Alhamdulillah, kesyukuran ini dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana mulai esok 24 Mac 2009, saat yang dinanti menjelang tiba. Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan seluruh Perwakilan dan Pemerhati UMNO dari segenap pelusuk Malaysia. Semoga semuanya selamat sampai dan berkampung di sini untuk tempoh 4 hari akan datang.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERSIDANG khususnya kepada Para Perwakilan yang akan melaksanakan tanggungjawab bagi memilih barisan pemimpin UMNO yang baru Pasca PRU 12 dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009.
Saya sendiri akan bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dengan rasa rendah diri menawarkan segala keupayaan dan pengalaman yang saya miliki demi kelangsungan perjuangan UMNO. Insya Allah, sekiranya saya diberikan peluang, saya akan melakukan yang terbaik demi UMNO dulu, kini dan selamanya.
Terima kasih dan Selamat Bersidang!