Friday, July 25, 2008

CERITERA MELAYU

Belum pun habis kes liwat dan tuduh menuduh antara Brother Anwar bin Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, kini timbul pula kes saman fitnah Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Sebelumnya Tan Sri Musa dan Tan Sri Ghani Patail, dua pemegang jawatan utama sektor awam (JUSA), dikaitkan dengan kes pemalsuan laporan. Minggu yang lalu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresyen beserta pegawai tinggi Jabatan berkenaan juga ditahan atas tuduhan rasuah berkaitan 'calling visa' dan VOA (Visa on Arrival). Episod terbaru menunjukkan dua orang individu Melayu yang menyamar sebagai Dato' memalsukan dokumen kastam dan permit import kereta (AP) bagi membawa masuk puluhan kereta mewah ke negara ini. Pengarah Bahagian Lanskap Perbadanan Putrajaya juga seorang Dato' berbangsa Melayu, turut dituduh rasuah hanya kerana meminta sekeping tiket pergi balik ke London atas anugerah projek lanskap yang diberikan olehnya kepada seorang kontraktor

Di Pantai Timur pula, negeri kedua termiskin heboh tentang pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.4 juta untuk kegunaan Exco. Alasan diberikan MB nya kereta nasional(Perdana V6 Executive) mahal untuk diselenggara. Buktinya dua kali diselenggara menelan belanja RM50,000. Saya sendiri tidak tahu yang diselenggara itu jet eksekutif atau Perdana Executive, sebab saya juga dahulunya pernah menggunakan kereta rasmi berkenaan semasa menjadi Exco Perlis. Kejadian dan sorotan yang berlaku membayangkan sikap sebenar Melayu. Tipikalnya amalan feudal dalam jiwa orang Melayu. apakah Melayu suka menfitnah, mengata orang?, Kenapa begitu mudah Melayu menerima rasuah sedangkan perlakuan tersebut adalah dosa besar di sisi Islam?. Kenapa Melayu suka bermewah dan menunjuk-nunjuk bila naik sebagai pemimpin?.

Marilah kita cari Melayu berjiwa pejuang, bukannya Melayu bersikap curang. Marilah kita cari Melayu yang kuat istiqamahnya, bukan Melayu yang lemah imannya.

2 comments:

perfectwater75 said...

saya cadangkan agar kita selesaikan perkara yang menjatuhkan imej Melayu seperti ini dan ikutlah saranan ulama' agar ia dapat disegerakan demi kemaslahatan ummah seluruhnya.... saya bimbang nanti, asal sebur saja nama Melayu...orang akan berbisik liwat, rasuah dan lain-lain...fikirkan...

perfectwater75 said...

saya cadangkan agar kita selesaikan perkara yang menjatuhkan imej Melayu seperti ini dan ikutlah saranan ulama' agar ia dapat disegerakan demi kemaslahatan ummah seluruhnya.... saya bimbang nanti, asal sebur saja nama Melayu...orang akan berbisik liwat, rasuah dan lain-lain...fikirkan...