...tapi KJ dan kuncu2nya perlu sedar bahawa mereka adalah liability kepada UMNO hehehe...pemilihan ini adalah musim penyingkiran KJ n the gang..azmi khalid sekali...