Monday, October 13, 2008

Tahniah!

Alhamdulillah, semalam telah berakhir persidangan yang melibatkan tiga sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Besar tanpa sebarang masalah yang besar dan saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada calon yang menang dalam pemilihan. Semoga mandat yang diberikan oleh para perwakilan akan memberi kekuatan kepada kita untuk menjana kekuatan UMNO khususnya dalam Bahagian Padang Besar selepas ini. Kepada Perwakilan Pemuda UMNO Padang Besar yang mencalonkan saya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya rakamkan jutaan terima kasih atas pencalonan tersebut. Semoga Allah membalas jasa baik anda.

Gambar Sekitar Perasmian Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Padang Besar.






'Ke Arah Memartabatkan Perjuangan Rakyat, UMNO Dari Rakyat Untuk Rakyat'

5 comments:

sahabat gunung said...

Assalammualaikum Dato'

Tahniah kerana mendapat pencalonan pertama dari bahagian Padang Besar.

Semoga pencalonan pertama ini, akan memberikan lebih banyak pencalonan buat Dato'.

Saya mendoakan agar Dato' mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding nanti. Insya-Allah.

Dato' dah buat yang terbaik, bertanding atau tidak, bagi saya Dato' adalah seorang fighter. Seorang pejuang yang tidak berselindung dari sikap penakut, sikap hipokrit.

Doakan yang terbaik sahaja.

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk,
Tahniah kerana mendapat pencalonan untuk menghadapi Pemilihan Ketua Pemuda UMNO..InsyaAllah sekiranya dengan izin Allah SWT, Datuk boleh pergi lebih jauh.

Saya anak kepada Azizan Sulaiman, Naib Ketua Bahagian UMNO.Saya tidak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa politik Datuk dan juga ayah saya serta semua barisan pemimpin di negeri kita yang tercinta. Nama Datuk tidak asing lagi di Negeri kita. Saya sering bertanyakan pada ayah saya siapakah Datuk bermulanya era Zahidi-Azizan di Padang Besar.

Saya mendoakan agar Datuk dan rakan-rakan seperjuangan akan terus memperjuangkan keadilan dan suara dari akar umbi. Walaupun saya masih muda tapi jiwa saya sudah diasuh dan dididik untuk mengepalai semua rakyat pada satu masa akan datang,InsyaAllah.Kalau diizinkan Allah SWT, setelah selesai pengajian 3 tahun dari sekarang ini, saya akan pulang ke Perlis untuk berkhidmat untuk UMNO yang terbilang. Saya akan meneruskan sokongan terhadap Datuk dan ayah saya terutamanya dan tidak berkemungkinan saya sendiri akan bersama-sama Datuk dan rakan-rakan berjuang demi memartabatkan sistem keadilan pada rakyat dan menghapuskan era kronisme yang sekarang ini berlaku di negeri kita.

Semoga Datuk berjaya menghapuskan kambing-kambing tua yang tidak sedar diri untuk berundur.Kesabaran Datuk menghadapi lumrah politik kotor mereka itu tidak lama akan mendapat balasan yang setimpal dengan usaha dan keyakinan Datuk. InsyaAllah.

Semoga pertembungan pemilihan UMNO Bahagian pada 18 Oktober ini berjaya dikekalkan dan diteruskan oleh pimpinan dibawah Datuk.

Salam perjuangan dari Calon Presiden Kelab UMNO Luar Negara Medan,Indonesia .

AZIZI BIN AZIZAN
UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA

'AMAL MAKRUF NAHI MUNKAR'

Anonymous said...

Jika Datuk ada ingin menyebarkan maklumat atau segala bentuk macam khabar tidak kira berkaitan dengan politik atau apa sahaja. Jangan segan-segan meng 'Email' kan kepada saya :

aizie07@yahoo.com

Ketahuilah..Perjuangan anda sentiasa bergerak terus maju kehadapan sekiranya generasi muda dipupuk oleh anda dari bawah.


Terima Kasih.

Anonymous said...

Mukhriz pernah desak umno hapus kuota pemilihan kerana nak bagi peluang kepada semua calon untuk tawar diri dan bertanding.

Sekarang Mukhriz dah dapat 40 pencalonan dan layak bertanding ketua pemuda umno Malaysia.

Adakah Mukhriz sedia bagi peluang kepada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo dan Zahidi untuk dapat baki pencalonan untuk mereka juga layak bertanding?

Adakah Mukhriz ahli politik yang hanya pandai berkata-kata, tetapi jauh dalam hati, dia hanyalah seorang oportunis?

BERANIKAH MUKHRIZ BERUBAH dulu sebelum dia mengajak pemuda untuk BERANI BERUBAH?

Zahidi said...

Salam,

Alhamdulillah, kepada yang memberi sokongan moral amatlah saya hargai. Kalaupun pencalonan saya ini kekal semata-mata satu dari Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar, saya tetap bangga kerana pemuda Padang Besar memahami erti PERJUANGAN RAKYAT yang sebenar. Bukan tiada bahagian lain yang mencalonkan tetapi percubaan mereka gagal kerana ada sesuatu yang lebih menarik perhatian mereka. Terima kasih kepada sahabat-gunung, azizi,cik anony yang memberikan komen. Kepada azizi, anda lebih mengetahui khususnya tentang apa yang 'mereka-mereka' itu lakukan kepada ayahanda azizi. Tak perlu saya bongkarkan, andalah yang wajar membongkarkan demikelansungan perjuangan UMNO yang sebenar.

sekian,

tq!