Thursday, November 13, 2008

Ucapan Terima Kasih...

Salam Perjuangan Rakyat,

AlhamduliLLah, saya memanjatkan setulus kesyukuran ke hadrat ILLahi atas limpah kurnianya yang terus memberikan saya peluang untuk turut sama bertanding bagi mengisi tempat Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam Pemilihan UMNO 2009.

Saya bersyukur kerana masih diberi daya untuk terus menitip ulasan dalam blog saya yang terlalu biasa ini. Walaupun sudah agak lama saya tidak memblogkan diri dek kerana kesibukan yang amat sangat sepanjang dua bulan ini tetapi syukurlah sepanjang tempoh itu saya masih mampu untuk terus berdiri memanjangkan perjuangan rakyat tanpa noktah demi kelangsungan ummah. Insya Allah, saya akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan khususnya sebagai Ketua UMNO Bahagian Padang Besar.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada 14 UMNO bahagian yang telah mencalonkan saya bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tanpa pencalonan ini saya mungkin takkan mampu untuk melayakkan diri bertanding bagi pemilihan kali ini.

Hanya dengan keikhlasan dan kejujuran anda yang membuatkan saya terus kuat untuk memperjuangkan rakyat kerana saya cukup sedar ia adalah penting demi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya kepada UMNO yang kian lemah kerana tangan-tangan kotor pihak-pihak tertentu yang suka UMNO terus lemah dan dalam masa yang sama memainkan peranan untuk terus memecah-belahkan kesepaduan parti yang kita junjung ini.

Tanpa perpaduan yang berteraskan dari kesedaran mahu berubah maka kita takkan mencapai apa yang divisikan, jadi secara tuntasnya, inilah masa yang kita ada untuk mengembalikan kekuatan UMNO tanpa mengira puak atau kumpulan tertentu. Kita yang mampu merubah keadaan, tanpa semangat dan usaha yang jitu maka ia akan menjadi satu contoh perjuangan yang gagal secara 'total'. Semoga kita tidak terlalu lambat untuk semua ini.

Sekian, terima kasih.

9 comments:

Anonymous said...

Gua macam kenal ja bahasa pemulis blog ni...... Ko Aidi.

aidihelmi said...

Assalamualaikum,

Bro anonymous,
aku takda kaitan dengan ini gambar la..

10Q!

OUMje said...

Assalamualaikum wbt..
Terlebih dahulu tahniah Datuk kerena pernerbitan weblog ini. Jadi dapatlah kami ahli-ahli berkongsi pengalaman dan suka duka dalam politik bersama datuk.

Sang Tuba said...

Salam hormat...

Boleh percaya ker yg pemilik blog dari kalangan ahli politik menulis, membaca komen & memberi feedback?

Rasanya macam kerja setpol ajer atau pemakan gaji utk buat kerja dia?

Kalau betul baguslah sebab berdasarkan gaya penulisan, rasanya bukan pemilik sendiri yg mengarang.

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: plagiat cukup byk di U

Bukan apa,

Anonymous said...

Salam!

Ada baiknya kita berbaik sangka dari membuka aib orang lain. Untuk apa lagi Zahidi nak habiskan duit untuk membayar seorang SETPOL untuk buat semua kerja blog ni sedangkan dia bukan jadi YB pun.

Saya secara prinsip suka bercakap tentang yang baik dari bicara tentang yang aib...

untuk Datuk, syabas dan tahniah!

tq!

Cikgu Azam said...

Tak kisah siapapun yang karang weblog ini. Asalkan matlamat untuk menyebar berita2 muktakhir tentang politik tanahair khususnya di negeri yang kerdil ini tercapai untuk tatapan ahli akar umbi.

Sybas Datuk Z.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Datuk,

Tahniah kerana Datuk berjaya mendapat kuota yang mencukupi untuk bertanding.

Saya perhatikan terhadap 142 calon yang dicalonkan hanya 73 yang berjaya mendapat kuota yang mencukupi.

Datuk perlu kerja kuat untuk menang sebab arus perubahan yang melanda UMNO kini terlalu kuat. Kuat untuk menahan asakkan sang rimau yang senantiasa mengaum.

putra revolusi said...

Awat lama sangat cuti Datuk? Letih ka, sampai dah tak dak masa nak jenguk blog sndiri?

jUNAIDI said...

Salam singgah .... anak kampung kira Kursi-kursi MT hari ini perlu diisi dikalangan pimpinan akar umbi .... ini perubahan namanya .... yng penting calunya ikhlas memperjuang Parti dan rakyat ....
Dia doakan semoga berjaya ....