Friday, August 29, 2008

SUMPAH SESUMPAH PERMATANG PAUH

Bertemu kembali setelah saya agak sibuk sedikit kebelakangan ini.. maklum saja lah.. memantau perjalanan mesyuarat UMNO cawangan dan juga pilihanraya kecil P-44 Permatang Pauh. Apa yang menarik perhatian saya untuk dikongsi pandangan bersama pembaca ialah parti politik
PKR dan Pakatan Rakyat bukannya kuat tetapi BN yang lemah, komen Tun Dr. Mahathir yang ringkas padat dan tepat. Episod, sumpah, bersumpah kini memakan diri. Permatang Pauh makin jauh dari dakapan, Anwar Ibrahim terus mengorak langkah menyusun agendanya. UMNO makin hanyut, pudar dan dijauhi pengundi. Golongan muda, yang tuan, kaum Cina dan India sudah tidak yakin dengan konsep BN. Jika ada lagi Pilihanraya Kecil selepas ini, dijangka Kulim, kemudiannya Sanglang, UMNO perlu menerima dengan lapang dada, bahawa kekalahan memalukan menanti mereka.

UMNO sudah makin jauh dari tassawur Islam. Pemimpinnya lemah, tetapi masih gah mahu menongkat kuasa. Liabaliti utama sebenarnya Pak Lah dan KJ. Pengurusan negara tidak boleh difaraidkan sesama kaum keluarga. Buatlah analisis, telahan atau bedah-siasat yang bagaimana hebat sekalipun, puncanya kerana pengundi tidak merasa selesa di bawah kepimpinan Pak Lah. Suasana perniagaan makin muram, tekanan kos hidup makin meningkat, walaupun 15 sen harga minyak diturunkan. Suasana politik tidak stabil, hubungan kaum makin keruh, keterbukaan dan ketulusan era Pak Lah lebih banyak buruk dari baiknya.

Anwar menang bukan soal beliau bertanding di kubu kuat beliau, dalam keadaan sekarang buatlah Pilihanraya Kecil dikubu kuat BN atau UMNO sekalipun, pastinya UMNO dan BN melalui laluan sukar. Kaum Melayu menolak Pak Lah, masyarakat Cina tidak gemarkannya, kaum India apatah lagi. Pak Lah perlu membawa keluar dan rakyat negara ini dari sumpahan Permatang Pauh. Demi negara yang tercinta dan jika Pak Lah punyai semangat patriotisme sempena sambutan kemerdekaan ke-51 ini dan dalam suasana menyambut Ramadhan nanti, cukuplah, Pak lah perlu berkorban dengan meletak jawatan sebelum lebih ramai rakyat termakan sumpah, disumpah dan terkorban. Dengarlah, dan fahamilah rintihan dan rayuan kami golongan marhein dan seluruh rakyat jelata wahai Pak Lah. Tuan akan dikenang sebagai penyelamat jika berundur, sebaliknya jika terus kekal kerana ego atau hasutan anak-beranak, maka Tuan bakal menjerumuskan negara ini ke lembah petaka. Bebaskan dan Merdekakan kami dari SUMPAH SESUMPAH PERMATANG PAUH..

1 comment:

perfectwater said...

Salam Datuk!

akhirnya ada juga pengemaskinian blog Datuk sejak sekian harinya saya menunggu.

Alhamdullilah, bahang pilihanraya Permatang Pauh sudahpun mula menghilang kepanasannya tetapi apa yang menjadi bahang sekarang ialah UMNO dan BN sendiri yang nyata tak senang duduk kerana mengalami fobia Anwar. Apakah cita-cita Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru pada 16 September ini akan menjadi kenyataan? Kita tunggu sahajalah apa yang akan berlaku.

Saya pada dasarnya memang bersetuju agar PM sedia ada meletakkan jawatan seberapa segera yang cepat tetapi persoalannya siapa yang boleh menggantikannya? Kalau dilihat kepada "track record" semasa TPM yang ada maka UMNO sebenarnya masih berhadapan dengan masalah kerana bakal PM yang ditujnukkan sebenarnya masih dalam lingkungan faraid yang Datuk selalu war-warkan. Adakah Najib menjadi pilhan terbaik dewasa ini? Saya yakin rata-rata rakyat Malaysia tak kira parti akan menolak pilihan peralihan yang disebut-sebut sebelum ini. Maka, dengan ini saya ingin mencadangkan agar UMNO menyerahkan kepada akar umbi untuk menentukan pilihan terbaik mereka tanpa ada arahan tertentu yang menafikan hak akar umbi membuat pilihan.

Kata orang tua-tua kalau hendak melihat akhlak dan disiplin bapa maka lihatlah dahulu apa yang ada pada isteri dan anaknya...Persoalannya, adakah hanya dengan sumpah yang memakan diri di Permatang Pauh boleh mendiamkan jawapan lain yang sepatutnya keluar andai seorang pemimpin itu jujur dalam bertingkah? Usah terburu-buru membuat satu telahan kelak ia akan menjadi racun yang memusnahkan segala impian untuk melihat UMNO kembali menjadi teras yang dihormati oleh rakyat secara keseluruhannya.

Di sini secara terusnya saya meminta Datuk agar menyatakan pilihan terbaik Datuk untuk siapa yang boleh menjadi PM merangkap Presiden UMNO yang baru jika pilihan sedia ada tidak memenuhi kreteria yang diperlukan oleh seorang PM yang boleh menjadi pemimpin terbaik rakyat Malaysia.

Saya ingin mencadangkan agar suara rakyat khususnya ahli UMNO yang setia bangun dan memintasemua pimpinan tertinggi parti termasuk AMT UMNO yang sentiasa bersikap 'Yes Man' untuk turun dan meletak jawatan beramai-ramai sebagai pertanggungjawaban kepada apa yang sedang berlaku kini kerana jika ia dilaksanakan maka moral dan integriti UMNO sebagai teras kerajaan dan orang Melayu di Malaysia akan kembali teguh dan lebih kukuh untuk terus menjadi pemangkin kepada kehebatan "Melayu Yang Takkan Hilang Di Dunia"

renungkan-renungkanlah...

terima kasih...