Tuesday, September 23, 2008

TAHNIAH DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM

Shahidan dilantik penasihat NCER

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER) berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, tugas utama Shahidan termasuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

– Bernama

Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah diatas perlantikan Datuk Seri sebagai penasihat khas mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER), semoga beroleh kekuatan dan kesihatan yang baik untuk Datuk Seri melaksanakan kewajipan menasihati dan membantu dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

4 comments:

perfectwater75 said...

Salam!

Nothing At All!

thx!

Anonymous said...

salam,

Satu perkembangan yang menarik tentang DSSK. Gambaran bahawa DSSK merupakan panglima yang akan mempertahankan Pak Lah. Satu kelebihan kepada seorang tokoh yang akan bertanding jawatan Naib Presiden. Semua Bahagian UMNO yang berada di kawasan Wilayah Utara perlu mengeratkan siraturrahim dengan DSSK sebab ada udang di sebalik mee. Apa juga nasihat perlu di terima pakai oleh Pak Lah sebab DSSK adalah berjawatan Penasihat yang dilantik. Banyak kerja DSSK lepas ni kena jaga 4 negeri untuk projek Pembangunan Wilayah Utara. Banyak projek banyak komitmen ditambah lagi dengan tanggungjawab sebagai Naib Presiden nanti kalau menang. Perhatian mungkin kurang sebagai Pengerusi UMNO Perhubungan Negeri Perlis. Jadi sendiri mau ingat...

Satu lagi andaian, mungkin Pak Lah dan kuncu-kuncu minta DSSK duduk diam tumpu perhatian pada Pembangunan Wilayah Utara. Tak perlu sibuk-sibuk nak bertanding Naib Presiden. Oleh kerana sibuk sebagai Penasihat yang perlu memberi nasihat sana sini termasuk dalam pertubuhan sukan. Maka eloklah lepaskan sahaja jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Jawatan Korporat lagi ada ummmppp..selamat maju jaya DSSK.

Anonymous said...

apa bigai pak lah sampai dua penasihat.

muga bukan punahsihat

Khairul Azwan (kaz) said...

Setelah melihat perkembangan DSSK setelah dilantik menjadi penasihat..Harimau Malaya (gelaran syok sendiri) sudah hilang taringnya, kuku disimpan rapat-rapat..Maka berbuih-buihlah ayat-ayat memuji dan mencuci pungkoq AAB & the gangs. Ternyata segala cakap-cakap kasaq didalam blog beliau adalah sekadar tidak puas hati yang dilepaskan hanya untuk memuaskan hati dan nafsu peribadi sendiri. Bukannya IKHLAS untuk memperjuangkan parti semata-mata. Dan malang sekali jika kesemua pemimpin UMNO persis lagak DSSK yang rambang mata dan buta hati bila ditawarkan jawatan. Moga Allah mengampuni dosa beliau sekiranya amanah yang diberi kepada beliau dilacurkan demi kesenangan peribadi.

ADALAH AMAT MALANG KEPADA UMNO APABILA SEORANG PEMIMPIN YANG DIRASUAHKAN JAWATAN TERUS MENJADI HAMBA KEPADA BOSNYA YANG NYATA MEROSAKKAN UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.