Melihat tren kompromi dan peralihan kuasa yang berlaku sama ada diperingkat pimpinan atasan mahupun di peringkat Bahagian sememangnya cukup menarik. Pak Lah telah mengumumkan tarikh Jun 2010 sebagai tempoh untuk menyerahkan baton kepada Dato' Najib. Di beberapa bahagian UMNO yang sempat saya ikuti pengumuman telah dibuat misalnya di Padang Terap, Pasir Putih, Jerai, Gopeng dan Temerloh. Isunya apakah dari segi Perlembagaan membenarkan jawatan dalam UMNO difaraid atau dipusakakan. Bagi calon yang menarik diri dan tidak mahu bertanding lagi selesailah masalahnya. Bagaimana pula dengan kompromi antara Ketua, Timbalan dan Naib Ketua?. Bukankah elok jika dipulangkan hak memilih dan mencalon kepada Cawangan dan pimpinan akar umbi?. Apa pandangan rakan-rakan?.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Inilah masalah apabila masing-masing ada kepentingan yang mana ia telah merosakkan ruh UMNO itu sendiri.Saya tegaskan di sini bahawa tiada makna sekiranya sesuatu jawatan itu difaraidkan atau menjadi pusaka lantaran takut kehilangannya kerana mungkin bimbang dengan cabaran dan saingan semasa. UMNO tegak kerana demokrasi yang dijunung dalam perlembagaannya tetapi apabila pemimpin atasan bijak memainkan perlembagaan mengikut acuan dan kuasa yang ada maka ia menjadi rosak dan pada akhirnya kita bimbang UMNO akan kekal sebagai monumen antik di muzium terkenal negara ini. Kepada semua pemimpin, andai mahu turun, turunlah secara yang terbaik dan kepada yang sudah merasai kenikmatan dan indahnya berpolitik maka berilah peluang kepada barisan pelapis untuk meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO agar UMNO kekal relevan dan tidak diludah oleh anak cucu generasi akan datang. Gunakalah masa dan umur yang tersisa untuk meneruskan ibahadah kepada Allah dan usahlah terus menjerumuskan diri ke lembah permusuhan.....
saya "amat menyokong" UMNO perlu ada FARAID dan PUSAKA sebab kalau tiada semua ini masakan boleh direbut harta2 rakyat atas nama pembangunan dan macam2 istilah lagi..Tak hairan kalau mantan PM marah sangat kepada PM sekarang kerana tak sama banyak apa yang PM dan kroni dapat jika dibanding dengan PM Pencen dan anak2 dapat.Mungkin sebab itulah masing2 seolah2 tidak peduli sama ada UMNO nak hancur atau rosak yang penting MASYUUUUUUUUK!!!!!!!!!!!!!!
Ahli2 UMNO sekarang dah kena sumpahan Si Tanggang..masing2 dah jadi batu dan ada juga yang jadi kayu...fikirlah yer...
Post a Comment