Monday, September 15, 2008

Kenyataan Akhbar......UMNO Perlis Setuju Peralihan Kuasa Diputuskan Melalui Bahagian

Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dipetik dari BERNAMA

UMNO Perlis Setuju Peralihan Kuasa Diputuskan Melalui Bahagian By: Ramjit-->
KANGAR, 15 Sept (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Perlis bersetuju pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak ditentukan melalui bahagian UMNO bagi mencerminkan suara majoriti.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata peralihan kuasa itu tidak semestinya terikat dengan Majlis Tertinggi Umno.Mengikut pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerah jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO kepada Najib pada Jun 2010.Namun baru-baru ini Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa peralihan kuasa itu harus ditentukan melalui mesyuarat bahagian Umno manakala Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tempoh peralihan kuasa itu terlalu lama.Zahidi juga berkata UMNO perlu diperkasakan semula agar ia akan kembali dihormati oleh pelbagai peringkat umur.-- BERNAMA

baca lanjut:
http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=359216
atau
http://www.malaysiakini.com/news/89733

Terima kasih.

1 comment:

Amin Ahmad said...

Salam.

Baguslah Dato' dah ada blog. Saya orang Perlis tinggal di Selangor.

Dato' bebas nak bertanding atau tidak, nak tukar parti atau tidak. Rakyat dah tak kenal semua tu yang penting prestasi.

Cuma buat masa ni, memang rakyat nak kalih kerajaan - untuk buka buku baru.