Rakyat makin celaru, akar umbi tak keruan, mana satu yang betul mana satu yang tidak. Spin over yang dilakukan dalam media arus perdana dan kenyataan Pak Menteri menyatakan ekonomi dan politik kita stabil, terurus dan terjaga. Namun hakikatnya rakyat makin susah, berkecamuk. Apatah lagi Ramadhan bakal menjelang tiba disusuli hari raya bagi orang Melayu beragama Islam. Harga barang makin naik, pendapatan makin susut. Pembuangan kerja terus bertambah, kadar jenayah meningkat, kos hidup mencanak, demonstrasi merata-mara. Isu politik makin gawat, prestasi ekonomi angkanya diubah-ubah. Sekejap KDNK 6%, sekejap 5% dan diwaktu lain tinggal 4.5%. Yang bercakap itu semunya pakar termasuk Gabenor Bank Negara. Inflasi dikatakan 6%, bank-bank tempatan mengunjurkan 8%, realiti yang ditanggung rakyat ada setengah barangan inflasinya mencecah sehingga 20%.
Formula apa yang digunapakai oleh ahli teori ekonomi. Saya berpandangan, cabaran sebenar adalah menyelesai isu pokok dan kemelut sebenar yang dihadapi rakyat. Apakah langkah praktikal yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat akibat krisis harga minyak dan inflasi?. Apakah segala dasar-dasar ekonomi yang diumumkan hanya retorik, cantik di permukaan tetapi kesan 'spil over' tidak diterima rakyat?. Apa sudah jadi dengan pelaksanaan RMK-9?. Kemana wang subsidi minyak yang dijimatkan?. Sudah dipulangkan kembali kepada rakyat atau belum?.Bagaimana pula dengan pengumuman berbilion ringgit projek raksasa pembangunan Koridor?. Adakah sekadar merasmikan ladang jagung, atau pusat benih pertanian dikatakan Koridor Pembangunan Wilayah utara sebagai contoh sudah terlaksana sepenuhnya?.
Cukup-cukuplan 'spin over' dari media arus perdana. Fakta dan relaiti ekonomi sebenar dan kesannya ditanggung oleh rakyat. Rakyat makin susah, ekonomi makin meleset, penghidupan makin muram, bukalah mata wahai pak Menteri, ini bukan zaman berjanji dan berkata yang indah-indah. Ini zaman membantu rakyat yang susah...

1 comment:
Inilah masalahnya apabila media massa masih cuba memanipulasi minda rakyat seperti era 60-an, 70-an,80-an dan 90-an yang mana ruangan untuk mendapatkan maklumat terlalu terhad dan apa saja yang keluar dari media adalah 99% benar.Akan tetapi media kini amatlah berbeza dengan apa yang pernah berlaku dahulu. Apabila pemimpin semasa berterusan menabur janji dan mengeluarkan kenyataan songsang dengan apa yang nyata maka satu persatu sokongan dilihat seakan terhakis.Saya amat menyokong artikel DZZA ini kerana nyata sekarang bukan lagi zaman menabur gula atau menanam tebu di bibir manis tetapi hakikatnya inilah zaman sepatutnya para pemimpin yang sedia hidup senang-lenang penuh kemewahan mengerah keringat, berusaha membantu rakyat yang telah memilih mereka dengan ikhlas dan sewajarnya mengharapkan sesuatu yang paling "IKHLAS" daripada mereka.Contohnya seperti apa yang berlaku di Terengganu baru-baru ini, kita lihat semasa Kerajaan Pusat menganjurkan kempen berjimat dan berhemat dalam sebarang aktiviti yang melibatkn kewangan tetapi dengan senyum MB yang baru (dilantik oleh Sultan yang Adil) menegaskan bahawa peruntukan yang digunakan bukan dari perolehan "ROYALTI" minyak. Alasan bahawa pembaikan kereta sedia ada terlalu tinggi sehingga menyebabkan kerajaan negeri semasa mengambil pendekatan "BERJIMAT" dengan membeli 14 buah kereta Mercedes yang jauh lebih "MURAH" untuk menggantikan kenderaan sedia ada adalah sesuatu tindakan yang paling "WAJAR"? Kalau inilah pendekatan oleh pemimpin yang dipilih rakyat, Insya Allah satu hari UMNO akan tinggal kenangan...renungkan! Syabas DZZA!!!!
Post a Comment