Salam Perjuangan dan Salam Persidangan,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua Perwakilan UMNO yang terpilih untuk menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar pada tahun ini yang dijangka diadakan esok (18 Oktober 2008) bertempat di Dewan Sri Jerneh, SMK Dato' Jaafar Hassan, Bukit Ketri.
Semoga segala akan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kerjasama semua pihak amatlah ditagih demi memastikan persidangan ini dapat diselesaikan mengikut jadual. Kepada yang akan bertanding untuk semua jawatan yang berkenaan juga diharapkan dapat mematuhi peraturan dan tata etika parti yang telah digariskan supaya semua pihak dapat menerima sebarang keputusan dalam pemilihan ini nanti.
Harapan saya agar misi untuk memartabatkan UMNO berlandaskan motto 'Perjuangan Rakyat' akan dapat diterima khususnya oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Padang Besar. Semoga Allah S.W.T merestui perjalanan persidangan esok.
Sekian dan terima kasih.
11 comments:
Mengikut keadaan sekarang, saya cadangkan saudara tarik diri dan adalah terlebih afdal kalau memihak pada Mukhriz. Yang teramat penting, KJ mesti dikalahkan demi survival UMNO.
wassalam
Alhamdulillah, Datuk Zahidi berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar setelah menewaskan pencabar yang juga bekas Ketua Bhg dan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Azimi Daim.
Datuk, inilah masanya membalas kepercayaan masyarakat dan ahli UMNO Padang Besar.
Saya juga ada mendapa berita sebentar tadi bahawa Datuk dah pun menarik diri dari bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Takpelah Datuk, kita teruskan perjuangan di Padang Besar. Biarlah yang muda-muda tu bertanding dengan sihat.
Saya percaya Datuk ada pendirian sendiri. Akhir kata, tahniah atas pendirian Datuk selama ini.
Salam. Datuk Zahidi. Kemenangan ini anggaplah sebagai mati hidup kembali. Perbetulkan yang salah dan silap. Damaikan yang bersengketa. Kurangkan kontroversi. Kita tak selamanya menongkat langit. Harap faham. Pesanan dari kawan lama (bekas setiausaha pemuda zaman kite dulu)
Salam Datuk Zahidi...
Tahniah atas kemenangan Datuk pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar menewaskan calon tidak asing lagi dengan sifat hasad dengki dan kronisme, Datuk Seri Azmi Khalid. Alhamdulillah beliau diberi pengajaran sekali lagi dengan cundang kepada Datuk dengan majoriti 19 undi. Walaupun ia dikira kemenangan yang agak tipis, bagi saya ia sudah cukup buat Datuk untuk terus berjuang pada landasan yang tulus dan benar. Saya amat terkilan juga dengan berita kekalahan ayah saya, Azizan Sulaiman. Kekalahannya itu bagi saya bukan satu titik akhir perjuangan beliau bersama Datuk untuk bahagian Padang Besar. Saya yakin beliau akan kembali menyinar pada masa akan datang.Jika tidak berlaku pada masa akan datang, saya sendiri akan pulang ke negeri saya memperjuangkan kembali keadilan bagi ayah saya. Itu janji saya pada Datuk dan ayah saya.
Apa makna sekiranya kemenangan disebabkan faktor kewangan @ kekuasaan @ hasad dengki? Perjuangan untuk orang melayu pada saban hari ini tidak memberikan kebanggaan bagi diri saya. Saya adalah golongan yang mempunyai pemikiran dan profesi professional dan mahukan perubahan. Perubahan bukan berarti memihak kepada pembangkang, tetapi melakukan perubahan kepada mentaliti bangsa Melayu kita. Tidak ada gunanya kekuasaan yang ada digunakan untuk kepentingan peribadi atau satu pasukan.
Walaubagaimanapun, saya amat bersyukur pada Allah SWT kerana Datuk masih lagi boleh bernafas dalam UMNO ini dan juga saya mengucapkan tahniah kepada semua orang-orang kuat Datuk termasuk ayah saya sendiri. Saya terkilan bukan kerana kekalahan, tetapi terkilan kerana mentaliti orang-orang melayu kita yang sangat rendah. Saya bukannya mempertikaikan keputusan pemilihan tersebut, tetapi kerana ingin melihat perjuangan dalaman UMNO yang benar dan tulus dimana memberikan kepercayaan kepada orang yang sebenar-benarnya layak dan penyabar dalam perjuangan UMNO.Kalau dilihat pada perjuangan UMNO dahulu amat berbeza berbanding sekarang. Benar perjuangan UMNO dahulu adalah untuk mencapai kemerdekaan. Tetapi pernahkah kita terfikir apakah Perjanjian Tunku Abdul Rahman dengan kerajaan British dimana beliau begitu mudah mendapatkan kemerdekaan dari British? Ahli sejarah sampai sekarang belum dapat mencari apakah faktor yang membolehkan Tanah Melayu pada masa dahulu mendapat kemerdekaan. Apa yang kita tahu adalah, Tunku Abdul Rahman adalah bapa kemerdekaan kita. Tetapi, apa yang saya ingin ketengahkan adalah PERPADUAN orang-orang melayu kita pada masa dahulu yang begitu bersabar dengan liku-liku sepanjang perjuangan UMNO sewaktu ditubuhkan.
Saya setuju dengan kata2 saudara ‘anonymous’ yang kemenangan Datuk adalah ibarat mati hidup kembali. Sekarang penguasaan Datuk adalah seperti Telur di hujung tanduk. Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana pelbagai cara yang kotor digunakan oleh mereka-mereka ini untuk menghapuskan nama Datuk dalam arena politik Perlis. Tetapi saya yakin,satu hari nanti mereka-mereka ini akan menerima balasannya. Orang melayu memang sudah terkenal dengan sifat tidak suka melihat kelebihan orang lain.Paling susah untuk dihapuskan sejak turun menurun nenek moyang kita.Kalau saya ingin menyuarakan pendapat, saya merasakan ia tidak cukup disini. Biarlah saya menyimpan pendapat,komen-komen dan ide-ide saya ini untuk diketengahkan pada masa akan datang.
Jadi, saya berharap Datuk mengkaji semula apa yang harus Datuk lakukan demi kelangsungan perjuangan Datuk dan juga paling penting demi UMNO yang saya cintai. Penyusunan semula strategi politik oleh Datuk juga harus lebih mantap dan mendapat kepercayaan rakyat. Saya menyuarakan hasrat saya ini bukan kerana melihat kelemahan Datuk tetapi demi meningkatkan kekebalan Datuk dan rakan-rakan seperjuangan Datuk. Ingatlah, kemenangan BN/UMNO di negeri Perlis bukan disebabkan rakyat sudah berpuas hati dengan kerajaan tetapi mereka amat menyayangi parti. Jika dilihatkan kepada negeri-negeri utara yang lain, apa yang terjadi? Datuk fikirkanlah sendiri, tetapi Datuk yang lebih arif dari saya yang masih muda ini. Walaupun saya masih muda dan umur baru setahun jagung, tetapi mentaliti dan pemikiran sudah saya merasakan kehadapan berbanding dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Kita bukan harus memikirkan untuk pertahankan parti, tetapi kita harus memikirkan apa yang terjadi UMNO pada masa akan datang.
Golongan-golongan professional seperti inilah pada masa akan datang yang akan memimpin demi kelangsungan UMNO. Cuba bayangkan sekiranya golongan-golongan lain seperti saya ini pulang ke tanah air tetapi memihak kepada pembangkang? Adalah satu kerugian duit kerajaan UMNO mengeluarkan dana yang berbilion-bilion ringgit untuk kami ini tetapi apabila pulang ke tanah air berpaling tadah pada UMNO. Mahukah kita melihat kejadian seperti ini? Pastinya tidak mahu bukan. Mereka yang berpaling tadah ini bukan tidak bersyukur tetapi sedih dengan dalaman UMNO itu sendiri. Yang lebih layak diketepikan, yang lebih berkuasa mahu jatuhkan.
Sebelum saya mengundur diri, ambil lah pengajaran dari sepatah kata-kata ini,
‘Perjuangan orang melayu itu tidak akan tamat jika individu yang tewas, tetapi perjuangan orang melayu itu akan tamat jika parti yang hancur’
Selamat Berjuang Datuk dan rakan seperjuangan UMNO Bahagian Padang Besar. Kemenangan anggaplah sebagai medan untuk memulakan kembali perjuangan dan kekalahan dijadikan satu ukuran untuk lebih Datuk berhati-hati pada masa akan datang.
-ONCE UMNO ALWAYS UMNO-
AZIZI BIN AZIZAN
LEADER FOR TOMORROW
Hormati keputusan Dato Zahidi untuk undur diri dari pemilihan Ketua Pemuda UMNO.
Syabas pertahan Ketua Bahagian. Teruskan perjuangan ... yang tidak akan selesai.
aku dah kata dahh....mesti guna gear gostan punya...
Salam Dato'..
Setuju dgn kata-kata dan semangat luahan saudara Dr. Azizi Azizan.. Seems like he is a talented person who will step up in Perlis's UMNO one day.
Komen saya mengenai kemenangan dato',Semoga dato' merancang dan menyusun semula strategi utk mengembalikan kekuasaan dato' . Impossible is nothing.
Tahhniah dato'
Tahniah dato menang pada peringkat bahagian pdg besar..
jgn mengalah sebelum berundur..
Tahniah Dato' kerana memenangi pertandingan melawan tokoh yg lebih veteran & berpengalaman. Harap Dato' dapat menggunakan kedudukan Dato' untuk membetulkan kesilapan-kesilapan masa lalu kepemimpinan UMNO yg sejak dulu kelihatan lebih mementingkan kroni dari rakyat marhaen.
Untuk makluman Dato',saya pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan sempat menyaksikan pengurusan lawak jenaka kerajaan negeri ketika itu yg amat meloyakan tekak. Ketika itu Dato' yg belum bergelar Dato' adalah ADUN Beseri yg sangat kontroversil kerana keberanian menyongsong arus dan mempertahankan prinsip. Dato' ketika itu menjadi wira senyap-senyap kami di tengah-tengah kepimpinan UMNO Perlis yg hanya seperti gerombolan harimau kertas yg nampak hebat tapi gagal mengaum. Ketika terpaksa meninggalkan Perlis untuk bertugas ke destinasi lain, saya menjangkakan usia politik Dato' tidak panjang, namun tidak sangka Dato' masih meneruskan misi perjuangan yg sama hingga kini. Saya harap Dato' tidak perlu menjadi Pak Turut kepada pemimpin-pemimpin lain seperti yg sedang dipamerkan oleh kebanyakan 'harimau-harimau kertas' UMNO yg lain. Biarlah kita kelihatan lemah di hadapan kepimpinan korup kita, tetapi nampak kuat di hadapan rakyat marhaen yg sentiasa merindui keadilan dalam dunia politik Malaysia yg sangat kejam ini!!!
Sekali lagi Dato', saya ucapkan tahniah dan salam perjuangan!!
Salam Perjuangan Rakyat,
Terima kasih atas sokongan yang telah anda saudara berikan. Memang benar kemenangan saya semalam bagi mati hidup semula. Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa teruk saya ditekan dari segenap penjuru namun, dengan kekuatan mental saya harungi demi kelangsungan perjuangan yang tak pernah padam. Terima kasih sekali lagi.
Saya terpaksa menarik diri selepas ada desakan dari akar umbi bahagian, di samping melihat kepada pencalonan semasa bahagian yang telah bersidang jelas menunjukkan bahawa tag-line saya iaitu 'Perjuangan Rakyat' tak mampu menarik perhatian kerana umum ahli UMNO seolah-olah lebih suka akan sesuatu yang lain dari memperjuangkan rakyat. Saya akur, bukan soal saya guna 'gear gostan' dalam hal ini. Jelas, inilah UMNO, siapa yang lebih 'berkemampuan' maka dialah yang bakal jadi pilihan. Saya membuat keputusan untuk menarik diri bukan kerana takut dan mengaku kalah tetapi sedar akan 'kekurangan' sesuatu yang memustahilkan keberadaan saya dalam saingan KP UMNO Malysia. Insya Allah, saya akan bangkit semula demi survival politik khususnya UMNO Bahagian Padang Besar yang saya pimpin ini. Doakanlah saya....
thanks!
Rupa-rupanya dalam UMNO ada no golongan profesi. Ambo ingat tak dak. Jadi tunggu apa lagi maila kita pakat angkat Sdr Azizi. Jgn dok bagi peluang kepada puak-puak yang ambo tengok aktif politik sayang nak lepas jawatan kerana puak-puak nie menjadikan UMNO sebagai tempat depa dok cari makan.
Seharusnya dan semestinya golongan profesional ini diberi tempat yang tinggi dalam UMNO. Sebabnya mudah ja, selalu golongan ini mempunyai mentaliti dan arus pemikiran yang lebih pro aktif berbanding puak-puak yang lulus takat darjah 6 ni. Minta maaf la, mungkin terkasar bahasa, tetapi inilah hakikatnya, puak-puak ini bukan saja tidak dapat menyumbang ide-ide yg menarik untuk tatapan dan ramuan kecemerlangan dalam memacu kemajuan dan kejayaan ummah untuk cawangan memasing tetapi mereka gagal secara total. Puak-puak ini kita tidak nafikan memang mempunyai kenalan politik yg begitu banyak sehingga ke peringkat atasan, tetapi sayang semuanya yang mereka kenal hanya untuk poket mereka kembung. Malah puak-puak ini awal-awal lagi tanpa malu dan segan menyatakan " tak guna aktif politik kalau tak dapat projek, kalau dok miskin sokmo." Rendahnya mentaliti puak-puak ini. Dan puak-puak inilah yang berkuasa dan bermaharajalela di Bahagian kita sekarang.Meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan komuniti/masyarakat yang lain.Gelagat-gelagat puak inilah kekadang yang membawa kepada kemusnahan UMNO parti keramat yang amat kita banggakan suatu ketika dulu.
Apa yang Datuk perlu lakukan sekarang mengenalpasti puak-puak ini dan membawa puak-puak ni ke Kursus BTN. Kut-kut depa mau insaf Kalau Datuk
Post a Comment