Thursday, September 18, 2008

BOM JANGKA

Semasa Dr. Khir Toyo menjadi MB Selangor bermacam karenah, isu, skop pemberitaan difokuskan kenegeri tersebut. teruk sahabat saya ini dihentam hanya kerana permainan orang tertentu. Media sebagaimana semua maklum punyai agenda, mengikut kemahuan tuan atau pemiliknya. Dalam pentas media dunia, kita ketahui CNN, Bloomberg, AP, Reuters, semuanya dikuasai pemodal Yahudi, sebab itu, imej Islam ditampilkan dengan wajah-wajah hodoh.

Media mampu menaik dan menjatuhkan kepimpinan , benar kata bidalan 'mata pena lebih tajam dari mata pedang", 'blog lebih mengancam dari akhbar' dan 'internet musuh paling sofistikated yang memeningkan ramai tokoh politik.

Berbalik pada isu sahabat saya Khir Toyo, dari isu jalan berlubang, sampah tidak diangkut, hadiah penyapu, sisa kumbahan babi, penerokaan tanah Bukit cerakah semuanya disapu berita sama ada TV atau akhbar. Naik minyak sungguh siaran media ketika itu, seolah-olah gerak laku Khir Toyo ini perlu bersifat maksum. Malang, yang baik tidak pula diketengahkan, tetapi sedikit yang cacat dipanjang-panjangkan. Ramai yang mengetahui ketika itu siapa dibelakang, siapa dalang sama ada melalui tangan ghaib atau arahan dari atas untuk mengenakan Khir Toyo.

Demikianlah rencah politik, anda adalah selebriti, lensa kamera sentiasa memerhati.

Berbeza pula dengan sahabat saya yang seorang lagi. Lulusan Oxford (PPE) serba pandai, bijaksana, dikata Hang Nadim Moden. Idea dan pemikirannya dilabel cukup kreatif, bakal the youngest Prime Minister, before 40. tulisan artikelnya merata-merata, baik di NST, Berita Harian dsb. Komen beliau mendapat tempat ruang dan skop yang luas, pandangan beliau setara Menteri. Kata-katanya cukup fasih, ucapannya berapi-rapi, ada penganalisis politik kata (bukan saya kata) beliau seperti carbon copy Brother Anwar Ibrahim.

Komentarnya, ibarat arahan Perdana Menteri. Sebut mana sahaja stesyen TV atau akhbar, termasuk yang dikatakan neutral seperti 'The Star' sekalipun melakar imej yang serba indah dan cantik. Itulah anak muda bernama Khairy Jamaluddin atau singkatan popularnya KJ.

Ruang bual bicara TV turut tidak mahu tertinggal kapal menjemput menantu Perdana Menteri yang cerdik lagi bijaksana ini. Ulasan ekonomi, politik antarabangsa, agama Hadhari, sosial, kepimpinan semuanya diulas dengan lancar. Pada peringkat awal semuanya menjadi. Lama kelamaan rupa-rupanya, ulasan dan komen demi komen ini telah menjadi bom jangka. Membentuk satu liabliti bukan pada diri sahabat saya sendiri malah kini menjadi senjata makan tuan kepada parti, Bapak Mertuanya yang bergelar Perdana Menteri, kerajaan dan rakyat seluruhnya.

Saya ingat berpesan, 'cakap malam pandang-pandang, cakap siang dengar-dengar, terlebih cakap membawa malang, terpandai cakap kesannya menjadi tawar"

8 comments:

Anonymous said...

Dato,

Inilah penyakit yang merosakkan UMNO. Dalam kes Selangor, sekarang kenapa tak tonjolkan lagi keburukan? Adakah semua "keburukan" di Selangor dah habis selepas Khir Toyo tak lagi jadi MB? Kita semua tahu ini kerja siapa. Tak usah berlindung di sebalik lalang yang nipis! Kalau nak kata kenapa BN kalah di Selangor, manusia itulah penyebabnya.

Siapa saja yang tak sebulu dengan dia, semua dapat liputan buruk dalam media. Bekerja bukan lagi utk parti, tetapi untuk kepentingan individu tertentu dalam parti.

Kami Pemuda tak mahu Khairy jadi Ketua. Kalau dia jadi Ketua, lebih baik kami masuk PAS atau PKR saja.

Khir Toyo, Zahidi atau Mukhriz bukan manusia sempurna. Tapi ketiga-tiga mereka ikhlas dengan perjuangan. Siapa saja yang terpilih antara mereka, itulah ketua kami. Tapi bukan Khairy Jamaludin. KJ = Kena Jual!

perfectwater75 said...

Salam Datuk!

Boleh tahan juga ulasan bom jangka kali ini...cuma saya masih tak setuju kalau legasi mahathir diteruskan dalm kepimpinan UMNO sekarang kerana sudah terang lagi bersuluh..UMNO berdiri atas nama parti bukannya individu dan gesaan mukhriz untuk UMNO memberi laluan kepada bapanya yang sudah tua itu ialah untuk menjamin kelangsungan karier politik beliau agar tak hilang ditelan arus perubahan dalam UMNO yang kian deras..Siapa yang tidak tahan nescaya akan dihanyutkan oleh arus tersebut...eperkara lagi, jangan sesekali Datuk tunduk kepada kelembikan pimpinan tertinggi parti yang suka berbohong itu...Datuk lebih tahu kan apa yang saya maksudkan...

Anyway I Always Supporting U Datuk!

thx!

A Voice said...

Satu pandangan yang ikhlas dan baik. Tapi saya rasa pujian yang diberi kepada khairy agak berlebih-lebihan.

Dato sepatutnya boleh menilai bahawa apa yang Dato sebut semua itu hanya illusi yang direka melalui media. Khairy tak ada substance dan track record diri untuk ditunjuk.

Jika di kaji dengan kritis dan informatif, apa yang dia akui sebagai kejayaannya adalah kegagalan dan kehancuran. Agak panjang utk saya elaborate. Tunggu masa saya terangkan di blog saya.

DAlam politik, kita sentiasa bersaing tetapi bukan bermusuh dan membunuh hingga satu negeri yang kaya dan jaya hasil usaha kita tumpas ke pembangkang.

Setiap kali kita lihat bendrra pkr terpacak di selangor, jangan kita lupa jari jemari dan hati busuk si budak hitam sentiasa ada.

Harap dengan berakhirnya Pak Lah, kita sama-sama akhirkan kerjaya seorang yang "membujur lalu melintang patah". Sebagaimana Brader Anwar Bin Ibrahim, apa saja cara tidak kira, asal dapat berkuasa.

Saya harap satu dunia politik yang baru akan dibina dari kehancuran empat tahun yang lepas ini.

Dari politik yang mendewa2kan orang dan berfraksi kepada orang kepada politik yang berasaskan pemikiran, pendirian dan tujuan.

Setiap orang ada masanya dan pemimpin yang layak adalah mereka yang beritiqamah dan berpendirian. Pemimpin dipilih apabila musim pemikirannya sudah sampai masanya untuk diguna. Pengundi dan akarumbi pula mempunyai pengetahuan dan fahaman politik yang canggih dan mendalam.

Menang tak mesti bolot sorang2, kalah tak mesti jadi arang. Semua ada peranan dan boleh memberi sumbangan.

Saya memberi sokongan pada Mukhriz tetapi jika dibuatnya tanggungjawab perginya ke dato' atau Dato Dr Khir, saya doakan muga berjaya.

Rasa sungguh takut kalau undi terpecah dan dia lepas berjaya. Harap ada usaha untuk kompromi yang boleh dilakukan, apabila keperluan sudah sampai masanya.

Anonymous said...

salam datuk..

Hari ini kita dah mula melihat era peralihan kuasa kepada kepimpinan generasi kedua bermula dengan najib dan mungkin berakhir dengan KJ (menantu). Banyak kisah-kisah benar di mana kekayaan yang diwarisi oleh anak dari bapanya yang bekerja keras mengumpul harta akan dilangsaikan oleh si anak yang tak sedar diri..begitulah jika berlakunya sistem penurunan kuasa pemimpin kepada anak keturunan perdana menteri terdahulu dengan cara yang begitu sistematik dan licik seolah-olah tiada manusia lain yang boleh jadi pemimpin melainkan hanya keturunan perdana menteri..tidak mustahil segala kemakmuran ini akan lenyap kerana pemimpin yang lahir pada era keselesaan, kemakmuran dan kemewahan negara tanpa memiliki jati diri sebenar di mana mereka bermula..

mungkin ramai pemimpin yang bukan datangnya dari akar umbi (dari kecil hingga dewasa belajar di luar negara, pendidikan sekular 100%)yang tidak tahu betapa sukarnya rakyat di luar bandar meneruskan kelangsungan hidup dengan harga minyak rm2.55 seliter..

jika bom jangka tak meletup andai mukhriz berjaya ...bom jangka akan meletup juga pada PRU13..

kita menolak kepimpinan yang diwarisi secara mutlak...pilihan ditangan kami (perwakilan pemuda)..

Mahathir tak perlu buat gimik untuk memberi impak kepada kemaraan anaknya..kita perlukan perubahan...cukuplah 22 tahun..

joe said...

Salam YB,

Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

carcoon

Anonymous said...

dari akar umbi,

kita rasa gembira juga bila KJ umum nak bertanding KP. Tapi pasai apa di nak bertanding?...selama ni dia diam..nampak takda kekuatan sebelum ni. dari mana dia dapat kekuatan? mungkin hanya di Rembau sahaja kot. tu pun ada kawan kita lawan dia di Rembau..apa nak jadi dengan budak ni..Pak Mentua dia dok kena serang bertubi-tubi dari dalam dan luar..dia bagi nasi tambah lagi...betui-betui buat naya kat pak mentua..apa-apa pun tahniah pada KJ pasai berani jual diri dalam keadaan sekarang ni...elok juga, daripada negara kita kena jual adalah lebih baik dia jual diri dia dalam pemilihan ni. kita nak tengok macamana dia punya jantan.

Seseorang yang jadi bebanan kepada parti bukan sesuatu yang mudah untuk semua orang terima...itu pentingnya bersama akar umbi, bukan melihat "setia kawan" semata-semata. Ini namanya cari penyakit.."kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga"..ini bukan memperlekehkan budak ni. dia kena ingat dan sedar diri..dia dah di cop sebagai "liability".. dah lama dah. takpa lah mungkin dia nak test kot...hehehe..

selamat berjuang datuk.

FF said...

hidup datuk zahidi azinul abidin! tolak KJ! HIDUP UMNO!

Anonymous said...

Quel est un bon site pour commencer un blog sur (une gratuite), et comment pourrais-je faire cela?.