Monday, June 29, 2009

Umno Perlis mahu kekang kemaraan Pakatan

Salam Hormat,

Berikut kenyataan saya yang tersiar hari ini dalam Malaysiakini.

Umno Perlis sedang menyusun langkah untuk mengkaji kelemahan parti tersebut dalam usaha mengekang kemaraan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Zahidi Zainol Abidin berkata, beliau sedang mengumpul maklumat dan maklum balas dari akar umbi, termasuk pimpinan Pemuda negeri.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini politik di Perlis, ekoran pertambahan mendadak jumlah cawangan PKR di negeri itu.

Jumlah cawangan PKR di negeri itu meningkatkan kepada 26 - termasuk 20 cawangan baru yang masing-masing ditubuhkan di Padang Besar dan Kangar sejak beberapa bulan lalu.

Sebahagian besar mereka yang menyertai cawangan baru itu terdiri daripada bekas ahli Umno yang keluar parti beramai-ramai kerana tidak puas hati dengan kepimpinan sekarang.

Di samping itu, beberapa cawangan baru DAP juga turut ditubuhkan di negeri itu.

"PKR dan DAP tubuh cawangan, tetapi tiada tindakan yang diambil (oleh Umno Perlis).

Rungutan ketua cawangan

"Mungkin Umno melihat Perlis hanya mempunyai tiga bahagian sahaja, sedangkan pembangkang melihat Perlis sebagai satu negeri," kata Zahidi ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga ketua bahagian Padang Besar berkata, akan berjumpa pimpinan cawangan, termasuk pemimpin Pemuda untuk mendengar pandangan dan masalah mereka.

Katanya, beliau turut menerima rungutan mengenai isu Pemuda yang tidak mendapat tempat dalam kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Menurut Zahidi, beliau juga menerima rungutan dari ketua-ketua cawangan di Perlis yang tidak dilantik menjadi ketua jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK).

Beliau menyifatkan isu tersebut "belum selesai" sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Katanya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ketua cawangan termasuk pimpinan Pemuda dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Sekian dan terima kasih

13 comments:

Anonymous said...

sebelum nak kekang kemaraan parti lawan, just simple, tanya diri kita, apa yang dah kita lakukan kepada rakyat. Apakah perubahan yang telah kita laksanakan. Kalau sudah dilaksanakan, sejauhmana ? Apakah janji-janji musim pemilihan telah ditunaikan atau tinggal janji. Teropong tengok, sejak Sdr Zahidi jadi Ketua bahagian, org semakin tak kenal, susah sangat nk kelihatan dikedai kopi untuk bersembang meluahkan keluh kesah rakyat dan sebagainya.

Zahidi said...

Salam,

Pertamanya saya ucapkan berbanyak terima kasih atas komen yang diberikan saudara. Cuma saya dapat rasakan saudara terlalu prejudis terhadap tugas dan peranan saya khususnya selaku ketua UMNO bahagian di Padang Besar. Kalau saudara bertanyakan tentang apa yang boleh ketua bahagian lakukan mungkin itu boleh saya jawab tetapi apabila saudara bertanyakan apa yang dah kita lakukan kepada rakyat, nampaknya saudara seperti tersilap mengajukan persoalan tersebut. Bukankah soalan ini manis kalau ia diutarakan kepada Wakil Rakyat yang telah dipilih rakyat?

Untuk makluman saudara, saya bukan lagi wakil rakyat dalam kawasan yang dulunya saya wakili. Apakah saudara mengganggap saya sebagai ketua bahagian merangkap seorang YB? Bukanlah menjadi tugas seorang ketua bahagian untuk menjadi atau mengambil tugas sebagai ketua di kedai kopi? Apakah perlu saya berebut 'perhatian' rakyat melebihi para YB yang telah dipilih rakyat sedangkan saya hanya menjadi ketua bahagian sebuah parti yang memerintah negeri dan negara dan dalam masa yang sama tidak mempunyai jawatan YB seperti dulu untuk mengambil alih atau meneruskan tugas-tugas wajib seorang wakil rakyat sebenar? Apakah saudara tidak mengetahui tugas-tugas utama seorang ketua bahagian dalam parti UMNO? Siapa yang seharusnya lebih mengambil tahu mengenai 'keluh-kesah' dan nasib rakyat dalam kawasan yang diwakilinya? Saranan saya, buangkanlah jauh-jauh rasa prejudis saudara kepada tugas-tugas semasa saya khususnya sebagai Ketua Bahagian UMNO Padang Besar. Saya rasa saya lebih telus untuk memaparkan nombor telefon saya dalam blog kecil ini sejak dari mula ia diwujudkan tanpa sebarang keraguan untuk dihubungi jika ingin meluahkan 'keluh-kesah' saudara. Ketahuilah, selagi wujud prejudis maka takkan selesai sesuatu masalah.

Terima kasih.

Azizi Bin Azizan said...

Saya sangat bersetuju dgn Datuk mengenai jawapan yang telah diberikan apabila pertanyaan ditimbulkan oleh saudara Anonymous..

Datuk Zahidi hanya memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian dan bukan seorang wakil rakyat@YB.

Sebenarnya, rakyat sendiri yang tidak tahu memilih calon mereka yang sebenarnya berjuang untuk rakyat. Mereka hanya melihat kepada imbalan daripada seseorang pemimpin itu sekiranya terpilh menjadi calon. Maka, rakyat menuding jari kepada kepimpinan tertinggi dalam sesebuah Bahagian.

Secara logiknya, Datuk Zahidi seharusnya dipilih menjadi calon Ahli Parlimen Padang Besar kerana beliau yang meng'kontrol' bahagian tersebut tetapi mengapa Datuk Seri Azmi Khalid yang dipilih? BUkan beliau sahaja, banyak lagi wakil-wakil rakyat yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam UMNO Bahagian boleh jadi YB.

Jadi, inilah masalah dalaman politik UMNO Negeri Perlis yang rakyat belum nampak siapakah yang telus dan siapakah yang main kotor?
Jadi lebih manis soalan tersebut tertumpu kepada wakil rakyat kawasan saudara Anynomous.

Saudara Anynomous, saya seorang anak muda yang masih berumur 21 tahun pon dapat melihat perjalanan politik negeri Perlis ini.Disebabkan perkara-perkara diataslah, anak-anak muda yang lain seperti saya tidak melihat UMNO sebagai parti yang telus dan relevan.

Kita lihat sahaja ketiga-tiga parlimen di negeri Perlis, Parlimen Kangar,Padang Besar dan Arau.

Lihatlah siapa calonnya? Semuanya golongan-golongan yang patut pergi ke masjid dan bertaubat kepada Allah SWT meminta ampun kerana bermain kotor didalam politik dan memakan duit rakyat sedangkan rakyat terbiar begitu sahaja tanpa bersemuka dan mendengar rintihan dari mereka.

Tidak adakah lagi pemimpin politik Perlis yang lebih muda dari mereka diangkat? Yang mampu bekerja lebih kuat dan mesra rakyat?

Saya bukanlah pro Datuk Zahidi tetapi saya sebagai seorang anak muda yang melihat lebih kearah generasi saya ini memerlukan pemimpin yang muda seperti Datuk Zahidi dan boleh bekerja berbanding pemimpin yang sepatutnya sudah berhenti dan banyakkan beramal dan beribadat kepada Allah SWT.

Jadi saya menyokong Datuk Zahidi sebagai pemimpin yang harusnya diangkat untuk mentadbir negeri Perlis saya yang tercinta ini dari melihat boneka-boneka yang duduk di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.


Setelah saya selesai belajar ini, insyaAllah saya akan masuk ke dalam arena politik Negeri Perlis dan cuba mengubah persepsi rakyat yang berfikir seperti saudara Anynomous.InsyaAllah sekiranya ada jalan.

Jadi. saya yakin,pada PRU akan datang, Datuk Zahidi dan rakan-rakan akan dilihat sebagai calon favorit yang mampu menukar nasib rakyat negeri Perlis ini dengan suasana yang baru dan lebih mementingkan rakyat daripada peribadi.

Apalah guna kita bertaut pada dahan pokok yang menunggu hari untuk tumbang sedangkan ada dahan-dahan yang kuat,kukuh dan megah berdiri tidak kita cari.

Buanglah pemimpin yang sudah lama berkhidmat dan sudah jelas tidak membawa ke arah positif terhadao rakyat.

Ingat! Jangan kerana pentingkan imbalan dari pemimpin,rakyat yang merasai padahnya.

Sekian,

Azizi Bin Azizan
Pelajar Tahun Ke-3 Jurusan Perubatan Universitas Sumatera Utara,Indonesia

merangkap

Naib Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara Medan, Indonesia

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Untuk kekang Pakatan : minta Sdr Zahidi tengok balik fatwa negeri perlis ini :
Dipetik dari :http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=955

Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Kepada Hari Ahad

Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja.

Adalah wajar diteruskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti yang menjadi tradisi dan adat resam Melayu di Negeri Perlis.

Masyarakat Islam Perlis telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka.

Oleh itu, Jawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara bahawa cuti mingguan dikekalkan pada hari Jumaat, Jawatankuasa Syariah juga bersetuju sebulat suara mendesak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu itu.

xxxxx

Tolong ungkit balik - macamana kerajaan perlis ketepi Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis ,

anis said...

u r always on my mine... dear

Language Centre in PJ said...

Such outstanding post is simply unbelievable! Keep posting!
japanese class in petaling jaya is strive to deliver the best linguistic services to our clients. Based in Petaling Jaya, Ringo has been providing the finest quality of learning experience and translation services for corporate clients and language learners since 1999.
language centre in petaling jaya
korean language class in petaling jaya
german language class in kuala lumpur
thai language class in kuala lumpur
mandarin language class in kuala lumpur
vietnam language class in kuala lumpur
translation company in kuala lumpur
translation service in malaysia

Kiss918 said...

Thank you for this excellent post. Very informative!
kiss918 apk is arguably the most prominent online casino in Malaysia, bringing you the hottest, top trending games on the internet, all in one destination. 918 Kiss has all sorts of entertainment content, ranging from fishing games and live table games to one of our main attractions that is slot games.
kiss918 online
Kiss918

Duplex Singapore said...

I really appreciate your blog. Simply awesome!
Natural Joint Supplements Duplex® strives to be your trusted healthcare brand, a brand that will never settle for less than the best. We firmly believe your health matters. At Duplex®, we pledge to make your well being our priority. Our aim is to deliver effective, yet affordable healthcare simply because we believe good health makes living more meaningful. We are your trusted ally on the journey to attain a healthy mind, body and spirit.

Duplex Malaysia said...

What an amazing post! Keep up the good work!
joint supplement malaysia Duplex® strives to be your trusted healthcare brand, a brand that will never settle for less than the best. We firmly believe your health matters. At Duplex®, we pledge to make your well being our priority. Our aim is to deliver effective, yet affordable healthcare simply because we believe good health makes living more meaningful. We are your trusted ally on the journey to attain a healthy mind, body and spirit.
anti inflammatory natural medicine
supplements for painful knee
broccoli sprout malaysia, botanical powder mix & antioxidant rich foods

Re2 said...

Your topics are always interesting and educational. I enjoyed it very much!
Microsoft Office Specialist RE2 Learning Solutions (Asia) Sdn Bhd was founded in 2016. The company is one of a leader in the field of professional IT training in Malaysia. Over the years, RE2 (Asia) has helped thousands of young learners, companies, government departments and agencies to improve and develop their IT skills.
Microsoft Office Specialist Certification

Re2 said...

Your article is very enlightening. Thanks for the effort!
Apple Swift Developer Certification RE2 Learning Solutions (Asia) Sdn Bhd was founded in 2016. The company is one of a leader in the field of professional IT training in Malaysia. Over the years, RE2 (Asia) has helped thousands of young learners, companies, government departments and agencies to improve and develop their IT skills.
apple swift certification
ios swift certification
app development with swift certification
app development with swift certification level 1

Re2 said...

Awesome post. Very inspiring!
Established in 2002, RE2 International Computer School was one of the first schools in Malaysia with a well-developed ICT curriculum for Primary School and Secondary school students. Our curriculum was heavily based on the national curriculums of The United States of America and United Kingdom.
Computer Class In Ipoh
Computer Course In Ipoh

Rebrand Malaysia said...

Terrific post! Love your work!
Rebrand Web Design Malaysia Web Design KL Rebrand specialise in website design, e-commerce solutions, digital marketing, branding strategy and much more. We strongly believe that having a high-quality website doesn't necessarily need to cost a huge sum of money. Hence, we are a group of professionals that came together with a goal in mind: to deliver excellent web designs that provide value to our customers that range from startups to enterprises and large organisations.
Web Design KL
Web Design Malaysia