Friday, September 26, 2008

Zahidi: Keputusan MT 'ada muslihat'

Abdul Rahim Sabri & Muda Mohd Noor | Sep 26, 08 8:07pm


Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu "bermuslihat."

Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010.

zahidi zainol abidinZahidi, yang juga timbalan ketua perhubungan Perlis, menambah beliau tidak faham kenapa penangguhan itu dibuat kerana masa antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh.

"Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali. Saya tak faham kenapa buat begitu.

"Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Zahidi kepada Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut maksud muslihat tersebut.

shahidan kassimSementara ketua perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat.

Beliau berkata, ahli Umno tidak boleh duduk diam tetapi harus bekerja kuat untuk parti.

Katanya, penangguhan tersebut tidak memberi kesan kerana jika sesuatu bahagian tidak mencalonkan seseorang pemimpin tertentu, sudah tentu pemimpin itu tidak boleh bertanding.

"Ahli parti tidak bising apa-apa, hanya orang luar (pembangkang) yang sibuk buat bising," katanya.

Suka berdolak-dalik

Mengulas keputusan presiden Umno untuk mengumumkan keputusan penting menjelang mesyuarat bahagian 9 Oktober ini, Zahidi berkata Abdullah tidak akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac depan.

"Beliau (Abdullah) tidak berani, suka berdolak-dalik.

"Beliau takut menghadapi kenyataan kerana tak tunai janji," tambahnya.

Beliau juga menjelaskan Umno akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya sistem kuota pencalonan pemimpin atasan parti, termasuk di peringkat bahagian, dihapuskan dan tidak perlu menangguh pemilihan pimpinan tertinggi.

"Ikhlas, untuk hapuskan sistem kuota, tak payah tunda-tunda (mesyuarat agung)," tambahnya.

Penghapusan sistem itu, katanya, boleh mewujudkan persaingan yang adil dan akan menguatkan Umno. Malaysiakini.

2 comments:

tokey belacan said...

dato,shahidan kata tak perlu tukaq yg kat ataih tu.takpalah dia,pakloh dh bagi di jd penasihat takkan nk bersuara pulak!tp kalau tak bg jwtn tu mgkn ada la beliau bersuara.tak begitu dato.

Anonymous said...

Bagi saya, bukan sahaja sistem koata yg perlu dihapuskan tetapi kesuluruhan sistem pemilihan harus diubah..
Sistem sekarang hanya memberikan kepada beberapa kerat perwakilan utk memilih ketua.. manakala calon ketua atau mana2 jawatan yg kalah jadi ahli biasa.. ini sgtlah tidak adil. alangkah baik jika ketua ini ditentukan oleh semua ahli? manakala mereka yag kalah jawatan ketua dgn 10 atau 20 undi manjadi timbalan..
Wallahuallam