Wednesday, October 22, 2008

Temui Saya Secara Langsung Malam Ini Di Astro AWANI...

Salam Perjuangan Rakyat,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Astro AWANI yang bersetuju memberi undangan untuk saya muncul secara langsung di dalam Slot Atma Asia Khas (Diskusi UMNO) yang akan dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman.

Berikut butir-butir program:

Tarikh : 22hb Oktober, Rabu

Topik : Pemilihan UMNO

Masa : 9.00 Malam – 9.30 Malam (Siaran Langsung)

Lokasi : Studio Astro AWANI, Bursa Malaysia, Kuala Lumpur

Temui saya malam ini untuk mendengar sendiri diskusi mengenai agenda perjuangan rakyat dan lain-lain perkara yang berkaitan yang cuba saya bawa demi kelangsungan politik UMNO.

19 comments:

perfectwater75 said...

Salam Datuk,

UMNO berdiri atas akar umbinya seramai 3 juta orang tetapi sayangnya, akar umbi tersebut makin lemah akibat diracuni dengan sogokan material yang terlalu berlebihan hingga mampu mengubah prinsip perjuangan UMNO yang sebenar. Pemimpin pelapis terpaksa menunggu dan terus menunggu kocek masing-masing penuh dan melimpah barulah mampu untuk 'duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah' dengan pemimpin lain yang lemah integriti tetapi bercakap soal prinsip perjuangan hakiki.
UMNO BOLEH???!!!

Renung-renungkanlah....

PENDEKAR said...

Kita mengalami krisis kepimpinan, bagimana pun nak dirawat UMNO perlu menilai kembali pemimpin yang ada atu mengubah sikap.....mardhotillah

Sarfarizmal Saad said...

Salam Blogger,

Saya agak tertarik dengan konsep 'merakyatkan Umno' yang dicetus dan cuba dibawa oleh Datuk.

Saya yakin, dengan 'menanamkan' jiwa 'rakyat' ke dalam Umno itu akan menyebabkan rakyat rasa dihargai dan rakyat akan berfikiran bahawa Umno adalah rakyat dan rakyat adalah Umno.

Malangnya, dalam arena politik kini Umno bukan dilihat begitu dan Umno kini dilihat sebagai 'musuh' rakyat dan Umno hanya sebagai 'kawan' kepada kroni dan pihak atasan.

Inilah sebabnya rakyat sepakat untuk menolak Umno dalam PRU 12 lalu.

Semoga Datuk akan terus cemerlang dalam Umno untuk 50 tahun mendatang.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya harap segala komen saya diterima dengan hati terbuka.

saya sebagai orang muda dan anak jati Perlis dan saya sekarang menetap di selangor DE sebagai seorang Jurutera disebuah syarikat GLC.

Saya amat sedih dngan keadaan politik terutamanya UMNO negeri. Saya menyumbang seluruh tenaga saya demi parti tetapi ada di antara ahli2 UMNO yang teralalu taksub dgn DSSK bersifat Mafia apabila setiap kali mensyuarat cawangan di adakan. Saya adalah salahsatu mangsanya.

Saya bukanlah dari parlimen Dato tetapi pemilihan baru2 ini amat menyakitkan. apa yang ingin saya kongsi (tanpa berselindung) adalah kelemahan UMNO negeri dan pusat itu sendiri.

Adakah UMNO nampak lebih telus dalam menjatuhkan hukuman kepada beberapa ahli taraf ikan bilis dan ahli berjawatan dalam Bahagian menunjukkan bahawa UMNO sekarang lebih telus (tanpa nepotisme dan kronisme)?

TIDAK! mengapa tidak didakwa orang2 ternama seperti DS Shahidan Kassim yang mensabotaj lambang2 parti ketika pilihanraya dahulu? Kenapa tidak di dakwa bekas ADUN kuala Perlis, Bakar Saad yang mensabotaj parti dgn berkempen bagi pihak pembangkang? mengapa tidak didakwa org2 yang bersekongkol dgn mereka??

Kerana UMNO dan pemimpinnya lemah dan kecut!Lemah!Lembik dan tidak boleh diharapkan. Kerana lembik ekuiti bumiputera dipersoal, Islam dipersoal, kuota bumiputera dipersoal.

UMNO negeri dan pusat lemah kerana ada kudis, kurap, panau, kayap dan kusta politik dalam UMNO yang hanya menjangkita ahli2 muda dgn korupsi dan gangsterisme. Politik apa? atau UMNO cuba membuat satu evolusi daripada sebuah parti politik nasionalisme kepada parti mafia?

meremajakan UMNO bukan senang kerana terdapat banyak kuman, kusta, bakteria dalam UMNO negeri dan pusat. Susah! dettol pun belum tentu dapat menghilangkan org2 sperti ini.

Lihat! berapa ramai anak2 muda negeri perlis yang melarat, menganggur, dan ramai yang terpaksa keluar dari Perlis demi sesuap nasi akibat salah urustadbir negeri dgn tax 10%.

Saya ahli UMNO yg setia. Dato harus igt setianya saya dan nasionalis yang lain hanya seperti bergayut pada ranting yang rapuh. terpulang kepada Dato dan rakan2 lain membiarkan kami lemas atau tidak.

sekian.

p/s: saya mencadangkan UMNo negeri menubuhkan skuad khas golongan professionalisme yang terdiri dari anak2 perlis bg membantu kerajaan negeri.
nasionalismuda.blogspot

Anonymous said...

salam perjuangan,

saudara di atas,
dalam perjuangan tidak boleh emosional dan perlu banyak bersabar. di samping itu segala tindakan perlu ada strategi. kelemahan saudara jangan dedahkan kepada musuh (DSSK). lepas ni bina kekuatan untuk terus berjuang. saya sokong saudara..

Anonymous said...

Tak kan Shahidan dan orangnya masih perangai macam tu jugak? Tak nak ubah ubah.. Yang Datuk pi ikut Shahidan tu buat apa? Nampak alim tapi kes banyak yang duri, tak sangka betul ye. Kami kat luar Perlis dah jemu dengar tentang politik Perlis. Harap kat yang baru macam Mat Isa tu, dah lupa diri. Tak sedar dari mana dia mai. Dengar berita, dia dok cantas orang orang yang dulu ni penaik dia sebagai MB. Betui ka? Lupa daratan betul Mat Isa ni ye. Kalau bagi kat Shahidan , geng mafia jadi raja. Dah bagi kat Mat Isa, dok jadi tongkoi..apalah nasib Perlih la ye.. Harap Datuk buat sesuatu demi Perlih, jangan jadi Pak Turut Shahidan ! Jadi la ketua bagi rakyat Perlih. Kami sokong asalkan jangan ikut Shahidan dan samsengnya..Ikut Mat Isa pelan pelan, lepaih tu tau tau aje la ye... dia pun satui musim aje ye.. Shahidan dah tak nak jadi MB,merajuk dah. Elok la tu..

Dr. Azizi Azizan said...

Salam Datuk,

Saya bersetuju dengan anonymous yang mengatakan bahawa sebuah badan khas yang dianggotai oleh gologan muda professional ditubuhkan di negeri Perlis bagi membantu pentadbiran kerajaan negeri.


Tiada orang yang kami dapat menyuarakan pendapat dan komentar melainkan Datuk selaku Timbalan Pengerusi UMNO Perlis yang mempunyai laman blog. Tidak mungkinlah kami,dari golongan biasa ini dapat bertemu dengan pemimpin2 besar negeri. Siapalah kami yang diibaratkan seperti cili padi yang kecil berbanding dengan cili merah yang besar.Namun, pada hakikatnya lebih pedas cili padi dari cili besar jika kita kunyah.Setuju Datuk? Perbandingan yang simple tetapi mempunyai makna yang dalam bersesuaian dengan semangat muda kami ini.

Tidak bolehkah kami yang muda ini maju menjadi pemimpin muda di Negeri Perlis? Contohnya seperti Nurul Izzah di Lembah Pantai yang mempunyai latar belakang yang hebat? Ya, mungkin beliau adalah anak kepada DSAI, maka beliau lebih senang menarik undi rakyat. Tetapi, tidaklah menjadi persoalan jika anak muda seperti kami dan pemimpin muda seperti Datuk untuk maju kehadapan membawa perubahan dalaman UMNO negeri.

Datuk,
Dari sudut pandangan saya mengenai krediabiliti pemimpin-pemimpin UMNO Perlis, saya tidak nampak melainkan hanya kesungguhan mereka ketika dekat-dekat menghadapi pilihanraya, pemilihan bahagian merebut jawatan2 tertentu dan sebagainya.Tambahan pula,latar belakang mereka semuanya dari segi pendidikan dan akademik tidaklah sebegitu cocok dengan pentadbiran dan kepimpinan. Tidak mungkin berlatarbelakangkan profesi guru musik boleh menjadi Menteri Besar contohnya. Jika mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik dan dipilih dari majoriti besar rakyat di bahagian sedikit sebanyak saya boleh menerimanya.

Jadi, amatlah wajar Datuk mengajukan pendapat ke UMNO Negeri pada satu masa nanti mengenai saudara anonymous dan saya untuk menubuhkan badan khas tersebut. Di situlah kita boleh menilai dan mencari seorang yang benar-benar layak untuk dijadikan pemimpin. Ia umpama pelapis pemimpin yang telah diberikan pendedahan kepada pentadbiran negeri supaya pada satu hari nanti perubahan yang positif terhadap pentadbiran negeri terhasil.

Kami mengharapkan Datuk bertindak dengan sewajarnya dan sedikit sebanyak mengambil buah fikiran dari akar-umbi terutama dari golongan muda anak Perlis.

Juga, sedikit sebanyak menaikkan nama Datuk lagi sebagai idola kami bagi golongan muda pada satu hari nanti, InsyaAllah...


Sekian, Terima Kasih

Anonymous said...

Salam Datuk Z,

Aku bukan tak setuju dengan cadangan untuk menubuhkan skuad golongan profesional muda Perlis tu... Tapi aku rasa utk mengembalikan kekuatan UMNO bukan terletak dibahu golongan profesional saja tapi pada golongan yang kuat bekerja utk UMNO. Kekadang golongan pro nie, hendak nama saja, keja tak mau buat. Pro katakan... Yang dok buat keja, nilah gol rakyat biasa (cakkang). Pendidikan rendah tapi keikhlasan dlm perjuangan parti dengan semangat tinggi. Inilah gol sepatutnya di kenal pasti oleh datuk utk diberi kedudukan. So, gol pro kena sedar UMNO hancuq la ni pun kerana golongan inilah.Pandai lebih, egopun lebih.Mintapun lebih-lebih. Maaf ya, dengan cakap aku ini. Sepatutnya UMNO perlu muhasabah diri. Bukan memasing juga meletakkan dirinya dlm golongan tertentu. Dalam UMNO hanya satu gol saja diberi tempat iaitu org yg iklas dlm perjuangan dan sanggup bekerja kuat untuk mengembalikan kekuatan yg semakin lemah. Kelulusan hanya sebagai bonus. Wassalam...

Dr. Azizi Azizan said...

Salam Datuk n anonymous dan saudara-saudari penghujah yang lain,

Golongan muda yang dimaksudkan saya ini adalah golongan muda yang melepasi umur 18 tahun ke atas.Bukan nya pemuda UMNO atau sebagainya. Tidak salah jika tertubuhnya badan seperti ini kerana ia tidak memberikan apa-apa side-effect terhadap saudara kerana saudara mungkin sudah begitu mendalam mengenai UMNO berbanding saya. Untuk saya? Pernahkan saudara berfikir?

Maafkan saya, saya bangkang mengenai pendapat saudara dengan adanya badan khas ini, maka mereka adalah golongan terlebih pandai lah,ego lebih atau minta lebih atau sebagainya.

Ini adalah kerana,saya berpendapat bahawa fungsi golongan di bawah badan khas ini adalah dengan diberi penerapan,pendedahan dan pembabitan mereka seperti adanya ceramah,aktiviti dan program jati diri mengenai pentadbiran negeri dan UMNO. Jika kita sudah ada badan seumpama tersebut, maka saya mahu ianya berfungsi kembali. Saya tidaklah begitu pakar dalam menganalisis poltik di Malaysia ini tetapi mampu untuk berfikir untuk kelangsungan bersama.

Negara Korea, Singapura, dan sebagainya mewajibkan golongan seperti ini menyertai Latihan Ketenteraan selama 2 tahun semata-mata untuk mengajar mereka mengenali jati diri mereka dan mendedahkan kewajipan sebenar mereka terhadap negara.Dari sini, kerajaan menganalisis mereka ini dengan menilai sejauh mana pemikiran mereka terhadap negara. Dari situ jugalah golongan-golongan ini diihat dan dipilih kerajaan dari segi potensi kepimpinan dan pentadbiran untuk dididik lebih kehadapan. Hasilnya, pentadbiran Negara mereka ini sudah sedia maklum sangat mantap dan efisien. Keadaan ekonomi dan social rakyat bertambah baik meskipun kadang-kadang negara mereka terdedah kepada huru-hara. Ini adalah kerana, rakyat mereka dapat befikir dengan lebih matang mengenai pentabiran negara mereka. Lagipun, negara mereka bukanlah negara yang berbilang kaum seperti negara kita.

Negara kita pula mewajibkan golongan muda lepasan sekolah yang berumur 17 tahun menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama 3 bulan. Apa yang saya lihat adalah 3 bulan itu sahaja mereka mempunyai tahap disiplin dan kepimpinan yang tinggi. Sejurus keluar dari PLKN tersebut, ada yang sudah menjauhi landasan sebenar target kerajaan dan hanya sedikit kuantiti peserta berjaya dihasilkan dari misi dan visi kerajaan Malaysia pada dasarnya. Maka tidak hairanlah saya jika golongan ini lebih gemar menyertai pembangkang atas dasar berfikir seperti katak dibawah tempurung. Hanya mendengar khabar dan berita dari meja warung kopi dan terus membuat kesimpulan bahawa pentadbiran Malaysia dibawah kerajaan (UMNO) teruk dan tidak relevan.

Bayangkanlah, jika mereka-mereka ini diterapkan dan dididik dari awal, saya percaya hati mereka ini akan semakin cekal pada kerajaan dan akan berjuang dengan seikhlas mungkin dalam kerajaan apabila mereka mengatahui sejarah sebenar dan perjuangan sebenar kerajaan di bawah UMNO.

Kita jangan melihat pada sekarang, tetapi kita harus melihat apa hasil yang akan datang. Berapa banyak golongan-golongan muda yang tamat belajar dan berprofesi bagus menyertai pembangkang? Fikirkanlah. Cuba bayangkan jika mereka tidak diberi pendedahan seperti maksud saya diatas, maka mindset mereka ini akan mengarah kepada pembangkang selamanya. Mereka ini bukan tidak tahu yang mana perjuangan yang sebenar dan tulus , tetapi hanya kerana muak melihat dalaman UMNO yang tidak terurus disebabkan tidak diterapkan keyakinan dan keikhlasan dalam diri mereka ini dari awal. Kerana ingin protes kerajaan, maka bertindak memilih pembangkang.


Memang benar pendapat saudara mengenai negative feed-back golongan professional sekarang ini yang mentadbir UMNO.Saya setuju dan merasai situasi tersebut. Jadi, saudara tidak perlulah bimbang kerana mereka akan sedar juga akhirnya. Maka, apa yang berlaku ada golongan tertentu seperti bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir menghentam mereka ini dan jika kita lihat terdapat sedikit perubahan pentadbiran UMNO kita. Kita jangan membuat kesimpulan awal dengan melihat dari jauh sebaliknya melihat hasil perubahan kepimpinan dan barulah kita membuat kesimpulan sebelum bertindak dengan akal fikiran yang rendah.

Maaf jika penghujahan saya terlalu panjang lebar, tetapi itulah hasrat saya yang ingin dengan melihat perubahan yang besar berlaku pada UMNO terutamanya di negeri kita.

Semuanya akan berhasil jika dimulai dari bawah. Percayalah . Jika tidak, saya yakin UMNO akan masuk dalam buku sejarah Malaysia kembali sebagai parti yang pada awalnya disokong 100% rakyat dan tercatat kembali sebagai parti yang ditolak rakyat pada masa sekarang..Mahukah anda sedemikian?

Fikirkanlah..Ini adalah pendapat dan cadangan. Penerimaan dan penyangkalan adalah hak masing-masing saudara-saudari bangsaku melayu.

Ingatlah, bersengketa sesama kita tidak memberikan apa-apa, sebaliknya bersatu padulah bangsa kita ini,InsyaAllah.


Terima Kasih untuk pendapat saudara-saudari penghujah


SALAM PERJUANGAN

Anonymous said...

salam perjuangan,

Profesional bukan satu tiket untuk kita meletakkan diri dalam masyarakat dan juga bertindak dalam memberi nasihat kepada sesuatu pentadbiran dan kepimpinan. Dalam isu masyarakat, peranan Ketua Kampung, Tok Penghulu, Pegawai Kerajaan dan NGO telah banyak memainkan peranan bukan sekadar memberi nasihat tetapi melakukan tindakan yang sepatutnya dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Dalam menyelesaikan isu masyarakat kita tidak perlu banyak berhujah kerana ianya melengahkan dan membazir masa.

Kalau kita lihat, latar belakang Tok Penghulu, Ketua Kampung dan lain-lain pemimpin masyarakat yang ada di Negeri Perlis tidaklah terdiri dari golongan Dr, Ir, Lawyer dan sebagainya tetapi peranan mereka telah lama memberi jasa kepada masyarakat dan masyarakat menerima mereka seadanya kerana khidmat yang diberi. Semenjak merdeka sehingga ke hari ini, pemimpin-pemimpin inilah yang bergelumang dengan masyarakat di kampung-kampung. Kita tak perlu bercakap tentang kepimpinan negeri dan negara, sekarang kita fokus sahaja dahulu dengan senario kepimpimpinan di peringkat masyarakat kampung dan desa kerana Negeri Perlis ni kecil dan Kampung-kampung banyak.

Semua orang boleh jadi pemimpin, dengan berbagai platform telah diwujudkan dan bakal diwujudkan bagi menonjolkan kepimpinan untuk diketengahkan kepada masyarakat. Tetapi persoalannya :

1. Adakah kita pemimpin yang boleh diterima oleh masyarakat?

2. Adakah kita menjadi pemimpin hanya untuk menjadi wakil rakyat? seterusnya EXCO dan seterusnya MB dan banyak lagi congakan yang bakal dibuat?

Kepimpinan perlu ada kebijaksanaan dalam mentadbir, mengurus, menyelesaikan masalah dan berdepan dengan masyarakat. Kepimpinan bukan terletak kepada kepetahan bercakap dan berucap serta pandai menulis tetapi lebih kepada menterjemahkan agenda perjuangan dan membela nasib rakyat dengan berlandaskan kebijaksanaan yang dianugerahkan.

Ini satu perkongsian yang perlu dibuat renungan, "berpendidikan tinggi tidak semestinya seseorang itu bijak dalam menangani isu dan permasalahan yang diajukan, tetapi menuntut ilmu adalah satu kewajipan". Kebijaksanaan adalah kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar.

-zam-

orgkangaq said...

Salam dato

setuju dengan pendapat saudara anonymous,azizi, dan zam..sedikit sebanyak kita dapat membuka minda dan melihat dari semua sudut pandangan.

Kata saudara anonymous, penumpuan kepada golongan yg bawah

Kata saudara azizi, penumpuan kepada golongan muda yang mempunyai profesi yang bagus untuk dilatih menjadi pelapis pemimpin pada masa akan datang

Kata saudara zam, penumpuan kepada kepimpimpinan di peringkat masyarakat kampung dan desa negeri



Saya bersetuju dengan ketiga-tiga pendapat yg diberikan dari saudara2 yg diatas. Bagi saya, ketiga-tiga aspek ini harus diberi penekanan iaitu kepada golongan bawah, masyarakat kampung dan golongan muda..

Golongan bawahan dimaksudkan saudara anonymous kurang menarik bagi saya kerana tidak ada istilah golongan bawahan di Malaysia.

Bagi saudara anonymous mungkin ia adalah curahan dari peringkat ahli mengikut pandangan saya. dari saudara azizi curahan idea dari golongan muda manakala saudara zam dari golongan masyarakat yang bergaul dengan semua orang kampung dan sebagainya..

Tidak ada satu mesej dai ketiga-tiga ini yang mengatakan perkara buruk mengenai pembaikpulihan parti UMNO, semuanya mempunyai hujah yang menarik dan dapat diterima.

Jadi, kita sebagai rakyat biasa sudah menyuarakan hasrat dan pendapat dari buah fikiran masing2, tetapi yang mengatur jentera parti itu bukanlah kita tetapi pemimpin yang terpilih.Fungsi kita adalah bersama-sama dalam satu jentera bersama pemimpin untuk menggerakkannya...

Pemilihan pemimpim melalui kreadibiliti dan ketokohannya dalam satu bidang juga harus dititikberatkan. Sebab apa saya mengatakan berikut kerana mereka ini sudah biasa berintereaksi dengan masyarakat luar dan tidaklah berada di satu tempat itu sahaja. Itu lebihan kredit kepada mereka ini tetapi yang dimaksudkan saya adalah untuk memilih ciri-ciri kepimpinan yang sebenar mengikut agama kita.

Kalau ingin melihat kepada PAS, hanya beberapa oang sahaja yang saya percaya kepada ketokohan dan kepimpinan mereka. Nama sahaja Parti Islam Semalaysia, namun banyak juga yang terpesong seperti ditangkap rasuah, menjadi agen pembinaan rumah maksiat dan sebagainya. Sama juga dengan pemimpin UMNO. Jadi semua sama sahaja.

Yang penting ketiga-tiga aspek itu boleh dijadikan panduan bersama untuk mengkaji kembali struktur dan jentera parti untuk kebahagiaan dan keselesaan bersama kelak, Insyaallah..

Salam

Tebu Tebu Harapan said...

Salam Datuk dan semua,

Sebenarnya politik Perlih amat sukar untuk dipulihkan kerana masih ada sentimen lama yg berlegar legar di pelusuk negeri. Politik Perlih masih dikuasai oleh puak yg berfahaman lama. Mereka ini wujud sejak zaman dulu lagi. Bagi golongan muda tentulah hairan bin ajaib kenapa Datuk Radzi yang tidak memegang apa apa jawatan di dalam UMNO Kangar ataupun Perlih masih kuat dan utuh serta mampu menumbangkan 'gajah Perlih' iaitu DSSK..Dan juga bagaimana Tok Mi yg pendiam masih 'ada' dalam politik Perlih dan menjadi gangguan kepada Datuk Zahidi! Walaupun dia tewas tapi dia telah meninggalkan orang orangnya yang banyak dalam AJK UMNO Padang Besar untuk diurus tadbir oleh Zahidi- mampukah Zahidi nanti? Mat Nor ,Timbalannya agak bersifat universal dan tidak memihak kepada mana mana pihak setelah pemilihan UMNO Pdg Besar selesai. Memang sebelum pemilihan, dia memihak kepada Zahidi tetapi dia 'pandai' membawa diri selepas pemilihan..politik yg hebat, sdr Mat Nor..Tentang Naib Ketuanya, Wan Nordin sudah terang dan jelas adalah org Najib. Dan Zahidi makin terkedu bila Wakil Rakyat Beseri iaitu Cikgu Mat Rawi juga adalah orang kepercayaan Najib di Perlih sejak sekian lama dulu... Ke mana arah Datuk Zahidi lepas ni..
Tak apalah kerana kita tahu Zahidi memang 'cekap' dalam politik dan kita sama sama lihat permainannya nanti.
Mat Isa sebagai MB dijangkakan bakal menang Majlis Tertinggi ataupun bakal dilantik walaupun kalah. Maka peluang untuk memegang Pengerusi Perhubungan UMNO adalah cerah. Siapa pula Timbalannya? Adakah Zahidi? Mungkin ya ataupun mungkin tidak, bergantung kepada sikap Zahidi dan kepandaiannya membawa diri. Bagaimana pulak nasib Bakri? bakri mungkin akan menyerahkan jawatan Ketua bahagiannya kepada Mat Isa dengan 'sukarela' ataupun ada 'perjanjian' sulit yg kita rasa akan menguntungkan kedua dua pihak. Ini semua dalam kawalan Datuk Radzi. seandainya Datuk Radzi kata kat Mat Isa supaya jangan lawan Bakri, maka Mat Isa pun tak ambik jawatan Ketua Bahagian di Kangar tu. Manakala puak Shahidan pun dok tunggu game ni jadi macam mana, sebab tu Datuk Radzi kena buat keputusan yang amat strategik untuk mengelakkan perpecahan orang2 beliau sendiri.Yang berada dalam kandang beliau,perlu di jaga kerana puak yg beliau bela kebanyakkanya adalah bekas orang Shahidan dulu...Bila bila masa saja depa ni boleh berkubu di tepi Shahidan dan serang balik! Ini lah politik Perlih, tak ramai sangat tapi suka kecoh dan kuat tipu dayanya...Tentang Zahidi pulak, umum mengetahui tentang kepintarannya dan tidak mustahil ia akan jadi satu 'unsur' yg sangat penting dalam politik Perlih nanti..Dear datuk zahidi...by hook or by crook, use this situation to create something that will benefit for your politics!
Arau masih dikawal dgn baik oleh Shahidan...tetapi semakin hari dia semakin letih dan lesu..DIA MAKIN MENGHAMPIRI ZAMAN ZAMAN MALAP DLM POLITIK. Menang atau kalah MT sudah tak bermakna bagi beliau. Yang penting dalam hidup beliau adalah jawatan Menteri Besar. Ia bagaikan nyawa bagi beliau. Tapi kita tak tau Takdir Allah Taala, saya doa agar beliau kuat menempuh segala cubaan ini. Kesian kat DSSK kerana sikap penasihat dan kuncunya telah memusnahkan beliau. Beliau di 'atur' tanpa sedar dan beliau secara ikhlas dan membabi buta menolong org dan sebagainya malah menggadaikan kuasanya dan maruah beliau untuk merealisasikan hajat org lain tetapi kesannya telah menimpa beliau..
Sepatutnya beliau tidak perlu bermusuh dengan Datuk radzi dan org politik Perlih yg lain. Secara peribadi beliau bukan ada apa masalah dengan Datuk Radzi dan Tok Mi tetapi 'usikan dan cucukan' syaitan2 politik di Perlih telah memusnahkan segalanya. Datuk Radzi pun 'terbang', Tok Mi pun 'terbang' dan Shahidan pun 'terbang' .La ni dapat kat Mat Isa...antara mau dan tak mau dia pegang jawatan tu dengan takut takut dan separuh hati...tengok la sendiri kesannya kepada negeri Perlih! Slow and unsteady..Lepas ni beliau nak urus UMNO Perlih pulak.. Mampukah beliau? Tak kan lah beliau akan bergantung semuanya kepada Datuk Radzi? Org tua tu pun nak rehat jugak, tak kan nak perah otak lagi. Cukup la dok jadi lilin membakar diri..
Setelah kita melihat semua ini maka kita Rakyat Perlih dah letih melihat mereka ni berkelahi sesama sendiri berebut kuasa. Kadang kadang saya tidak tahu apa yang mereka rebutkan sangat tu? Perlih dah tinggai 'hampas@hampaih' . Macam batang tebu yang sudah kering diambil air dan madunya. Dulu Perlih ada la jugak sumbernya seperti CIMA tetapi dah dijual oleh Dr Hamid (komisyen dipegang oleh Hj Fauzi Sheikh Bakar).. si penjual air tebu! Dialah yg tinggai kan 'hampaih' kat kita.Sanggup dia jual sesuatu yg bernilai kepada org lain kerana komisyen berjuta juta! Inilah dosa Hamid yg kita amat ralat sekali.. Shahidan pun bukan buleh banyak mana pun selepas Dr Hamid... Ada la kot sisa sisa di celah hampaih tebu tu.. Kalau nak bulah pun, dia mesti kena pakat dengan Dr hamid.. baru la buleh dapat air tebu segelas dua! Shahidan dok pangku 'kerja buat' dr hamid dulu, sebab tu dia 'duri' sampai la ni..bagai satu sumpahan ..tengok la sendiri dengan mata kepala kita.. Yang nampak mulia dan bersih adalah Dr Hamid tetapi yang nampak kotor dan berdosa adalah Shahidan Kassim! Saya bukan org Shahidan tetapi saya dapat menilai secara rasional dan waras tentang perkara ini. Ini tak masuk cerita Power Plant di tepi laut tu...saudara/ri siasat la sendiri..malas saya nak cerita..

SEBAB ITULAH KITA KENA SEDAR DAN INSAF BAHAWA PEPERANGAN INI TIDAK MENGUNTUNGKAN RAKYAT JELATA NEGERI INI. MEREKA BOLEH DAPAT JUTA JUTA DENGAN KERABAT BELAKANG KITA. BERPUAK LAH KITA, MCM MCM PUAK DAN BANGGA PULAK TU< ADA PUAK RADZI, PUAK AZMI, PUAK SHAHIDAN, PUAK ZAHIDI, PUAK SANA PUAK SINI..tetapi KITA TAK SEDAR BAHAWA KITA SEDANG BERGELUMIANG DIDALAM HAMPAIH HAMPAIH YANG SEDANG DITINGGALKAN OLEH PEMIMPIN YG KITA ANGGAP MULAI DAN AKAN JADI PAYUNG KEPADA KITA SEMUA...

Maaf seandainya menggurus perasaan anda semua tetapi demi kebaikan Perlih, marilah kita sedar dan insaf bahawa permainan politik ini hanya menguntungkan orang orang di atas sana sahaja.. Percayalah.. dan pada pandangan mata kasar, Datuk Zahidi Zainul Abidin ada ciri ciri keikhlasan ,sayang kepada negeri,rakyat, jiwanya tidak tamak haloba tetapi sayangnya lauannya amat berliku... Saya doakan Datuk Zahidi terus berjuang demi rakyat Perlih ,masih ramai yg miskin malah papa kedana...Jangan ikut permainan org terdahulu,dapat kuasa, jual negeri, hisap sana hisap sini..Perlih dah la susah, akan jadi semakin susah. marilah kita tanam kembali 'tebu tebu' harapan agar air dan madunya dapat dinikmati semua.. Bukan hanya nanti dapat dinikmati sebilangan org tetapi oleh ramai org....sekian, jumpa lagi nanti..

Anonymous said...

salam perjuangan,

Dr. Hamid, Radzi Shiekh Ahmad, Azmi Khalid, DSSK telah lama memperbodohkan rakyat Perlis sebab mereka cerdik sikit dan celik awal untuk mencari kekayaan dan bukan untuk membela nasib rakyat. Alhamdulillah jika saudara-saudara semua baru nampak perkara ni. Jika di kaji Perlis mampu menjadi negeri maju mendahului negeri Selangor. Tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin di atas tidak ada wawasan maka jadilah Perlis seperti sedia ada sekarang. Cara mana nak jadi negeri maju? tak perlulah dihuraikan..sesiapa jadi pemimpin perlu ada pemikiran dan hala tuju yang jelas baru boleh laksanakan wawasan.

InshaAllah, sesiapa yang ingin bersama dalam "Perjuangan Rakyat" dan "merakyatkan UMNO" teruskan dengan kesabaran demi membela nasib rakyat Perlis yang ketinggalan.

Orang Perlis jangan marah dengan bahasa yang saya guna, saya pun orang Perlis tapi saya cari makan di Selangor sebab tidak ada peluang di Perlis. Kita perlu sokong Dato' Zahidi sebab dia berani bukan sekadar cakap dan Azmi Khalid kalah ditangan beliau sebagai Ketua Bahagian.

Selamat maju jaya untuk semua penyokong-penyokong Dato' Zahidi.

-Blackmoore-

Anonymous said...

Tergelak sy baca komen-komen sdr2ni...Daripada semua yang sy baca, tolong habaq sat siapa pemimpin di Perlih nie berjiwa rakyat?

Pemimpin yang berjiwa rakyat ialah pemimpin yamh meletakkan hidup dan matinya untuk rakyat... melebihi segala-galanya.

Apakah ada pemimpin yang sebegini rupa di Perlih nie.

Yang banyak kita jumpa. pemimpin yang bertungkuslumus mengaut keuntungan diri dan kroni-kroni nya, yang memualkan kita semua.. Lantaran rasa mual dan loya inilah PRU12 hampir meletakkan UMNO dalam lipatan sejarah. Lebih dari itu pemimpin ini tidak segan silu merebut pangkat dan kuasa sesama mereka demi menjamin survival politik memasing.Maka bertambah mual dan loya politik Perlis.

Yang tua, sepatutnya ke Masjid atau surau-surau menambah ilmu untuk menuju akhirat, tetapi malangnya semakin tua semakin ghairah menambah koleksi himpunan harta dunia. Secara terang dan jelas inilah pemimpin2 Laknatullah yang masih ada di Perlis ini.Di manakah salahnya jika yang tua ini menjadi penasihat kepada yang muda?

Yang muda pula, dan masih kurang berkuasa, mampukah mereka menjadi pemimpin berjiwa rakyat? Sy rasa sudah tentu susah utk mereka mengiyakannya. Kerana dugaaan yg hebat bila berkuasa.Kecuali mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya golongan sebegini susah kita nak cari sebagai pemimpin. Kerana golongan ini rasa gerun kepada Allah jika mereka di amanahkan sebagai pemimpin.

Jadi yang dok berebut-rebut kuasa ni.. pembaca nilailah sendiri. Sampai sanggup bergaduh sesama sendiri. Hari tu kawan boleh menjadi lawan sekelip mata. Pemimpin apakah seperti ini.

Kepada Dato Zahidi, sy no komen utk hari ini. Kami ahli akar umbi akan terus melihat dan meneliti perjalanan politik Datuk. Apakh benar berjiwa rakyat atau akan jd seperti yg diperkatakan di atas.

Kepada Datuk hindari politik berpuak dan jauhi dari keadaan "org kuat aku" , "org kanan aku","hardcore aku","kawam baik aku", kawan lama aku", dan bermacam2 istilah lagi demi menggambarkan kroni-kroni ini dan akhirnya mereka inilah yg membawa kita rebah. Ahli akar umbi dan jemu dan jelak dengan gelagat golongan2 ini. Bawa kemajuan dan kebahgiaan untuk semua ahli dan rakyat Perlih keseluruhannya. Insya Allah UMNO terus dihormati dan disegani.

Rakyat Perlih dah muak dengan mentaliti kebendaan dan kekayaan diri serta kroni-kroni ini yang berlaku secara terang terangan samada di cawangan, bahagian dan negeri.Kaki2 ampu ini meraih keuntungan politik akibat dari kedudukan dan pangkat politik mereka.

Wassalam

-Pemerhati Politikus-

AhmadRazinHjYob said...

Salam,

Seringkali kita mendengar dan melihat bahawa sesuatu perjuangan itu mesti di kaitkan dengan ayat Demi Agama, Bangsa dan Negara. Inilah ayat yang paling popular dan diterima oleh majmuk sebagai ayat paling popular dalam politik orang Melayu. Marilah kita cari ayat yang baru yang tidak lari dari makdud Demi Agama, Bangsa Dan Negara... Apakah ada ayat baru yang menyamai ataupun boleh sedikit menandingi ayat 'keramat' ini?....sekian

Anonymous said...

Salam Datuk..

Malang sungguh dewasa ini, setiap pemimpin atasan dijatuhkan dengan begitu hina dina sekali. Trend ini makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Kalau beginilah cara politik tanah air kita, tidak hairan suatu hari nanti tiada pemimpin negara atau negeri akan dikenang sebagai pemimpin rakyat. mungkin juga kisah mereka tidak akan dibukukan dalam lipatan sejarah di negara kita.

Sebagai contoh, kita lihat bagaimana Dato Seri Abdullah.. bukan sahaja tidak dikenang jasanya tetapi permainan politik meletakkannya seolah olah sebagai seorang pemimpin yg begitu lemah. Akhirnya rakyat akan mengenang DSAAB sebagai org yg menghancur negara dan UMNO.

Begitulah juga nasib yg menimpa DSSK.Umum mengetahui beliau seorang yang sangat pemurah tetapi akhirnya terpaksa akur dengan taktik kotor permainan politik tempatan. Beliau digelar dengan pelbagai panggilan seperti regim, shahidan kamsing (komisen), mafia dan sebagainya. Beliau dijatuhkan dengan begitu hina. Setelah jatuh semakin menjadi-jadi cercaan dan hinaan terhadapnya, sehingga rakyat melihat DSSK seperti pemimpin yang begitu teruk sekali. Itulah sentimen yang dimainkan oleh ahli-ahli politik yg berkuasa sekarang di negeri kita. Lebih malang, mereka yg memburuk2kan beliau ini ialah mereka yang biasa bekerja dengannya, mereka yang pernah mendapat tender kerajaan darinya, mereka yang berjanji sehidup semati dengannya, mereka yg biasa tidur sebantal dengannya dan mereka yang dgn kata lain melihat DSSK begitu cantik dan menarik sekali sebelum kejatuhannya.

Bagi sy orang yang tiada langsung apa-apa ikatan dengannya malah tidak pernahpun bercakap dengannya melihat ini sebagai suatu fenomena yang begitu dahsyat sekali.

Trend ini bukan shj menimpa DSSK malah MB2 sebelum inipun dituduh dengan pelbagai tohmahan liar yang tidak beradab.

Maka tidak hairanlah suatu hari nanti nasib yang sama akan menimpa MB baru kita DDMIS. Maka hati-hatilah setiap yang menjadi pemimpin utama.

Sebaiknya kita mengharapkan setiap MB menjadi idola kepada kita kerana kebijaksaan, kebolehan, ketrampilan dsbnya. Sebaiknya juga biarlah setiap pemimpin yang datang dan pergi menjadi tokoh yang dikenang oleh kita dan generasi akan datang kerana kebolehannya membawa kemajuan dan kebahgiaan kepada rakyat.Bukan dikenang dengan cara yang sebaliknya.

Kepada DSSK, secara peribadi saya mengharapkan anda tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran ini. Bagi saya anda tetap MB yang berkebolehan membawa kemajuan & kemakmuran di negeri ini.

Kepada DMIS, tahniah kerana anda diberi kepercayaan oleh rakyat Perlis,teruskan merencanakan kegemilangan untuk Perlis tercinta. tetapi perlu berhati-hati dengan sahabat disekeliling...takut-takut mereka membawa Datuk kepada rebah. Kerana sejarah hari ini telah membuktikan ketamakan kuasa akan menghancurkan sesiapa jua walaupun sahabat tidur sebantal.

Wallahualam.

-Pemerhati Politikus-

Anonymous said...

apa ni..ni blog siapa ni?

yang dah lepas-lepaslah ...awat dok merintih dengan nasib DSSK dan MB...buat lah cerita yang membina sikit...kahkahkah...buat lawak..

Anonymous said...

Salam..ononymous
Hanya sekadar renungan bersama. Aku tak mahu pemimpin2 menjadi mangsa manusia-manusia yg tidak bertanggungjawab.Sejarah perlu dikenang bukan dibiar berlalu begitu saja. Kerana sejarah mempunyai nilai kemanusiaan yg cukup tinggi untuk dinilai dan dihayati.

Apakah paparan ini tidak cukup membina untuk menjadikan kita manusia yang tahu menghargai jasa pemimpin negara?

Wassalam.

Zahidi said...

Salam Perjuangan Rakyat,

Terima kasih atas kesudian tuan-tuan memberikan komen serta cadangan membina. Insya Allah, mana yang baik akan saya bawakan dan apa jua teguran terhadap saya akan saya jadikan panduan terbaik untuk membina kekuatan diri pada masa depan. Saya sedar laluan saya terlalu berliku tetapi itulah politik, saya kan terus berjuang walaupun tanpa kelengkapan perang yang kukuh, kalau semangat yang ada ini mampu menjadi pemangkin, saya takkan berpaling untuk menjadi seorang yang gagal. Sesungguhnya apa yang berlaku telah mematangkan saya dan saya harapkan diri ini akan terus diberikan kekuatan untuk terus stabil berdiri mempertahankan perjuangan murni ini.

Terima kasih sekali lagi.

Wassalam!