Thursday, July 24, 2008

MUZAKARAH PEMIMPIN MELAYU

Usaha awalan melibatkan muzakarah UMNO dan PAS memang baik. Isunya, kenapa hanya melibatkan UMNO dan PAS. Muzakarah harus jauh merentasi politik kepartian dan kepentingan yang sempit. Sepatutnya agenda utama jika mahu diselesaikan ialah kemelut ekonomi, agenda pendidikan, nasib dan masa depan generasi muda, pentadbiran dan politik negara. Bagi membolehkan persoalan ini dibincang dengan hati terbuka dan lebih berkesan ialah dengan membuka pintu bagi muafakat dan muzakarah antara pimpinan utama Melayu. Libatkanlah Tun Dr. Mahathir Mohamad, TG Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pak Lah, Dato' Seri Najib dan Pengerusi Muzakarahnya dibimbing oleh KBDYMM Raja Dr. Nazrin Shah. Muzakarah pemimpin Melayu ini juga harus disaksikan oleh ulama dan ilmuan Islam supaya nasihat dari sudut agama dapat diberikan. Berilah laluan kepada penglibatan SS Dato' Mohd Asri Zainol Abidin, Dato'Dr Harun Din dan Dato' Harunsani Zakaria. Insya-allah agenda Melayu/Islam sebagai sumber penting kestabilan negara mampu dirumuskan menerusi satu resolusi khusus di akhir muzakarah ini. Apa komen dan pandangan rakan-rakan?.

2 comments:

dinleter said...

Tepat sekali pandangan tuan, tak dak makna berbaza pendapat jika akhirnya rakyat Melayu yang melarat

perfectwater said...

bagi saya tak guna buat MUZAKARAH selagi MELAYU ITU MELAYU YANG MUDAH LUPA.... tetapi saya amat bersetuju dengan apa yang dicadangkan terutama dari segi kehadiran atau perantara dan alim ulama yang hadir...baru cantik...syabas DZZA! Idea Bernas!!!