Saya menerima e-mel dari sahabat kita yang berada di KL. Terima kasih kepada pengirimnya, SBS.. yang sudi berkongsi pandangannya dengan kita. Selamat membaca:
1. Setiap manusia yang dilahirkan kedunia ini adalah sama. Tidak tertulis bahawa si polan lebih cerdik dari si anu. Bezanya peluang.
2. Sebab itu saya percayakan kepada peluang. Ibarat kata Saidina Ali r.a, peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup.
3. Demikianlah juga UMNO, wadah bangsa pejuang agama. Peluang kali ini untuk memulih, membersih dan menjernihkan UMNO.
4. Sebab itu suara akar umbi perlu dikembalikan. Politik anak beranak harus dimatikan. Politik dinasti, pengaruh menantu, anak dan bapa perlu ditiadakan.
5. Barulah UMNO kembali aman, hak ahli dan suara demokrasi akan kedengaran.
6. Dengan itu, sindrom kakak tua, amalan Yes Bos, semuanya OK akan dapat dipinggirkan.
7. Tonggak perjuangan UMNO yang berteraskan Aliff, Ba dan Ta mampu dijelmakan.
8. Apa hebatnya lulusan Oxford jika tidak bermenantukan PM
9. Apa ada pada sipolan jika bukan kerana anak mantan PM
10. Pilihan ditangan kita, UMNO bukan waris harta pusaka dan milik kaum keluarga.
11. Agenda setiakawan hanya bermaksud, kawan-kawan jutawan.
12. Berani berubah bererti buang Pak Lah, buang KJ, biar aku pulak di atas takhta.
13. Baik KJ atau Mukriz mereka berperang kerana keluarga.
14. Rakyat dan ahli terus merana.
15. Berilah peluang kepada Zahidi Zainul Abidin, buat menebus malunya bangsa.
SBS...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Di..aku orang kg.dodoi,hang tau kan kg dodoi? cuma nak tanya,apakah kemasukan hang dalam senarai perebutan jawatan ketua pemuda ada lah untuk melarikan undi?atau maybe last minit hang nanti withdraw?sebab ada sumber bagitau hang dilantik KJ untuk pi settle dengan ketua-ketua pemuda bahagian yang menentang KJ,of course hang dapat laa apa yang patut...salam,dan SHR Aidil Fitri
p/s: dok pakai volvo gold colour tu lagi ka?
dato,saya harap dato tidak lah bersandiwara spt yg cucupakkasim ni kata.klu dato cukup pencalonan tp withdraw,dato kena ingat dato sudah mengkhianat suara para perwakilan bhgn yg calonkan dato.saya yakin byk sokongan dato nanti bukan kerana depa suka sgt pada dato,tapi ibarat undi pembangkang pasai meluat kat calon bn.
Salam,
Terima kasih atas keperihatinan tuan-tuan. Segala teguran akan saya ambil sebagai peringatan terbaik untuk menjayakan hasrat murni saya.
Salam. dato' saya sependapat. namun demikian saya bimbang jika musuh utama yang harus kita ketepikan, akan gagal kita ketepikan. jika ramai sangat yang ingin bertanding, saya bimbang Khairy yang menang. Dia merupakan liabiliti kepada UMNO dan masa depan generasi muda. namanya sahaja sudah mengundang fitnah. saya merayu agar kita bersatu menentang fitnah yang satu. kampen berkenaan teori anak beranak dan pewaris sukar untuk diterima dalam UMNO, kerana itu merupakan budaya. yang penting sekarang ialah kemenangan dan jauhkan dulu UMNO daripada fitnah besar Khairy yang menyebabkan UMNO tenggelam punca. wallualam.
Salam Dato,
Saya adalah ahli yang dipimpin ketika Dato menjadi Presiden kepada pelajar di ITM(pada masa itu).
Dan kini Dato' adalah ahli UMNO yang berjawatan sementara saya ahli biasa UMNO.
Saya memang tidak mahu KJ menjadi KPUM. Tetapi saya mahu DMM atau DSKT menerajui PUM. Saya ingat baik Dato' bertanding Naib, sebab baru ada seorg tawar diri, dari Johor. Elok apa, Satu dari Perlis Nun diUtara, satu lagi Nun diSelatan, Johor. KPUM biarlah DSKT, DMM dan KJ ajer. DSKT dan DMMpun dah cukup untuk tewaskan KJ yang dibantu oleh Saziman, atau betul teori diaorang Dato' hanya tawar untuk kacau daun???
Saya tolak dakwaan Dato' bahawa DMM tawar diri kerana masaalah keluarga. Itu dakwaan yang amat liar dan tidak patut, membuat saya tawar hati dengan Dato'. Lagipun Dato' juga diketahui ramai rapat dengan paklah.
apa ni dato'?
takkan nak jadi pemimpin besar guna kempen macam ni.. mukhriz bawak masalah keluarga dalam politik kononnya.. lawak la dato' ni..
lain kali kalau nak penaik diri sendiri pun, bawak mai la kenyataan yg ada kredibiliti sikit.. jangan dok bagi malu diri sendiri.
BAgi ambo pulak, cukuplah satu lawan satu.. buat masa skrg, permuafakatan utk 'menendang' perosak UMNO keluar padang.. Kalau ini dapat dilakukan.. akar umbi dan rakyat secara umumnya akan melihat ia sesuatu yang terhormat, sesuatu usaha yg iklas, usaha demi agama, bangsa dan negara, juga akan dilihat sebagai satu cerminan perasaan sayangkan perjuangan ini..
Wallahuallam..
Post a Comment