Thursday, March 19, 2009

Kenyataan Media : Perwakilan Mungkin Usulkan Pemansuhan Lembaga Disiplin UMNO

Berikut kenyataan saya dalam Malaysiakini,

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin tidak menolak kemungkinan ada perwakilan ke perhimpunan agung Umno, yang akan mengusulkan pemansuhan Lembaga Disiplin Umno.

Katanya, ini kerana akar umbi keliru dengan hukuman berbeza oleh lembaga tersebut walaupun mereka yang terbabit melakukan kesalahan yang sama.

mahathir subang airport 220706 zahidi zainal abidinBeliau merujuk kepada hukuman melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden, sedangkan Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Semalam, Lembaga Disiplin Umno mengumumkan hukuman tersebut selepas kedua-duanya didapati bersalah melanggar tataetika berkempen dibawah fasal 10.1 yang melibatkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejen kempen mereka, dalam sogokan politik.

"Ada sesetengah (calon) yang kena, ada sesetengah yang tidak kena. Dan keputusan berbeza-beza telah menimbulkan kekeliruan kepada akar umbi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ekoran itu, kata Zahidi yang juga ketua Umno bahagian Padang Besar, keputusan tersebut akan menghilangkan kepercayaan akar umbi kepada Lembaga Displin Umno.

Sehubungan itu, Zahidi berkata, perwakilan mempunyai kuasa untuk menentukan sama lembaga displin ini menguntungkan parti atau sebaliknya.

No comments: