Sunday, October 19, 2008

Keputusan Akhir Persidangan UMNO Bahagian Padang Besar 2008

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Bloggers,

Saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar yang telah bersidang semalam (18 Oktober 2008). Persidangan yang berakhir jam 11.55 malam telah menyaksikan pertandingan sengit untuk semua jawatan penting termasuk jawatan ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan naib ketua bahagian,
Saya sendiri telah dicabar sengit dalam pertandingan dua penjuru. Lawan saya kali ini ialah YB Dato' Seri Azmi bin Khalid (Ahli Parlimen Padang Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC) Namun begitu,para perwakilan sekali lagi telah memberikan mandat kepada saya untuk meneruskan kelangsungan perjuangan rakyat.Dalam pertandingan yang menentukan hidup mati karier politik saya ini,saya telah mendapat kelebihan 19 undi berbanding lawan saya dari jumlah keseluruhan 503 perwakilan yang layak mengundi.
Saya juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Md.Nor Aziz dan Senator Dato' Wan Nordin Che Murat yang berjaya memenangi jawatan yang mereka tandingi. Kepada semua AJK UMNO Bahagian Padang Besar yang telah dipilih, saya mengharapkan kita dapat menjalinkan kerjasama terbaik demi memastikan UMNO Padang Besar akan menjadi contoh terbaik kepada semua. Berikut saya paparkan keputusan penuh tiga jawatan penting dan AJK Bahagian serta G7 untuk tatapan semua.

Pengerusi Tetap
1) Senawi Mat Saman (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
1) Shafie Derani

Ketua Bahagian
1) Datuk Zahidi Zainul Abidin (penyandang) 261 undi
2) Dato' Seri Azmi Khalid 242 undi
majoriti 19 undi


Timbalan Ketua Bahagian
1) Md. Nor Aziz 271 undi
2) Tuan Haji Khairi Hassan(penyandang) 232 undi
majoriti 39 undi

Naib Ketua Bahagian
1) Wan Nordin Che Murat 259 undi
2) Azizan Sulaiman (penyandang) 244 undi
majoriti 15 undi


Bagi jawatan AJK Bahagian hanya 20 orang berjaya dipilih dari jumlah 76 calon yang menawarkan diri.
Berikut keputusan akhir pemilihan bagi jawatan AJK UMNO Bahagian Padang Besar

1) Mansor Jusoh
2) Yazid Mat
3) Khalid Bulat
4) Mat Rawi Kassim
5) Ismail Daud
6) Narla Dan
7) Sabry Ahmad
8) Shukur Sultan
9) Johari Kadir
10)Khairul Akhbar
11)Aziz Ariffin
12)Ali Ismail
13)Suraya Azmi
14)Zulkarnain Zainul Abidin
15)Ku Shahrum Ku Bakar
16)Zaini Meh
17)Jamsari Jamaluddin
18)Yaakub Man
19)Che Din Che Ishak
20)Zulkafli Osman

Manakala mereka yang telah dipilih untuk menjadi Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar (G7) ke Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur seperti berikut:

1) Khalid Bulat
2) Sabry Ahmad
3) Mat Rawi Kassim
4) Ismail Daud
5) Aziz Ariffin
6) Mansor Jusoh
7) Shukur Sultan

Pemeriksa Kira-Kira
1) Wan Azmi
2) Mat Isa Seman

UMNO Bahagian Padang Besar juga secara sebulat suara telah mencalonkan Dato' Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Mohd.Yassin masing-masing untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO serta Dato' Seri Shahidan Kassim (sebulat suara), Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn danDato' Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar untuk jawatan Naib Presiden UMNO setelah dijalankan pengundian.

Saya tertarik dengan maksud dan persoalan yang dicungkil oleh salah seorang perwakilan yang mengambil bahagian dalam ucapan penangguhan dalam genre pantun yang cukup menarik.Semoga semua yang berkenaan mengambil iktibar terbaik selepas membaca pantun ini.Terima kasih kepada saudara Ab.Rahman bin Abdullah dari UMNO Cawangan Ngulang dalam DUN Mata Ayer.

Ke Pulau Tioman pergi berkelah,
Bekal dibawa dalam dulang;
Saya Ab.Rahman bin Abdullah,
Perwakilan dari Cawangan Ngulang.

Akar serapat daun beringin,
Buat ramuan mandi pagi;
Kalau dapat penghawa dingin,
Rasa selesa mesyuarat nanti.

Negeri Perlis Indera Kayangan,
Banyak ada penyanyi dan biduan;
Tidak bererti (kita) mendapat kemenangan,
Kalau kita tiada perpaduan.

Banyak terdapat penyanyi dan biduan,
Biduan tersorok di tepi hutan;
Kalau kita tiada perpaduan,
Rosaklah parti, hilanglah kekuatan.

Anak Benggali menebang kayu,
Kayu dibuat titi-titian;
Amat rugi Orang Melayu,
Kalau pemimpin berdengki-dengkian(berbenci-bencian)

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada saya untuk terus memimpin UMNO Bahagian Padang Besar. Doa kalian amat saya dambakan demi kelangsungan perjuangan rakyat.Terima kasih.

Zahidi Zainul Abidin

7 comments:

Anonymous said...

Salam,

Syukur kepada Allah kerana di beri kemenangan sebagai Ketua Bahagian. Tahniah kerana berjaya. Penarikan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia wajar di buat kerana pencalonan di dapati semakin sukar dan peluang yang agak tipis.

Perlis memerlukan barisan pelapis yang boleh menggantikan DS Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perhubungan dan Datuk mempunyai tanggungjawab untuk mengambil alih kepimpinan UMNO Perlis satu hari nanti.

Sekian, wassalam

Anonymous said...

Salam Perjuangan..

Tahniah kepada Datuk atas kejayaan yang amat bermakna bagi meneruskan kelangsungan "Perjuangan Rakyat". Kemenangangan Datuk merupakan satu tamparan hebat atau lebih tepat "knock out" kepada Azmi Khalid untuk hayatnya yang terakhir pada penggal ini. Sebagai pejuang, inilah kebenaran dan petunjuk yang Allah anugerahkan kepada kepada Datuk. Kemenangan ini walaupun dianggap tipis tetapi ianya memberi impak besar terhadap karier politik Datuk dan Azmi Khalid. Datuk sebagai seorang tokoh yang yang berwibawa meneruskan perjuangan hanya berlandaskan sokongan akar umbi tanpa memiliki apa-apa platform di peringkat kerajaan. Azmi Khalid mempunyai suara di parlimen tetapi tidak mampu meraih sokongan akar umbi. Menampakkan dua keadaan yang berbeza yang mampu membuka lebaran baru atau angin perubahan untuk PRU13, harap selepas ini Azmi Khalid sedar diri dan Presiden UMNO memberi laluan kepada Datuk sebagai Ahli Parlimen tanpa ada liku-liku yang kotor yang didalangi oleh manusia yang tidak sedar diri.

Kemenangan Datuk sebagai Ketua UMNO juga nampaknya diwarnai dengan "orang-orang kuat Azmi Khalid" (lebih kurang 50%). Ini menjadi tugas Datuk untuk menyatu padukan semua AJK yang mengisi kedudukan masing-masing. Mereka perlu akur bahawa tiada lagi istilah "orang siapa-siapa" sekalipun anak perempuan Azmi Khalid, demi penyatuan UMNO dan persiapan menghadapi PRU13.

Tekanan yang dihadapi Datuk dalam menghadapi pemilihan Bahagian Padang Besar dapat kami rasai dan rakan-rakan di KL sentiasa berdoa untuk kejayaan Datuk. Alhamdulillah..Perjuangan Datuk mendapat keredhaan Allah S.W.T melalui kemenangan yang di perolehi. Wasallam...

-zam-

Anonymous said...

majoriti 19 undi saja dato'? bahaya tuu..,dalam 3 cawangan saja lah..kalau dia kayuh kuat sikit lagi boleh putih mata tuu.. anyway congratulation..!!!

Zahidi said...

Salam Perjuangan,

Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang masih memberikan sokongan kepada saya. Sesungguhnya saya memahami maksud yang saudara cuba sampaikan. Insya Allah, saya akan mencuba yang terbaik untuk menyatu-padukan ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Padang Besar. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Rabbul 'Izzati atas perkenan dan limpah kemenangan ini walaupun dengan sedikit kelebihan undi.Allah telah mentakdirkan kemenangan ini. Kepada semua,Inilah masa untuk kita bangkit kembali menyusun kekuatan demi memartabatkan semul UMNO yang semakin hari semakin lupus dek tangan-tangan yang merusakkan semangat dan perpaduan.
Kepada semua, tunggulah tanggal 22 Oktober 2008, saya akan memberikan kenyataan berkenaan dengan pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Insya Allah.



tq! wasalam!

Anonymous said...

Salam,

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Datuk atas kejayaan mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar. Saya merupakan penyokong dan pengundi Datuk, tempoh hari. Tentulah saya merasa gembira akan keadaan ini.

Datuk, dalam ruangan ini saya ingin membuat sedikit komen tentang Datuk dan kepimpinan Datuk di bahagian Padang Besar. Mungkin ini bukan saluran yang tepat, tetapi ini adalah satu alternatif yang saya ada. Bukan tujuan saya untuk mendedahkan keburukan, kerana saya percaya Datuk mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan berbanding kelemahan. Sebab itulah Datuk menang.

Komen-komen yang memanaskan telinga saya ini, saya dengar sendiri dari ahli-ahli dan perwakilan sepanjang saya bersembang mengenai Datuk.

i. Datuk diharap tidak lagi menjadi tokoh kontroversi. Kadang-kadang baik kerana Datuk akan lebih dikenali tetapi ada juga banyak keburukannya. Kegagalan Datuk memperolehi kerusi masa PRU dulu disebabkan hal ini (salah satu).

ii. Datuk dapat menjalin hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan di peringkat pusat dan negeri. Sejarah Datuk telah memperlihatkan, Datuk berkonfrantasi dengan MB dahulu, hasilnya tidaklah mendatangkan banyak kebaikan. Oleh itu, jalinlah hubungan yang lebih baik dengan MB sekarang dan juga pemimpin yang lain demi kemajuan UMNO dan kawasan Padang Besar. Ada kesalahan yang mereka lakukan, teruskan menegur tapi usahlah berkonfrantasi.

iii. AJK Datuk dan penyelaras di peringkat kawasan masa penggal yang lalu, dilihat kurang berkesan. Keadaan ini menyebabkan imej Datuk turut tercalar. Yang nampak bergerak hanya Datuk dan 2-3orang saja. Harap Datuk dapat tegaskan perkara ini dalam penggal yang baru ini.

iv. Datuk kurang mengunjungi ketua cawangan, rumah kenduri dan kematian.

v. Datuk sering terlepas pandang kepada penyokong-penyokong kuat Datuk kerana percaya mereka tidak akan lari dari Datuk walau apa pun yang berlaku.

vi. Tidak mengecop ketua-ketua cawangan yang tidak memihak kepada Datuk. Sebaliknya jalinkan hubungan yang baik kembali dengan mereka. Tidak akan hilang bisanya, ular yang menyusur akar.

Saya tidak tahu sejauh mana dakwaan-dakwaan tersebut. Tetapi ada baiknya Datuk dapat meluangkan masa dan berbincang dengan rakan-rakan tentang perkara ini. Jika betul - perbaiki, jika salah - buatlah tindakan yang perlu. jangan abaikan begitu sahaja. Percakapan orang jangan diambil lewa.

Selamat maju jaya dan Datuk dapat menggunakan kesempatan yang ada ini untuk memantapkan perjuangan kita, perjuangan UMNO.

Penyokong Senyap

Zahidi said...

Salam,

Saya ucapkan terima kasih atas teguran dan nasihat saudara. Insya Allah, kita akan buka lembaran baru demi UMNO Bahagian Padang Besar, saya akan cuba untuk memperbaiki segenap aspek yang memaparkan kelemahan saya sebaik mungkin.

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Terlebih dahulu tahniah atas kejayaan Dato'. Teruskan peranan Dato' sebagai suara keramat ahli akar umbi. Anyway, jangan mudah lupa bila berada di PUNCAK nanti.

Tentang Tokmi, biasalah kalah atau menang, adat katakan. Lagipun UMNO memerlukan pemimpin2 politik yg dapat membawa aspirasi rakyat terutama aspirasi golongan muda. So, kita nampak era ini ialah era gol muda bukan lg era golongan tua. Kerana gol inilah gol yang kuat bekerja utk parti. Buktinya PAS berjaya memperkasakan perjuangan kerana org muda.
Satu lg pesanan buat Tokdi(nama glamour) tolong martabatkan golongan muda dan profesional di segenap peringkat, cawangan mahupun bahagian jika ingin lihat UMNO terus relevan. Gol. ini selalunya akan dicantas dan diparas di peringkat cawangan oleh ketua-ketua yg gilakan kuasa dan konco-konconya. Gol ini selalunya dikatakan pandai berkata-kata, tapi tak pandai buat kerja, malangnya ruang sebesar kumanpun tidak diberikan utk membuktikan bakat yg ada.

Wassalam
PEMERHATI POLITIK YANG TIADA KUASA