Monday, March 23, 2009

SELAMAT BERSIDANG!

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah, kesyukuran ini dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana mulai esok 24 Mac 2009, saat yang dinanti menjelang tiba. Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan seluruh Perwakilan dan Pemerhati UMNO dari segenap pelusuk Malaysia. Semoga semuanya selamat sampai dan berkampung di sini untuk tempoh 4 hari akan datang.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERSIDANG khususnya kepada Para Perwakilan yang akan melaksanakan tanggungjawab bagi memilih barisan pemimpin UMNO yang baru Pasca PRU 12 dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Saya sendiri akan bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dengan rasa rendah diri menawarkan segala keupayaan dan pengalaman yang saya miliki demi kelangsungan perjuangan UMNO. Insya Allah, sekiranya saya diberikan peluang, saya akan melakukan yang terbaik demi UMNO dulu, kini dan selamanya.

Terima kasih dan Selamat Bersidang!

1 comment:

Divine love said...

Salam.

Alhamdullillah.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahlul bait, para sahabat, wali-wali Allah, ulama-ulama dan umat Islam.

Moga berjaya dalam pemilihan UMNO.

UMNO sekarang kian hilang pengaruh orang muda dan remaja.

Yang ada menyokong adalah pemuda dan remaja yang tercicir sebab ada tujuan mereka tersendiri.

UMNO perlu diubah menjadi parti orang muda bukan berteraskan orang yang sudah berumur.

Harap Datuk Zahidi dapat meyampaikan mesej ni kat perhimpunan UMNO.

Selagi UMNO berteraskan orang yang dianggap veteran, orang muda akan lari ke PAS dan PKR.

Saya sebagai orang muda dan masih belajar di IPTA, berharap agar ada satu perubahan drastik.

Ramai sahabat saya yakni orang muda yang akan mewarisi negara kini berada bersama pakatan pembangkang kerana pakatan pembangkang dilihat lebih Islamik, dinamik, dan mendengar keluhan.

Terima kasih.