Wednesday, August 13, 2008

KENAPA KETUA PEMUDA?

Kenapa saya memilih untuk menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda :

1) Supaya UMNO lebih merakyatkan organisasinya.

2) Biar Pemuda lebih berperanan sebagai pejuang dan pembela masyarakat.

3) Untuk mengubah persepsi orang ramai yang menyatakan UMNO parti milik warisan dan kelab orang-orang kaya.

4) Mengembalikan 'maudhuk' asal perjuangan UMNO, untuk bela bangsa, agama dan negara bukannya menjadi penghakis hak bangsa dan agama.

5) Meletakkan peranan dan suara akar umbi pada tempat yang sewajarnya.

6) Menjayakan agenda pendidikan, ekonomi, sosial orang Melayu yang masih jauh tertinggal kebelakang

7) Mendidik dan melatih barisan kepimpinan pelapis agar yang bersih, berakhlak dan komited dengan perjuangan bangsa, agama dan negara sahaja diberi tempat untuk memegang amanah.

Mudah-mudahan hasrat ini bukan sekadar retorik dan janji kosong, namun dengan kekuatan semangat, idea, dan pelaksanaan bersungguh dapat saya jayakan--Insya-Allah

DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

6 comments:

Anonymous said...

Salam! Harap hasrat tuan bukan sekadar retorik pemanis bibir di kala UMNO makin hancur dek perebutan khazanah rakyat antara manusia paling berkuasa di Malaysia? dengan Mantan Manusia paling berkuasa di Malaysia...
Moga Allah Makbulkan HAjat Tuan! Aamiiiin!
p:s? lucu juga bila PM bercakap tentang politik wang sedangkan dia sendiri amalkan politik itu....ruuuusaaaaak!!!!!

Anonymous said...

Di...Oh Di... kalau nak perjuangkan agama, bangsa dan tanah air.....buatlah sungguh2....jangan berlakon saja tau...nanti orang benci lagi kat hang...muhasabahlah diri...buktikanlah kepada dunia yang duluan mengenali hang lagu mana...aku sekadar bagi nasihat saja...smoga hang berjaya...

Anonymous said...

Inilah yang semua ahli UMNO mahu terjadi...kisah benar ini walaubagaimanapun tidak disebarluaskan kerana takut kesannya membawa kepada cepatnya lagi proses hancurnya UMNO...persoalannya adakah kita mahu ia terjadi dalam masa yang terdekat ini?????fikirlah Wahai Semua Ahli UMNO

dibawah tajuk:
UMNO Bandar Tun Razak keluar parti

Naib ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Norasidi Salim telah mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO bersama 151 orang ahli dalam Bahagian itu pada 11hb Ogos lalu.

Beliau dan pengikut-pengikutnya mengambil tindakan ‘decisive’ ini kerana sudah kurang yakin UMNO akan dapat memperbetulkan keadaan untuk menjadi terus releven.

Tindakan ini akan disusuli dengan sekumpulan lebih 200 orang lagi dalam masa yang terdekat ini dan kesemuanya akan menyertai PKR pimpinan Dr Wan Azizah.

Saya sempat bertanya kepada beberapa kenalan yang telah mengambil tindakan itu mengapa mereka begitu ‘decisive’ dalam tindakan mereka.

Jawapan mereka adalah ‘standard’; kerana UMNO tidak mungkin dapat memperbetulkan keadaan dan tidak lagi perlu bersusah-payah mempertahankannya.

Salah saorang memberitahu saya, “Pemimpin-pemimpin masih dengan sikap lama mereka, dengan menekan dan memaksa orang bawah untuk menerima sahaja apa yang mereka lakukan di peringkat atas,” katanya keras.

“Kalau setakat Pak Lah yang lemah boleh lagi dibendung, tetapi yang nak mengambil alih mengikut pelan peralihan kuasa itu ialah orang yang terlalu kontroversial dan kami tidak nampak kita akan memerintah lagi! Jadi buat apa nak tunggu?" sambungnya.

Rakyat kawasan Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, daripada PKR di Parlimen, dan tentulah mereka yang merasakan perbezaan yang dialami rakyat di sana.

Kalau tidak masakan mereka meninggalkan parti dengan begitu mudah dan tidak merasa bersalah, kerana sekarang ini mereka dipimpin oleh barisan Abdullah dan Najib yang sangat tidak meyakinkan.

Sesungguhnya PKR bukanlah parti yang kuat dan segar tetapi oleh kerana kelemahan pimpinan UMNO membuatkan PKR ini terus menjadi pilihan ramai.

Kata orang tua-tua, “lulus jarum lulus kelindan”. Oleh kerana PKR sudah mampu memberikan pilihan maka kita yang mempunyai kepimpinan yang lemah ini mudah akan ditinggalkan oleh ahli-ahli yang berfikir.

Saya tidak terkejut jika ada lagi pemimpin-pemimpin Bahagian akan turut mengikut langkah Norasidi Salim untuk bertindak keluar parti.

Jika keadaan ini berterusan maka telahan saya yang UMNO akan hanya mampu bertahan sehingga tengah malam pada hari mengundi PU13 akan menjadi kenyataan.

UMNO terlalu banyak penyakit, tetapi apa yang dilakukan oleh pimpinan ialah hanya untuk menghilangkan sakit, tetapi tidak berusaha memulihkan penyakitnya.

Perlu kita ingat, sakit dan penyakit itu adalah dua perkara yang berbeza.

Jika UMNO masih bernafsu untuk meneruskan pemerintahan ramai-ramailah kita bertindak menukar Abdullah Badawi dengan seorang pemimpin yang lain yang telah pun menawarkan diri beliau untuk menjadi Presiden UMNO.

Jika tidak dilakukan maka UMNO dan lambangnya bolehlah bersedia untuk ditempatkan di dalam Muzium Negara di Jalan Travers.

Mungkin saya dan rakan-rakan akan ke Muzium Negara sehari dua ini untuk menengok-nengokkan jika ada ruang untuk letakkan lambang UMNO kita di sana nanti.

Jika benar perkara ini berlaku saya cadangkan lambang UMNO yang akan diletakkan dalam muzium itu mestilah diapitkan dengan gambar Abdullah Badawi dan Najib.

Jika ada ruang yang lebih kita letakkan gambar Rosmah, Khairy, Kalimullah, Kamal Badawi, Muhammad Taib dan lain-lain sekali.

Ini penting untuk dijadikan tatapan generasi yang akan datang bagi mengenali petualang-petualang bangsanya.


Sekian……………………………Aspan Alias

saya ambil dari catatan terkini blog aspan alias...

tq!

Anonymous said...

Di, ....

Hang dah berubah ka?

Cuba hang bersumpah dalam blog hang ni dgn kata2 "Wallahi, Watallahi, Wabillahi, Aku aktif berpolitik hanya demi Agamaku, Bangsaku dan juga Negaraku. Matlamat peribadi bukan agenda utamaku. Aku rela dilaknat Allah di dunia ini sekiranya aku berbohong dgn sumpahku ini."

AKU CABAR HANG DI KALAU HANG BETOI2IKHLAS ......!

perfectwater75 said...

SORANG NI TAK HABIS-HABIS DENGAN DOK SURUH ORANG BERSUMPAH...TAK FAHAM HUKUM KOT???? SUMPAH YANG HANG MAKSUD TU DIPANGGIL MUHABALAH DAN IA MESTI DIBUAT OLEH SAMA ADA ANTARA DUA ORANG ATAU DUA KUMPULAN YANG BERBEZA PENDAPAT DAN MASING2 BERTEGAS MENYATAKAN MEREKA BENAR...NI YANG SUSAH BILA BELAJAR TAK HABIS.SIKIT2 NAK SURUH ORANG BERSUMPAH...APA PUNYA ORANG...BERSUMPAH HANYA APABILA BERADA KEADAAN YANG TERTENTU SAHAJA SELAMA MANA IA MEMNUHI TUNTUTAN SYARAK.KALAU DALAM SITUASI DZZA BARU MENAWARKAN DIRI DAN BELUM LAGI ADA SETAKAT INI MANA2 BAHAGIAN YANG MENCALONKAN DIA KENAPA PULAK JADI KELAM KABUT NAK SURUH ORANG BERSUMPAH.KALAU GAMAK TERLALU ALIM SANGAT JADI MUFTI LA LEBIH BAIK.SETIAP YANG KELUAR DARI MULUT ADALAH FATWA...BUAT LAGU RETI SANGAT PULAK....KALAU ORANG KATA BODOH TU MARAH SANGAT TAPI TU LA....TUAN FIKIRLAH SENDIRI...

Anonymous said...

Sejauh mana UMNO boleh dipulihkan...

1) Bolehkah UMNO merakyatkan organisasinya?

2) Betulkah Pemuda UMNO kekal relevan berperanan sebagai pejuang dan pembela masyarakat?

3) Bagaimana Datuk hendak mengubah persepsi orang ramai yang menyatakan UMNO parti milik warisan dan kelab orang-orang kaya?

4) Bagaimana Datuk boleh mengembalikan 'maudhuk' asal perjuangan UMNO, untuk bela bangsa, agama dan negara bukannya menjadi penghakis hak bangsa dan agama sedangkan dalam masa yang sama ada ahli dalam kalangan SIAM(Buddha) dan Bumiputera SABAH(Kristian)?

5) Bagaimana Datuk mampu meletakkan peranan dan suara akar umbi pada tempat yang sewajarnya sedangkan Presiden UMNO dan AMT UMNO sendiri selalu membuat keputusan mengikut rasa sendiri bahkan Presiden UMNO sendiri mengamalkan POLITIK WANG?

6) UMNO sudah lebih 62 tahun merajai gelanggang politik Malaysia. Kenapa dalam tempoh selama itu UMNO masih gagal untuk menjayakan agenda pendidikan, ekonomi, sosial orang Melayu yang masih jauh tertinggal kebelakang secara TOTAL? Adakah Datuk bersetuju kalau saya katakan pemimpin yang ada dulu dan sekarang telah gagal dalam misi mereka?

7) Bolehkah Datuk mendidik dan melatih barisan kepimpinan pelapis agar yang bersih, berakhlak dan komited dengan perjuangan bangsa, agama dan negara sahaja diberi tempat untuk memegang amanah sekiranya pemimpin yang ada sekarang teguh mempertahankan korupsi mereka dan dalam masa yang sama menurunkan pusaka mereka kepada golongan yang sama juga dengan mereka?

Saya nantikan jawapan Datuk???

thanks!